3.25.2012

Kem Mini KRS

Assalamualaikum :)

nih sekitar kem mini krs harituh. kem nih dibuat sebagai persediaan kepada pelajar sebelum gi kursus kenaikan pangkat waktu cuti harituh.
tahniah untuk beberapa pelajar yang sudah jadi staf sarjan dan sarjan :)

kem mini nih, diadakan jumaat, sabtu ahad. 
guru yang ditugaskan mh shamsiah, ml makhtar, saya, mh suriati yusuf dan mh norbaya.
malam tuh, mereka ada ujian. so, saya bertugas jadi pengawas peperiksaan.hehe.
hujan lebat mlm tuh.
pastu makanan fasi disediakan oleh kami. 
mh sham dan mh sue, tolong gorengkan kentang.hehe

sabtu pulak, boleh dikatakan sepanjang hari hujan. so, budak-budak pagi tuh, try binakan khemah. dan kami mh-mh masakkan untuk urusetia nih.
bestlah men masak-masak :)

 
  

alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. seronok tengok budak-budak nih semangat dan tak ksiah lansung berhujan, insyaAllah, susah sekarang, senang masa depan  :)

Friendly Ampang

assalamualaikum :)

siang tadi ada perlawanan persahabatan antara smah dengan ampang kali ke-dua.
selasa lepas dah ade dah. siap ade kontroversi lagi yang pemain kena tinggal kat sekolah.hehe
(len kali try la lambat lagi :P)

nih beberapa gambar harituh dan tadi.

 owh hari tuh hujan. lebat siap sound efek kilat lagi.heheheh. tapi budak-budak nih semangat tunggu sampai hujan reda.hehe

 
 
 
 
 
 
 
 
nih selasa lepas punye games.
basah lenjun kasut. memang main dalam becak.
asyik tengok bola tak melantun dan budak-budak jatuh terduduk.haha
nak sangat main dalam hujan kan :P

lawak yang part nih.hehee






 
 injured

 
 naufal

 
 
 
 
 
 :)

3.24.2012

Newborn little boy.

muhammad qoyim
(baby boy mh shahlawati)

 
ala tomey-tomey!
sori lambat update gambar. awal bulan 1 harituh lahirnya :)

3.22.2012

Quote for today

quotes dari Fynn Jamal,
saya rasa budak SPM patut bace.hehe.
:)

------------------------
SPM is just your front door. and your result is your vehicle parked right in front. ada orang dapat porche. ada orang cuma EX5. ada orang dapat basikal. ada orang TAK ADA langsung.

life is just that. full of cruel ironies.
luck.

kadang2 kita belajar macam orang gila pun--
result kita tahi.
kadang2 kawan kita tak pernah baca pun--
result dia seksi.

rezeki.
bukan di tangan kita.
mana tahu, nasib kita dapat penanda yang sedang tak ada mood dan hati.
siapa sangka, taqdir kita tertulis lain dari yang kita fikir kita bagi.

whatever it is--
with whatever vehicle parked right in front of that door of yours--
be happy.

kalau tidak pun;
nangis puas2,
let it go--
and bounce back--
and be happy.

kereta apa sekali pun di depan rumah tadi;
soalan yang paling mahal adalah
siapa sampai destinasi.

ada kereta besar-- betul; boleh sampai paling lekas sekali.
TAPI. kadang2 jadi lalai. bawak sampai kemalangan mati. bawak dengan bongkak diri. bawak dengan keyakinan terlalu tinggi.

kan?
so they have better chances.
awak cuma ada kaki.
so what.

hanya orang2 yang pernah merasa rugi tahu harga sesuatu yang dibeli.
ya. sakit. bila kita buka pintu rumah dan cuma lihatkan kenderaan kita tak sehebat yang kita mimpi.

but such is life.
LEARN FROM IT.

kamu cuma ada dua pilihan.
love what you have. redha dan rela.
dan kata: how ever long this journey would take me-- i am UP FOR IT. aku cabar diri aku sendiri.

atau.

play it safe. masuk balik. duduk atas sofa. buka tv. dan tonton semua kejayaan orang melalui siaran yang kamu langgani.

adik2,
rempuh saja onak duri.
benda senang takkan sama manisnya dengan apa yang terpaksa kita kerah peluh darah deminya.

benar.
duit takkan bikin kita bahagia.
tapi.
itu ayat defensive orang tak rajin.
sudah malas--
main terima dan hadap saja.

orang rajin--
SAMPAI MATI akan rajin.
banyak sikit untung bukan dadahnya.
tapi perasaan MENGETAHUI dia sudah berusaha--
cuma terpulang pada tuhan untuk memberi:

ITU candunya.

apa yang aku belajar dahulu:
beramal bagai esok mau mati.
berharta bagai hidup seribu tahun lagi.

*pause*

tapi ye lah.
usaha NAK berharta seribu tahun.
NAK.

harta hari ini--
nak hidup sampai lusa pun macam nak semput.
HAHAHAAH.


benci bila orang hinakan kita yang workaholic / ulat buku / kije nak naikkan taraf hidup sendiri. kita nak tolong mak abah kita. kita KENA usaha. sebab kita bukan anak orang kaya.


ijazah smeua tak menjanjikan apa KECUALI fast track. masalahnya yang ada result bagus CUMA masa spm. masa universiti-- jahanam. menjebak diri dgn experiment drug. dgn kelab malam. dgn macam2.
yang ada result bagus, fokus kena terus, okay sayang? yang tidak-- kena usaha lebih. okay?

