4.28.2011

Tazkirah: 4 tanda orang celaka, 4 tanda orang bahgia.

* * *
Assalamualaikum :)
apa kabar semua? harap semua diberi kesihatan yang baik. sejak dua tiga minggu nih, ramai yang sakit. jadi sama -sama jaga kesihatan, oke? alhamdullillah

saya ingat nak wujudkan satu segmen lah dalam blog ni.
segmen tazkirah dan usrah. saya nak kongsikan bahan-bahan tazkirah setiap pagi isnin, dan hari selasa, nota-nota semasa usrah. harap bolehlah berkongsi ilmu, dan terus menegur antara satu sama lain :)
bukan untuk poyo or nak tunjuk baik, sekadar nota-nota ini disimpan kemas di sini, untuk dibaca oleh kamu, dan saya sendiri. 

moga kita terbuka hati untuk singgah sekejap, luangkan mata untuk baca dulu.
moga-moga tautan mata ilmu ini, akan terus turun ke hati :)
insyaAllah.

Isnin lepas, turn mualim buang bagi tazkirah. nasib sempat datang awal. kalau tak, mesti terlepas tazkirah yang menarik dari mualim buang.

4 tanda orang celaka


#1 - lupa dosa-dosa lalu
diterangkan disini sifat orang celaka, bila dia lupa dosa-dosa lalu. samada TER lupa, atau BUAT-BUAT lupa. tapi yang pastinya, itulah sifat-sifat orang celaka. bilamana kita terlupa tentang apa yang pernah kita buat dulu. dosa-dosa yang sudah menimbun. padahal semua perkara tuh sudah tercatit dengan terangnya. dan terpelihara dalam pantauan Allah. macam mana boleh lupa? Jadi, untuk elakkannya, selalulah beristigfar....ingat kepada Allah..pada sapa lagi kita nak minta belas kasihan, kalau bukan DIA?

#2 - selalu ingat kebaikan-kebaikan yang lampau
yang nih kalau nak cakap dalam bahasa mudahnya, angkat bakul sendiri. dok puji-puji segala kebaikan yang pernah kita buat. contohnya...bila kita sedekah...dok ingat balik bape banyak duit yang dah kita bagi dulu. haiii...yang nih memang melampau.hehe. tapi sebenarnya kan..secara tak sedar, benda nih kadang-kadang akan berlaku. cumanya, mungkin terlintas kejap dalam hati. so, istigfarlah balik. belum tentu amal kita tuh diterima Allah, kan? terdiam saya sekejap. istigfar, dan berpikir.kadang mungkin tak perasan, perasaan tuh terlintas dalam hati.
mualim buang teruskan tazkirah dengan mengungkit satu cerita yang menarik. pernah dengar kisah Imam Ghazali? yang kita tahu dia terkenal dengan hasil-hasil karangannya yang hebat. yang sampai sekarang menjadi rujukan orang Islam. kisahnya begini.. maka bila Imam Ghazali telah meninggal dunia, lalu bermimpilah seorang sufi nih akan Imam Ghazali. dalam mimpinya dia bertemu dengan Imam Ghazali di syurga, lalu ditanyalah sufi kepada Imam Ghazali, "bagaimana kamu masuk syurga? adakah kerana karangan tulisann kamu yang hebat-hebat tuh?", lalu jawablah Imam Ghazali, yang dia masuk syurga adalah atas rahmat Allah, dan bukanlah kerana amalannya yang banyak tuh, tapi hanya kerana satu peristiwa nih. lalu Imam Ghazali pun ceritalah kepada sufi ni...dia kata, pada suatu hari, sedang dia menulis, datang seekor lalat, telah terbang dan hinggap dalam bekas dakwat dia. lalu Imam Ghazali pun tunggulah lalat tersebut minum sampai kenyang. sebab peristiwa itulah dia masuk syurga. masyaAllah. terkesima saya. bukan apa..kita tahu terlampau banyak yang telah dilakukan oleh Imam Ghazali dalam perkembangan Islam. tapi kan..tengoklah...kita sendiri tak tahu, mana satu amalan kita yang diterima Allah, kan?  Rasulullah pun tak pernah sombong kalau nak banding dari kita ni yang takpunya apa-apa.marilah berlumba-lumba ye. eh, bukan mat rempit, tapi dalam litar kebaikan :)

