6.09.2010

PengUMUMan


Salam Kesayangan Jiwa!

Salam budak-budak chomey,
perjumpaan untuk semua peserta Karnival Ko-Ku Terengganu
 (netbal, futsal, balapan, tilawah-hafazan, khutbah)
ISNIN nih ade sedikit taklimat pada pukul 9PAGI di SEKOLAH. 
sila datang yer sambil membawa IC dan salinan IC
dan hari terakhir utk sapa-sapa yang nak jelaskan duit RM60/sponser beserta SLIP KEBENARAN IBUBAPA. sekian. ;)

psst: saya bakal bertukar subjek yang diajar. bye-bye untuk BM tingkat1 dan satu kelas GEO.
baru ingat nak berchenta dgn BM.huhu.

6.08.2010

masa baca nih, dada saya sebak.

Salam Kesayangan Jiwa, 
mau kongsi sesuatu. hal-hal dulu.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

p/s:percayalah segala yang terjadi telah ditakdirkan sejak azali, kita dihidupkan utk diuji kekuatan iman sbelum bertemu Ilahi.

Kredit by : cahayakuiman

* * *
kadang-kadang kita nih manusia-manusia yang suka menpersoalkan tuhan,
apa yang tuhan beri, 
benda buruk yang jadi, 
muka tidak cantik,
hidup jadi miskin,
otak tidak pandai,
atau apa saja yang buruk-buruk yang jadi, disalahkan kerja tuhan.

tapi, kalau benda yang elok-elok,
dapat ibu bapa baik,
cukup duit poket,
hidup cuma bahgia,
kawan yang sempurna,
entahkan diterimakasih atau tidak.

akan sampai saatnya nanti,
bila mana kamu akan sedar,
berapa banyak harta dan kawan-kawan bergelak ketawa,
takkan mampu membeli sunyi kamu.
takkan ada yang terdaya mengisi kekosongan jiwa kamu.
melainkan yang Maha Indah.
                * * * *

kenapa mahu mencuba sesuatu yang kamu tahu natijahnya,
sedangkan yang indah-indah ada di depan mata?
berapa ramai yang berebut-rebut menghulur tangan menolong kamu yang terjatuh di dalam perigi,
sedangkan kamu, duduk termangu berpeluk tubuh,
masih kaku berfikir mahu menggapai tangan lembut, atau sayang meninggalkan dinding lumut?
jangan sampai orang beria-ria menghulur tali,
tapi kamu bersusah payah mahu menggunting.
jangan sampai orang muak dan kambus,
dan kamu tinggal menjadi perigi buta.

 psstt: gambar tiada kaitan. cuma dia antara kechentaan hati saya.

6.03.2010

Sabar

 
sabar aku ada batasnya.
aku diam bukan sebab mengalah bila di-bodoh-kan kamu.
cuma aku rasa,
tak guna melayan ke-bodoh-an kamu.

dalam diam tuh, aku tahan tangis.
bukan sebab aku mengalah putus asa.
cuma sedih ada jugak manusia macam nih dalam dunia.
sebenarnya lebih pada kecewa.
apelah guna gelak terbahak-bahak,
kalau isi dalam otak,
setakat orang boleh pijak-pijak.
kalau itu pun kamu bongkakkan dengan dunia,
maaflah..mungkin aku bukan yang baik bagi kamu. 
 ***
maaf yang tidak berkenaan. tulisan diatas hanya utk orgorg yg terlebih pandai dari aku.
maaf, memang kasar tulisannya.
sebab, sabar aku ada hadnya ;)

wajah penyejuk jiwa.



Daisypath Happy Birthday tickers