2.23.2010

Wahai Kesayangan Jiwa


 Salam wahai wajah kesayangan jiwa ;)
salam perkenalan ;)
selamat bertemu dalam edisi bedah siasat! (eh?) haha.
tibe-tibe rasa macam nak buat blog,
kalau kamu klik tadi kerna EXCITED nak bukak blog cekgu akmar,
pastu kamu sgt kecewa,
kerna blog nih bukan blog untuk cekgu-cekgu,
bukan blog yang akan bocorkan soalan pekse,
atau blog yang menyediakan nota-nota SejarahForm4,
untuk bagi markah dimerit pun, sudah tentu bukan.
*saya tak bawak buku peraturan di blog ;p*

ahh...pasti kamu sudah kecewa bukan?
blog nih hanya blog peribadi,
kisah perempuan yang suka makan gulekapash,
pastilah dia sungguh manis bukan?
maaf, kamu silap lagi!
muke selenge ini lansung tidak manis tahu,
malah macam singa,kadang-kadang.hehe

itu saja untuk entry pertama ini,
*awal-awal dah merepek! sbb suke mkn kerepek!*
kalau kamu tak suka blog saya,
boleh saja klik pangkah dibahagian kanan atas tuh,
tak perlu membebel sorang-sorang, nanti lekas tua!
atau mengutuk diam-diam,
"macam nih punye cekgu pun ade ker?"
baik jangan tambah dosa ;)
jadi, sila pergi senyap-senyap.
diulang, ini bukan blog cekguakmar,
ini hanya kisah perempuan gulekapash,
bahasa saya  mungkin kasar,
maaf, kerna saya ini,
rimas gediks mengada-ngada ;p

Nah, hadiah untuk kamu yang setia,
sudi baca sampai ke akhir kisah,
puisi lama ciptaan aku,
Hadiah dari Syurga
 
 
Semalam aku dibawa ke satu tempat,
kisah aku dan para Malaikat
Tentang langit dan Sidratul Muntaha,
alamnya luas, seindah Syurga.

Aku ditatih ke ayat Al-Insan,
berteleku seketika di pelamin berhias
Tidakkan ku rasa sejuk bersangatan,
mahupun hawa mentari panas.

Hatiku tersentap di hadis Al-Bazzar,
dinding syurga itu dari perak dan emas
Terkeduku melihat hadirnya kasturi dan pohon kimkuma,
bersemadi indah di atas tanah dan buminya.

Ini kisah tentang aku dan malaikat,
cerita antara amalan dan indahnya Syurga
Tentang keajaiban Allah pencipta,
hadiah dari NYA, Sidratul Muntaha.
Daisypath Happy Birthday tickers