#3 - melihat orang yang lebih tinggi dari kita dalam kehidupan dunia
oke, yang ni pulak..sedikit sebanyak antara kita, atau orang-orang keliling kita mungkin pernah berlaku. pantang tengok orang lebih, semua nak ikut. bak kata mualim buang, orang beli tivi baru, dia pun nak. orang beli baju baru, dia pun nak. orang tukar keta baru, dia pun nak. habis, mau tak naya. semua nak berlumba-lumba dalam mengejar dunia. pernah tak dengar?
 Sabda Rasulullah saw "Celakalah orang yang memperbudakkan dirinya kepada wang dan harta. apabila diberi ia puas dan apabila tidak diberi ia gelisah" (Bukhori)
 kan. sepatutnya tengoklah pada orang yang lebih susah hidupnya dari kita, kalau kita pakai keta, tengoklah orang yang pakai moto, kalau kita pakai moto, tengok orang len yang hanya berjalan kaki, kalau kita berjalan kaki, tengok orang yang berjalan hanya satu kaki, kalau kita berjalan satu kaki, tengok orang yang takde kaki. dan dengan itu, kita akan lebih bersyukur :)

#4 - melihat orang yang lebih rendah dari kita dalam agama
aaa...yang nih tersangatla ramai yang melakukannya. kita nih suka sangat compare diri kita, dengan orang lain, yang agamanya lagi teruk dari kita. contohnya, kalau kita disuruh solat, kita pula pertikaikan.."ala...si polan tuh pun tak solat" aaa..kan-kan. see? benda nih mudah je. saya kadang-kadang susah nak faham apa lah ada dalam otak remaja sekarang. remaja mayonis.nak bagi peluang buat baik pun taknak. bukannya taktahu pasal pahala. tapi malas nak buat. takot sangat di'cop' skema. pelik! bukannya jadi baik, kena jadi skema.
entahlah..kalau setiap hari, kita macam tuh, maka makin kuranglah amalan kita. jadi sama-samalah nanti masuk neraka kan? nak sangat kan semua sama-sama.
kalaulah kamu tahu Rasulullah sampai pengsan bila malaikat cakap kita, umatnya dalam neraka yang paling teruk dari neraka syaitan.

4 tanda orang yang berjaya

#1 ingat pada dosa-dosa lama
hendaklah selalu kita duduk, diam sebentar kembali berpikir. takperlu lama lah. cukup lima minit setiap hati. muhasabah diri balik. apakah yang kita pernah buat dulu, adakah hari ini lebih baik dari semalam?

#2 lupa pada amalan kebaikan lampau
yang nih penting..macam yang selalu kita dengar, kalau derma tuh, jangan sampai tangan kiri tau.. aaa...bukan baru derma seringgit, tapi dah riuh sekampung. sebenarnya, petua nak kaya mudah je, banyak memberi. tak kisahla..dari segi harta, atau ilmu. :)

#3 sentiasa melihat orang yang lebih tinggi dari kita dari segi agama
berlumba-lumbalah kita mengejar ilmu syurga. ape dia ilmu syurga ni? apa saja yang islam..ameklah peluang sedangkan masih muda, betapa saya masih terasa ruginya, mase remaja dulu, dihabiskan untuk membaca yang tak memberi saham saya nanti :(

#4 melihat orang yang lebih rendah dari kita dari bahagian dunia
ini, macam yang saya tulis pada ciri org yang celaka.

jadilah golongan orang yang 'SEDIKIT', iaitu golongan orang-orang yang ber'SYUKUR' 

untuk mereka yang ada akal, tapi taktahu berpikir

. . .
assalamualaikum.
mh shahlawati cakap, akmar ajar lemah lembut sangat.
dan saya senyum je.

sebab saya bukan ajar lembu,
tapi manusia.

tapi tadi, tak sangka.
mereka sendiri menunjukkan kebodohan mereka.
. . .


sabar saya ada batasnya.

*buat fatimah, terima kasih. mh redho setiap ilmu yang mh ajar pada kamu. maka usah gusar.*

4.26.2011

kerja

assalamualaikum. update dari sekolah. kerja berlambak. risau kerja kursus budak-budak, sampai tak lena tidor dibuatnya. huhu. khamis ni dah start peperiksaan pertengahan tahun al-quran. dah semakin hampir.huhu..hujung bulan depan ade mukhayam peljar menengah atas. awal bulan 6, adik pulak kawen.hmmm.....k. la..nak tdo.hahahaa.. haip...gi skolah kena ngajar.hehehe. oke, nak sambung kerja.aaa...baru betul..doakan saya ade kekuatan berjuta kali yer +_____+

4.24.2011

. . .

* * *
itu yang kita mimpikan.
dan patutlah kita tahu, hidup hanyalah mimpi.
bayangan-bayangan yang kita ciptakan mengikut apa yang ada dalam hati.
sepertimana yang kita inginkan.
* * *

banyak perkara yang berlaku sejak kebelakangan ini,
sampai terkadang saya takpuas untuk senyum lama atau menikmati setiap yang terjadi dalam hari-hari.
kadang terlampau banyak perkara yang jadi.
kadang saya rasa dunia terlalu hampir pada hujung nyawanya, 
sebab tuh terlampau disumbatkan perkara-perkara yang indah atau pahit dalam satu hari.
dunia sudah takpunya masa lama. 
seperti manusia,
sama macam saya.
berikanlah kekuatan setiap langkah yang saya buat,
tak sanggup rasanya tersadung dan tertumus untuk kali kedua.
terlampau pahit.
rasa bisanya, sampai ke saat ini.
sampaikan untuk senyum pun, saya terpikir berjuta kali.
ada manusia kata,
kita takkan mati selagi takbuat semua dosa-dosa orang yang pernah kita umpat atau keji dulu.

maha magis, 
tolong lindungi saya.
dari dunia.

4.22.2011

.....

60. atau siapakah yang telah menciptakan langit dan bumi dan yang menurunkan air untukmu dari langit, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu kebun-kebun yang berpemandangan indah, yang kamu sekali-kali tidak mampu menumbuhkan pohon-pohonnya? Apakah disamping Allah ada Tuhan (yang lain)? bahkan (sebenarnya) mereka adalah orang-orang yang menyimpang (dari kebenaran).
61. atau siapakah yang telah menjadikan bumi sebagai tempat berdiam, dan yang menjadikan sungai-sungai di celah-celahnya, dan yang menjadikan gunung-gunung untuk (mengkokohkan)nya dan menjadikan suatu pemisah antara dua laut[1103]? Apakah disamping Allah ada Tuhan (yang lain)? bahkan (sebenarnya) kebanyakan dari mereka tidak mengetahui.
62. atau siapakah yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang menghilangkan kesusahan dan yang menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah di bumi[1104]? Apakah disamping Allah ada Tuhan (yang lain)? Amat sedikitlah kamu mengingati(Nya).
63. atau siapakah yang memimpin kamu dalam kegelapan di dataran dan lautan dan siapa (pula)kah yang mendatangkan angin sebagai kabar gembira sebelum (kedatangan) rahmat-Nya[1105]? Apakah disamping Allah ada Tuhan (yang lain)? Maha Tinggi Allah terhadap apa yang mereka persekutukan (dengan-Nya).

[1103] Yang dimaksud dua laut di sini ialah laut yang asin dan sungai yang besar bermuara ke laut. sungai yang tawar itu setelah sampai di muara tidak langsung menjadi asin.
[1104] Yang dimaksud dengan menjadikan manusia sebagai khalifah ialah menjadikan manusia berkuasa di bumi.
[1105] Yang dimaksud dengan rahmat Tuhan di sini ialah air hujan yang menyebabkan suburnya tumbuh-tumbuhan.

4.19.2011

yang pergi tetap akan pergi,

dan kita di sini..sabar dan redho.
cakap memang senang kan?
hmmm.


assalamualaikum sayang :)

rasanya kita tak sempat pun berkenalan kan?
awak sibuk tido sejak awak jenguk dunia ni
mungkin awak khayal
sebab banyak sangat ubat yang manusia baju putih tuh letak dalam badan awak
tengok sajalah wayar yang berselirat dekat tangan awak,
sampai bengkakbengkak dekat tangan tembam awak

saya takdapat masuk tengok awak semalam
makguard india cakap, hanya yang ada kaitan je boleh masuk bilik VIP awak
dengki tau. nak jumpe awak pun siap kena ade pas masuk.  
special kan awak?

