3.18.2011

blog ini bukanlah blog pertama saya

Salam Kesayangan Jiwa :)

*mari doakan untuk keselamatan orang-orang di jepun*
ada keluar di fesbuk baru-baru nih, ade segelintir masyarakat barat yang kata padanmuke pada jepun. semua gara-gara negeri matahari terbit tuh pernah bom pearl habour. masih ingat? sejarah tingkatan tiga. bila jepun nak serang tanah melayu, dia nak alih perhatian british, depa pegi bom kapal tuh. akibatnya, berjuta orang mati. kalau search kat google, memang sadis sebenarnya. tapi saya rasa dendam depa tuh dah terbalas pun masa depa pegi bom nagasaki & hiroshima. sampaikan kawasan tuh jadi macam padang pasir. kire kosong-kosong lah kan?
takpaham betul manusia sekarang nih. yang paling tak tahan, orang yang jawatan tinggi kat malaysia pun boleh tuduh negara tuh macam-macam. haih. saya bukan back-up sebab saya dapat tiket percuma pegi sana, tak makna orang nak bagi. tapi..pikirla..anak-anak kita, kawan-kawan kita yang ada di sana. kan lagi elok, hulurkan tangan, ringankan beban? paling tidak, tolong doa kan?
* * *

oh. tiba-tiba membebel.hehe
berbalik kepada tajuk kita.
yer, untuk pengetahuan kamu, perempuan gulekapash bukanlah blog pertama yang saya ada.
tak silap saya, ini blog yang ke lima. (hah?)
yer, sila percaya.hhahaha
saya mula berblogging dalam tahun 2006. tak silaplah.
masa saya join kapasitor, saya mula buat akaun fesbuk, mula berblogging.
masa zaman universiti. mula dengan blog yang cerita hal-hal peribadi, dan saya wujudkan blog-blog mengikut kechentaan minat saya. yang pada masa tuh, fokus kepada minat menulis dan buat kad.
saya sangat aktif menulis masa tuh. ada saja puisi yang saya tulis dan post ke kapasitor.
satu laman web yang banyak ajar saya dunia penulisan.
sampailah bila saja jadi cekgu, semua aktivti saya stop. termasuk menulis.
kekangan masa buat saya kurang masa dan takde masa nak menulis.
dan hujung tahun lepas, baru saya bukak blog nih.
pun disebabkan rasa gian nak menulis.hehe. dan saya wujudkan satu lagi blog. gulekapash gambargrapher.
kechentaan saya yang baru. tangkap gambar. jadi kalau lepas nih, wujud hobi baru, tambah lagi blog.haha

* * *
baru-baru nih saya tulis puisi
setelah sekian lama. demi dia.

dan sepanjang 47buah puisi yang pernah saya tulis di kapasitor, puisi nih termasuk 10puisi yang terbaik pernah saya tulis.dengan baru dua hari publish, dah ade lima org rate. hah. cukup buat saya senyum berhari-hari.hehe.

nah, ini untuk awak.
terima kasih untuk kenangan hujan kita.


psst: mintaminta budak kecik nizam di jepun selamat :(

3.17.2011

bengang dengan fesbuk, saya sayang blog :P


gambar lama. owh, ini bukan nak gi nengok filem 3D


3.15.2011

dia dah balik :)

apabila masa berlalu, semua orang akan melupakan perkara yang lama. Walaupun pernah berjanji tak akan melupakannya, walaupun perkara yang penting, walaupun telah nekad tak akan pernah sesekali melakukan begitu.

Tetapi masa tetap menjamah memori. Walaupun terhadap orang yang paling penting. Tetap juga akan dilupakan.

Suatu quote dari sebuah komik yang aku sangat suka
"Suatu hari, kau akan teringatkan tentang aku
wajah dan gaya aku,
dan apa yang kita pernah lakukan,
namun pada hari itu, mungkin kau sudah lupakan nama aku"

-apun-

3.13.2011

buah hati


3.06.2011

psst ;p

salam kesayangan jiwa!

maaf, untuk sentiasa yang bukak blog nih, tapi tuan punye blog pemalas sangat nak update.
mesti awak kecewa kan? :p
sorri. :)
*sori nek lori ar-;p*

oke-oke. sori sangat lama xupdate. bizi sampai tak tahu nak update citer yang mana satu
saya dahla malas nak menulis. kena tunggu ade mood.
tapi, masa ade moodla saya bizi.
mase bizi lah baru saya ade mood?
haha

banyak sangat perkara berlaku sekeliling, mengikut jadual yang saya tempek kat sebelah kanan blog tuh.
nampak?
ade beberapa perkara yang sudah selesai dengan sempurnanya.
cuma, saya nih...mengejar waktu.
jadi, bila saya free-free, saya update yer :)


Daisypath Happy Birthday tickers