Assalamualaikum :)
nak kongsi,
dari blog ini,
1. Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun unutuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk."
2. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur."
3. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya."
4. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur."
5. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir.
6. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga."
7. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga."
8. Ulama berkata: "Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk."
9. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka."
10. Saiyidina 'Ali berkata: "Barangsiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf."
11. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk."
12. Saiyidina 'Abdullah bin Abbas berkata: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke pihak kepala, terdengar satu seruan: "Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk." Begitulah keadaanya bila azab itu pergi ke pihak kaki dan perutnya. Kerana semuanya mengandungi surah Al Mulk."
dan blog ini,
Berbalik kepada surah Al Mulk/Tabaarak ni…..seperti yang diceritakan oleh Rasulullah s.a.w. :”Diturunkan kepadaku surah Tabaarak yang jumlahnya 30 ayat secara sekaligus, ia adalah surah yang MENCEGAH DARIPADA AZAB KUBUR.”
Rasulullah bersabda lagi: “Aku berharap surah ini ada di dalam hati setiap mukmin daripada umatku.”
Sebenarnya banyak kisah-kisah yang telah diceritakan di zaman Rasulullah tentang surah Al Mulk ini. Surah ini jika kita baca dan fahami maknanya setiap malam atau setiap selesai solat fardu….kebaikannya hanya orang yang membaca saja yang dapat rasai…insyallah…itu di dunia, kalau dijadikan amalan dalam hidup kita, bukan saja di dunia, di dalam kubur juga akan jadi sebagai cahaya yang sangat terang…..dan memudahkan sakaratul-maut…
Banyak lagi kelebihan surah Al Mulk jika digandingkan dengan surah-surah lain seperti; As Sajadah, Yassin, Al Waqiah,Al Kaffi dan Ar Rahman….surah-surah ini jika selalu dibaca pada setiap malam Jumaat, insyallah Malaikat rahmat akan turun mendengar bacaan kita dan menjaga kebajikan kita sehingga bertemu Jumaat yang akan datang, insyallah….cube lah…tidur pasti lena, tak takut ada penceroboh yang akan menganggu atau penyangak yang ambil kesempatan…atau sebarang malapetaka yang tak diduga….semuanya dengan izinNya juga…insyallah