11.15.2012

Buku Wajib Beli: Jalan Retak

Assalamualaikum :)
wahh..ini lagi satu buku A. Samad Said.
ingat lagi tak buku yang Simpang Jalan tuh? aaa..nih lebih kurang macam tuhlah. 
buku nih lebih kepada bacaan kanak-kanak. 
tapi temanya berat. kisah percutian sang anak dalam keadaan ibu bapa yang hendak bercerai
nasiblah ada atok mereka yang cuba memahamkan kanak-kanak nih.
bahasanya mudah nak paham. sesuai dibeli untuk anak-anak.
:)
ada satu perkara saya amat kagum dengan tulisan A. Samad Said nih, 
walaupun ini novel kanak-kanak, tapi bahasanya..ya Allah, indah. tiap baris susunan ayatnya, kita boleh tahu, ini tulisan orang lama. toksah citerlah memang takde shortfom semua, belum sentuh gaya bahasa lagi, semuannya tip top! aaa..hehe
susah nak jumpa tulisan macam ni lagi. huhu

semalam mak saya pegang buku Tasik Syahdu, koleksi cerpen-cerpen A. Samad Said,
yang saya sendiri tak sempat lagi nak habiskan.huhu
baru je baca muka surat pertama, mak saya cakap " takpahamlah" hehehee
terus dia capai buku lain.hehe. 
memang, kalau orang yang tak suka membaca, susah nak hadam semua tulisan beliau. tapi percayalah, seninya sangat tinggi! :)
Comments
0 Comments

0 comments: