9.30.2012

Ruang Kecil

aku nak ada rumah sendiri, ruang untuk aku menulis puisi, cerpen & novel. paling tidak ada ruang untuk berscrapbook, ada almari untuk ruang komik-komik ku. Biar hanya rumah kosong, akan aku warnainya dengan cinta aku pada ruang aku sendiri.
sekalipun tanpa kamu!

ni ayat dua tiga tahun lepas.
yer, saya dah punya "ruang kecil" itu.
tapi mungkin tidak untuk menulis cerpen atau puisi.
mungkin juga tidak berscrapbook atau komik-komik
minat yang itu, agak berkurang sekarang.
sekalipun rasa tiga tahun lalu takkan sama, tapi ruang ini punya sejarahnya sendiri.
Comments
0 Comments

0 comments: