11.15.2012

Buku Wajib Beli: CERPEN

assalamualaikum :)
aaa..teruja tak tengok cover buku camni? hehee (ke saya je yang terlebih excited? :P)
novel kedua nadia khan. sebelum ni buku KELABU. buku carta paling atas dalam koleksi saya.heheh
buku ni koleksi cerpen cik neddo ni. mentang-mentanglah dia doktor. taknak kalah cover buku tuh. tapi cun! hehhe
ada banyak citer koleksi neddo yang takda kat kapasitor yang ada kat sini. aa..sapa yang suka style tulisan yang rock, tak skema, macam bahasa pasar, boleh beli buku nih.hehe. rasa macam lebih dekat dengan kita.
paling best adalah tiap-tiap cerita, ada 'the making of ' aaaaa.. best. sebab neddo citer macam mana dia dapat ilham tulis cerpen tuh. hehehe.
so, apa lagi? jom beli!
* * *
saya dengar ada banyak koleksi buku fixi yang baru sampai kat popular. tapi sekarang tengah sengkek. so, tahan jelah kan..hahaha
mesti ada yang tertanya, saya dah tak update pun blog ciiter-citer macam dulu, asyik upload buku jer..heheh
sori oke, saya pun perasan, saya dah tak gila menulis macam dulu.hehe. padahal menulislah kegilaan pertama saya. huhu. dulu tiap hari kot nak cuba buat puisi semua. sekarang nak buat ayat pepower pun susah. ceh! (bajet! :P)
insyaAllah, saya kena praktis menulis sekarang, niat hati taknak berpisah apakan daya jodoh tiada (tetiba lagu ameng pulak.haha) aa..oke-oke, sila abaikan saya.
niat hati nak masuk pertandingan berita harian tuh. plan nak hantar bangku kayu, aaa..macam mana?

Buku Wajib Beli: Jalan Retak

Assalamualaikum :)
wahh..ini lagi satu buku A. Samad Said.
ingat lagi tak buku yang Simpang Jalan tuh? aaa..nih lebih kurang macam tuhlah. 
buku nih lebih kepada bacaan kanak-kanak. 
tapi temanya berat. kisah percutian sang anak dalam keadaan ibu bapa yang hendak bercerai
nasiblah ada atok mereka yang cuba memahamkan kanak-kanak nih.
bahasanya mudah nak paham. sesuai dibeli untuk anak-anak.
:)
ada satu perkara saya amat kagum dengan tulisan A. Samad Said nih, 
walaupun ini novel kanak-kanak, tapi bahasanya..ya Allah, indah. tiap baris susunan ayatnya, kita boleh tahu, ini tulisan orang lama. toksah citerlah memang takde shortfom semua, belum sentuh gaya bahasa lagi, semuannya tip top! aaa..hehe
susah nak jumpa tulisan macam ni lagi. huhu

semalam mak saya pegang buku Tasik Syahdu, koleksi cerpen-cerpen A. Samad Said,
yang saya sendiri tak sempat lagi nak habiskan.huhu
baru je baca muka surat pertama, mak saya cakap " takpahamlah" hehehee
terus dia capai buku lain.hehe. 
memang, kalau orang yang tak suka membaca, susah nak hadam semua tulisan beliau. tapi percayalah, seninya sangat tinggi! :)

11.11.2012

Buku Wajib Beli: Selasa Bersama Profesor Morrie

sangat-sangat WAJIB beli!
best sesangat buku ni.
buku ni nipis je, tapi seluruh isinya, lebih tebal dari pengalaman hidup saya.huhu.
best!
Daisypath Happy Birthday tickers