tapi bila first time manusia baju putih bagi masuk,
opah cu masuk tengok awak dulu,
dia kata masa dia datang kat awak dan dan masa tuh awak buang air kecil kali pertama.
eeii...awak ni comey tau?
pastu opah nyah masuk..atok awak..
awak tahu..saya tak tahu awak buat apa..setiap kali yang keluar lepas tengok awak..semua meleleh air mata.
awak ni dahla susah nak jumpa..orang datang jumpa..awak buat orang menangis.
tak baik tau. T______T

last..manusia baju putih tanya, mak awak nak tengok awak tak?
kami berkira-kira sendiri.
awak tahu..kesian kat mak awak..
mak awak tak tengok awak lagi..
dia kata masa separuh sedar masa operation tuh..manusia baju putih tak tunjuk pun awak kat dia. manusia baju putih terus bawak awak pergi.
awak tahu..luluh hati dia bila maklong awak cerita...yang awak tak normal..
dia cari sejuta kekuatan nak jumpa awak...awak tahu?

bila tok wan dan wan bincang...wan tanya abah awak
"apeh...karang kena letak nama ye.."
opah cu kata, "muhammad pun takpe"
tapi abah awak kata..."dah..dah ade...muhammad iqbal hakim" meleleh terus air mata abah awak untuk entah  kali ke berapa..dia sedih sangat awak tahu..
nasib abang awak ade..iqram datang dekat abah awak..dia peluk abah awak..

lepas tuh...ade nurse datang tolak mak awak atas kerusi roda..kami hantar dia masuk dekat pintu bilik awak dengan sepenuh kekuatan..abah awak tolak mak awak masuk dalam..kami hanya dapat tengok dari luar..

hati ibu mana tak luluh sayang?
tengok awak macam tuh..dalam setengah jam di dalam..
mak awak sempat rangkul awak..sentuh setiap inci tubuh awak..
dan kali pertama awak merengek bila mak pegang awak..suara pertama bila kasih itu bersatu
awak gediks kan? nak manja-manja.
T_______T

dan...bila wan awak keluar...
"doktor dah cabut"
kami semua meleleh air mata.
tok wan awak..wan awak..opah cu, opah nyah..maklong awak..
wan kata nampak awak tarik nafas sebelum nyawa awak diambil DIA
dan kami paksa senyum..bila mak awak kena dihantar balik ke wad..
kami taknak dia tambah sedih..dia keluar dengan juraian air mata..

yong dan opah nyah uruskan mak awak..
kami nak mintak bawak mak awak balik sekejap
doktor kasi dengan syarat kena datang balik
lepas tu..yong uruskan awak..
opah nyah ikut tengok awak dimandikan..
kami bawak awak balik ke gopeng...
sempat jumpa dengan atok-atok awak..mak-mak sedara awak dalam pakaian putih awak.

sebelum asar..kami bawa awak..kami hantar awak kembali ke tempat asal awak..
abah awak yang turun dalam liang..dia sambut awak...dan bukak ikatan di leher awak..
perlahan-perlahan dia letakkan awak ke tanah..
imam mintak iringkan kepala awak menghadap ke kanan...rapat mencium tanah
dilapik kepala dan belakang awak dengan uncang bantal..dan uri awak di bawah kaki.
awak tahu..sepanjang tuh abah awak tahan air mata?
tangan dia terketar-ketak masa letak awak?
awak pergi terlampau cepat sayang..
terlampau cepat.

semoga awak tenang di sana.
bermain di taman-taman syuga.
dan semoga kami tenang di sini
redho dengan takdir Ilahi.

kata imam, "dia memang dah confirm masuk syurga, kita di sini yang belum tentu lagi, tambah-tambah beribadah..supaya senang dia pimpin tangan kita, jalan seiring masuk syuga"

* * *
muhammad iqbal hakim

nama abah: mohamaad hafiz
nama umi: norfazilah khairi
nama abang: muhammad iqram aqil

berat: 3.0 +
lahir 18.04.2011 jam 1.00 pagi
meninggal 18.04.2011 jam 12.00 tghari
takcukupsifat : mata tiada, hidung satu, otak satu, jari bercantum, telor takde, paru-paru kecut, buah pinggang satu, mulut kecik

sapa sangka kan, dalam masa singkat, kita sangka awak lama. rupanya awak datang jenguk saja.

4.04.2011

rindu

Assalamualaikum :)
saya banyak benda nak citer dengan kalian. 
tapi terlampau banyak, 
kalau rajin, jenguklah blog lagi satu. 
selalu update sana, sebab senang. letak je gambar :P

4.01.2011

cik aisha mekap

Daisypath Happy Birthday tickers