----------------

memang agak kasar bahasanya, tapi saya suka :)
sebab Allah perancang yang hebat, hanya DIA yang tahu apa yang terbaik :)
redha, dan berusaha kejar dengan apa yang ada depan mata, kita usaha dulu, dapat tak dapat, itu keje Allah, kan? 

Tahniah! Tahniah! Tahniah!

Assalamulaikum :)
rindu saya tak? hehe. maafla saya tahu ada yang datang sini dan hampa sebab blog ni tak update-update.
saya memang camni, kalau lama sangat tak update, datang malasnye.huhu

saya baru je baik demam minggu lepas,
saya rasa, sebab push badan kuat sgt kan.
padahal badan dah tua, (tak sedar diri).
tapi alhamdulillah, saya tahu, sementara nak biasakan diri dengan rutin harian yang baru ni,
beginilah :)

eh, dan melecong dari tajuk cerita.hehehe
sebenarnye saya nak update semalam, tapi tak seronok pulak sebab result pelajar sains tak dapat lagi semalam. saya hantar gak sms untuk tahu result semalam, tapi takde respon pun.

semalam, dalam pukul 9pg, saya masuk kejap dalam bilik guru, lari kejap dari latihan netball,
mh aliatul atirah dah gi amek result spm dia kt bilik pengetua. dia masuk-masuk je, semua ucap tahniah.hehee
dia dapat 7A kot! perghh...dasat..hehee. dia pun cam terharu sangat. saya pulak sebak.(biaselah tukang cerita memang kena emosi sikit! haha)

saya tak sempat tengok semua pun result budak sastera, sebab agak bizi semalam. yang tahu, munirah dapat 6A dan syukran 5A.

pagi tadi, semua macam excited tunggu abang posmen. dalam pukul 9 saya cam dah tak sabar.haha (excited mengalahkan budak-budak). so, saya pun try cara sms lagi. sekali dapat. so alang-alang check result sorang, baik check semua.ehehe. (so, mh minta maaflah baca result ante semua tanpa kebenaran.huhu)

tapi dapat-dapat je, kagum giler, saya baca sms cam rasa nak nangis. punyelah excited. tahniah! tahniah! tahniah! antum semua hebat-hebat. pecah rekod tahun nih dapat 12A..Allahuakbar!

saya ni kagum dengan dorang sebab dengan kemudahan belajar yang taklengkap, tapi takde alasan lansung untuk dapat result gempak! hebat betul.petang tadi masa result sampai excited saya pegang slip dorang. tengok slip Isna lagilah...nampak A+++++++ je banyak..hehhe.

Tahniah kat semua! dahla akademik pun hebat, akhlak pun hebat! dasat! hehe
Alhamdulillah untuk nikmat Allah :)

p/s: tahniah terutamanya kat x-budak boja, isna, hanim, tasnim, yaya, fatehah. mh kagum dengan result kome semua.hehehe. budak boja form5 tahun nih, rasa tercabar x? haha

p/s: tahniah gak kat budak form3 yang dapat result idadi hari nih. yang dapat mumtaz ada 3orang. semua banin-syafiq, aiman dan khatami. :) tahniah gak kat saibah, tak baca sangat tuh, dapat result cmtuh.hehe

p/s: tahniah gak kat budak boja yang lawan friendly dgn ampang selasa lepas, walaupun kalah, tapi buat mh gelak tengok sorang-sorang jatuh dalam lecak! hahaa.

p/s: esok last day muallim zainal kat sekolah. oke, hilang lagi sorang cekgu.huhu :(

p/s: saya sayang adik saya, cik bunge oren. :) cepat sembuh tau!

3.06.2012

Buku Wajib Beli : Jerat

1-kelabu --> nadia khan
2-pecah --> khairunizam
3-kougar --> shah johar
  -jerat--> dayang noor
4-ngeri --> gina yap lai yoong
5-tabu --> shah johar

selamat membaca!
assalamualaikum :)

3.05.2012

untuk yang terindahkan

melihatkan senyumnya saja,
sudah bisa buat saya tahu tentang satu perkara,
jelas, dia sedang bahgia.

takpelah, bukan pertama kali kecewanya
bukan takpernah terusik hati, kan?
:)
--------
  
chenta Allah lagi hebat
:)

3.03.2012

pemilik langit

Buku Wajib Beli : Kougar


aah, saya kurang suka sebenarnya dengan cover buku nih.
ini buku kelima yang saya baca keluaran fixi.
kisah andartu meletup yang diasak dengan kisah teman lelaki dan akhirnya kawen paksa atas pilihan ibu bapa.
sudah dua buah buku tulisan shah johar saya baca.
dan cerita dia sama. berkisah tentang hidup seorang perempuan
perempuan yang desperate!
----
dalam ranking
1-kelabu
2-pecah
3-kougar
4-ngeri
5-tabu

--dan sedang membaca jerat. boleh tahan :)

assalamualaikum :)

3.02.2012

terkini

assalamualaikum :)

saya sekarang kat sekolah.
malam nih ada kem mini krs,
mh sue yusuf, mh sham, mh norbaya, ml makhtar, ml yathrib dan saya, ada di sekolah malam ni. insyaAllah :)

ada banyak perkara yang berlaku di sekolah.
ayah muallim zainal telah ke rahmatullah pada hari selasa pagi yang lepas.
doakan arwah berada di kalangan orang beriman.

kesibukkan melampau untuk semua orang yang berada di smah.
taktahu kami kejar ape sebenarnya. huhu
Daisypath Happy Birthday tickers