7.30.2012

Munawwarah

(klik gambar)
 Munawwarah
yang ber cahaya

7.21.2012

Buku Wajib Beli : Mustafa Kamal Ataturk

assalamualaikum :)

nih nak kongsi satu buku yang dah habis baca.
buku yang menarik.
belajar kisah hidup dia..
entahlah rasa sedih sangat. masa saya baca buku sultan muhammad al-fateh dulu, betapa hebatnya seorang pemimpin membangunkan kerajaan turki..
dan bila datang mustafa kamal ataturk, dia hancurkan segala-galanya. :(

klik gambar untuk tahu kisah sejarah lelaki yang digelar firaun turki ni

saya melihat didikan yang tak begitu sempurna menyebabkan mustafa membesar dengan pilihan yang salah
mak dia penah cakap, "anak yang dapat, dari sumber tak betul, maka anak itu takkan menjadi"

semoga dengan kisah hidup dia, kita belajar..
dengan kisah kematian dia, kita sedar..
dengan satu langkah, satu kesilapan kecil, dia letak islam untuk dipijak-pijak
semoga dengan itu, kita buka mata, 
makin bertambah iman kita.
untuk bangunkan Islam, mempertahankan islam..
insyaAllah..

marhaban ya ramadhan -___*

7.19.2012

Humairah


7.10.2012

....

insyaAllah segalanya akan dipermudahkan.
Allah pun sudah cukup, kan?

update

assalamualaikum :)

sedikit update, mungkin.

-bumblebee saya rosak. hardisk saya rosak. bumblebee adalah hardisk saya. dan saya sangat kecewa. sebab banyak sangat memori yang ranap bersamanya. dan saya sangat frust tentang tuh.

-hari nih, ada muallim baru masuk, ml muaz. yang meng-gantikan mh intan yang cuti bersalin. dan saya tak reti nak ajar dia cara tanda kerja kursus geografi.

-mh intan selamat bersalin anak perempuan 37minggu seberat 2.6 di hospital ar ridzuan. dan saya tak sempat jumpa baby dan mh intan lagi.

-tahniah untuk someone yang sudah bertukar cik----> puan. dan saya jeles tengok inai di jari.

-beberapa minggu lepas, banyak sangat kehilangan. arwah opah saya meninggal hari khamis, dua hari sebelum sukan smah. arwah mak mh intan meninggal beberapa hari lepas tuh.

-mh suriatie yusuf hilang suare, demam. dan dia bercakap dengan menulis di atas kertas dan whiteboard semata-mata.

-kawan baik saya bertunang dengan teman sekuliah saya masa di uitm dulu.

-dua tiga hari nih, mood saya tak berapa nak baik. jadi saya kerap marah-marah dengan budak yang tak siap kerja kursus. atau, saya kerap marah-marah dengan budak yang tak siap kerja kursus, jadi mood saya tak berapa nak baik. dan saya rasa, no dua lagi tepat.

-saya pantang orang menipu. sangat pantang. dan mereka tak tahu tentang pantang tuh, sebab tuh mereka terus menipu.

-saya sedar dua, tiga hari ni, saya terlampau banyak menyimpan. banyak perkara. rahsia khususnya. dan buat dada saya sesak.

-jumaat, sabtu ni ada qiam perdana. saya antara ajknya. sabtu tuh, form five ada trip ke gua tempurung. dan saya terlibat. serius, saya suka.

-owh semalam besday adik lelaki saya. dan dia takde kat sini. dan saya rindu. 

oke, itu je kot.
bai. assalamualaikum
Daisypath Happy Birthday tickers