5.28.2010

Pilihan

memoir semalam buat aku terfikir,
apa lagi yang aku mampu beri pada mereka?
baru diuji dengan hal-hal kecik saja,
aku sudah menggelabah habis
apalagi kalau tiba-tiba diuji dengan hal-hal yang berat?
contoh macam tiba-tiba aku dapat offer keje lain hari tuh.
yang dalam masa 24 jam mintak diberi keputusan
antara apa yang ada sekarang, dengan yang akan datang
antara harapan makayah dan kawan-kawan
dengan impian aku dengan kamu.
seharian aku buntu. mati akal.
pada Allah aku mengadu, mintak petunjuk.
dan jawapan masih sama.

5.22.2010

Anak

nak anak? ;p
antara kesayangan saya
muhammad iqram aqil.

5.16.2010

Seni

Salam Kesayangan Jiwa ;)
Selamat Pagi Ahad

pernah orang tanya, kenapa saya suka seni
saya memang gila seni.
semua seni saya chenta,
tapi tak semualah yg saya teror.
;p
kawan saya pernah cakap,

Seni itu adalah salah satu dari dua kembar kehidupan selepas sains. semua benda yg ada di depan mata dan di belakang mata kita tak boleh lari dari dua unsur kembar ni. selagi ia bersifat WUJUD.
seni itu adalah rekabentuk kewujudan. sains pula jasad setiap kewujudan. tak boleh berPISAH! Benda wujud itu terdefinasi dgn apa juga bentuk yg dapat di tangkap oleh setiap deria yg ada. tak kiralah visual,bunyi,rasa atau bau.semuanya ada seni. sebab ia WUJUD.
PENCIPTA maha kuasa kita yg telah merekacipta segalanya mngurniakan kita AKAL supaya menggunakan unsur sains dan seni ini utk kebaikan dan jalan yg benar. bukan utk disalahguna dan sebagai jln merosakkn diri. bkn juga utk kepentingan. semuanya mesti IKHLAS!
itu bab definasinya..
dari segi karya pula;SEMUA design mesti ada keaslian sendiri. maksudnya,karya setiap org mestilah berlainan. kalau semua ada persamaan,maka tak terhasillah karya seni. sebagai contoh, si A melukis sebiji bola ber bintik merah. si B pun lukis benda yg sama. kalau satu perkara tu semua org boleh buat,itu bukanlah karya seni! macamlah korek hidung.semua org boleh korek hidung. Jadi, KOREK HIDUNG bukan karya seni. tapi TAK SEMUA org boleh buat lagu,buat kartun, buat design. maka perkara2 itu barulah boleh Disebut sebagai karya seni.
kedua; karya seni sebaiknya mesti mempunyai mesej kehidupan yg dapat memberi IMPAK kepada semua. untuk mengubah hidup ke arah kebaikan. bukan kerosakkan! ini tak bermaksud karya yg tak ada mesej bukan karya seni. Ia tetap karya seni tetapi ia adalah karya yg masih di atas PERMUKAAN. dgn kata lain, org yg menghasilkn karya itu hanya SYOK SENDIRI!
bakat tuh anugerah dari Allah. Ilmu nih semua milik Allah.
orang-orang yang betul-betul chentakan seni,
dia takkan bangga. sebolehnya dia akan merendah diri.
sebab dia tahu,
semuanya Allah punya.
dari bakat, ilham, idea, semuanya milik Allah.
kita takleh paksa ilham datang, kalau Allah tak izinkan.

orang yang chentakan seni,
dia akan tolak populariti. duit takkan boleh beli jiwa dia.
segala yang kamu buat, hanya untuk kepuasan diri.
macam semalam budak tanya,
"Apa benda yang kita tak bosan dan penat buat?"
jawapannya mudah,
apa saja benda yang kita suka dan minat nak buat.
bukan paksaan. ikhlas.
macam kamu datang sekolah, kalau kena paksa dengan mak ayah,
kamu rasa kamu ikhlas ker datang?
bila ikhlas takde, kita akan cepat bosan. cepat jemu.
sebab kita buat bukan atas kemahuan sendiri,
bukan sebab kepuasan sendiri.
sebab tuh jangan heran,
orang sanggup letak jawatan gaji berjuta-juta,
hanya sebab nak jadi photographer,
nak jadi pemuzik indie,
penulis underground,
pelukis jalanan.
semua kepuasan.
keikhlasan.
yang mana kita secara terus membuat hubungan dengan Allah (HDA)
*senyum*

semasa berkarya, kita selalunya menjiwai seni itu,
baik masuk ke dalam lukisan, masuk ke dalam cerita, masuk kedalam muzik dan lirik
kita betul-betul menghayati apa yang cuba disampaikan
sebab tuh, karya-karya yang hebat,
sekali orang tengok, baca atau dengar je,
orang terus suka.
itu baru karya yang hebat.
kita lansung tak bagi masa kat orang tuh nak berpikir,
" best ke tak?"
jangan bagi peluang lansung. itu baru karya hebat.

nak berkarya, bakat perlu ada.
tak semua orang ada bakat, walaupun dia minat bidang seni tuh.
bakat tuh anugerah dari Allah
contoh, saya minat melukis. tapi bakat takde.
memanglah masih boleh melukis,
boleh diasah. cuma memakan masa yang lama.
kena ada semangat juang yang tinggi.
berbeza orang yang ada bakat,
ada jiwa, bila Allah bagi ilham.
kuarlah karya yang hebat-hebat.

saya tak kata, yang takde bakat, takleh chenta seni.
berchentalah kamu.
kerna Seni tu luas.
tengok keliling kamu saja sudah cukup.
apa saja ciptaan Allah berseni.
seni agung yang kita tak terjangkau untuk terpikir pun.
cuma..
berseni perlu ada batasnya, mesti ada kawalan dan cara yang betul.
mesti tahu tujuan kenapa kita chentakan seni.
kena ingat semua nih adalah pinjaman.
sebab tuh ada yang tengok,
dia menyanyi, tapi cara tak betul.
tak menjaga lansung apa yang patut ada.
contoh, kamu minat photography, tapi amek gambar pornography,
tidakkah sudah mencacatkan sendiri seni yang Allah bagi?
macam kamu minat menulis,
takkan nak tulis cerita yang mengaibkan Islam itu snediri?

Seni itu luas.
perlu ada bakat, minat, dan semangat yang tinggi.
cara kena betul. tujuan kena betul. skill kena mantap.
kalau kita mampu sebarkan Seni kepada seluruh alam ini segala yang berkaitan dengan Islam,
kenapa mahu berseni dengan perkara bukan-bukan?
gunakan Seni sebagai medium untuk kita menyampaikan dakwah.
dari muzik, cerita, lukisan, gambar.
biar bila orang tengok karya kita,
dia terus jatuh chenta dengan Allah,


Selamat BerSeni Chenta Hatiku!

5.11.2010

. . . .

Allah tak pernah lupakan kita
Daisypath Happy Birthday tickers