4.02.2013

untuk budak netball.

Assalamualaikum :)

alhamdulillah. berkesempatan ada ruang sedikit. dan ada hati waktu ini untuk menulis. ada sesuatu yang saya, ehem! mh nak budak-budak netball tahu.

yer, mungkin nih perkongsian. nasihat dari mh yang ilmu tidak seberapa. pengalaman tidak lama mana. kalau tanya mh, mh tak tahu sangat tentang peraturan segala. main taram je. setakat tahu basic. tau dalam netball hanya 7 pemain. kalau pegang bola, takleh bawak lari..aaa..tuh je. yang lain, semua mh belajar dari budak-budak netball sendiri.

oke, apalah mh nak merepek nih. haha. oke serius!
oke, berbalik tujuan asal, mh tulis ini, sebab mh rasa sedang berlaku keadaan team netball seakan berputus asa. kita belum pergi berjuang pun lagi. jangan cepat benar hilang punca atau mengalah.
berbaliklah kepada niat kita bermain netball. mh selalu pesan, kita main kerana Allah. pegang tuh setiap masa. sebab dengan niat begitu, kita takkan kecewa. kita main sebab nak timba pengalaman. sapa yang taknak menang dik? semua nak. ibaratkan saja, kalau menang itu, rezeki. kalau kalah, bukan pulak sebab ada 'badi'. mudah. takperlu sedih.

sukalah mh nak kongsi, tahun yang mh rasa pasukan netball banyak benar rezekinya Allah bagi pada tahun itu. mh jaga netball tak lama. jadi bukanlah contoh ini tahun terbaik hanya sebab menang banyak dapat hadiah dari tuhan. tapi sebab banyak kesempatan, banyak peluang yang Allah bagi untuk team netball smah timba pengalaman. itu lebih dari segalanya.

moga perkongsian ini dapat memujuk semangat team netball smah sekarang untuk bangkit. jangan cepat mengalah.

 2010.
tahun yang mana banyak perlawanan berlaku.
gambar di atas semasa perlawanan anjuran masjid sultan yusuf.
smah masa tuh hantar dua team. smah menang masa ni. saguhati tak silap.
entahlah satu tips sebenarnya dalam permainan berpasukan seperti netball, bola sepak, botam semua tuh, paling penting kena ingat, kerjasama. kerja berpasukan.
awak bukan main sorang-sorang. tapi team mates.
setiap position dalam netball sama penting. ingat sama penting! dia bukan pasal center je bagus, atau GA je bagus. tapi SEMUA kena bagus!


perlawanan kedua.
SMAN di padang rengas. masa ni dapat ranking ke 8 tak silap mh. sampai excident pun ada.
mh mungkin beruntung. untung sebab ada budak-budak ni. mereka yang buat banyak sebab kenapa mh patut stay balik lambat kat sekolah semata-mata netball.
tips kedua, kena rajin turun latihan. rajin! tanpa banyak alasan. kelas tusyen bukan alasan. awak pergi tusyen, lepas tusyen baru main. kena stabilkan antara study dan games.
main netball ni, macam family. kita sama-sama tolong mana yang kurang. ada je dorang datang latihan bawak buku nak baca. kak shahirah (gadis besi) selalu je bawak buku nak dibaca waktu latihan. kak isna ada je bawak buku math buat latihan. kita ada masa.nak dengan taknak. semua tuh pilihan awak.
paling pantang mh, tak siap homework sebab alasan latihan netball. ingat riadah yang awak buat, sebenarnya membantu awak lagi disiplin. tapi kalau makin tak terurus masa awak, baik takpayah main netball.

perlawanan ketiga.
perlawanan smar. kat islah sg lampam teluk intan. menang tempat ketiga.
tips ketiga adalah tentang ukhwah.
taksilap mh, paling muda waktu team ni, saibah dengan adlina.
paling ramai budak form3 dan form5. dan dorang sangat rapat.
rapat yang sampai mh sendiri cemburu.
bila rapat satu benda yang wujud adalah kepercayaan!
we trust each other. walaupun form lain-lain. dorang hormat senior.
normallah salah paham. nama pun adikberadik. mesti ade masa bergigit. ada mase berkepit.
tapi selalunya tak simpan dalam hati. tak delah mh tengok dorang nak bergaduh-gadoh. nak masam muka. tak suka orang tuh. tak ngam dengan ni. ada pun kejap. lepas tuh, oke balik. senyum balik.
banyak benar masa yang gelak ketawaaaaa je. :)


perlawanan keempat. terakhir. dan menang tempat ke empat kot. tapi ade no lah. kat uitm terengganu. anjuran mgbsim.

tips terakhir.
banyakkan bersusah semasa latihan. jangan hanya nak cepattt je habis latihan. paling kurang setiap kali latihan: 3kali pusing padang. sebab untuk bina stamina. percayalah, budak kita paling cepat pancit. rajinlah kutip bola yang keluar. selagi bola taklepas dari garisan, masih ada peluang. tapi kitalah paling malas nak kutip bola..tengok macam tuh je bola keluar. lagi, buat latihan kena serius. dengar cakap jurulatih. cakap ketua pasukan. ada masa gelak, kita gelak. ada masa kena serius. awak banyak gelak dalam padang, cepatla awak pancit. lagi kena jaga emosi. kita nama baik sekolah. nama mak ayah kita. imej islam. jaga adab. jangan maki atas padang. ingat, banyakkan zikir atas padang. baca surah masa main. terutamanya GA dan GS, HDA. hubungan dengan Allah. awak masa nak shoot, kena tawakal, bergantung pada Allah. sapa lagi nak tolong waktu tuh?
jangan sombong. berkenal-kenalan lah dengan orang sebelah. pihak lawan. panjangkan ukhwah. :)

yer lah. memang mh untung ada dorang.
untung ada isna, sebab paling pandai cari ruang. macam lipas kudung. kejap je dah hilang.
untung sebab ada gadis besi. dia tak gerak pun, tapi bola datang kat dia. mcam magnet.
untung ada tasnim. dua-dua tasnim. sebab pandai shoot bola.
untung sebab ada mereka ini:
mawadah, aina, farihah, farah, saibah, lina, farah kecik, syukriah, sabrina, asma, pai yang banyak tolong mh, uswa, hanim, dan
najat, budak yang baling bola paling jauh, terus dapat kat GA. dan selalu over court.hahaha.
baik buruk semua tuh ada sebab. dan ada masa untuk kita perbetulkan.

untuk budak netball,
amek yang mana perlu diperbaiki.
kekalkan mana yang dah ada :)

salam kasih,
mh akmar. 


Comments
1 Comments

1 comments:

oren said...

Semua tentang ukhwah.. =)

Daisypath Happy Birthday tickers