7.06.2010

Mukhayam bukan Makan Ayam- #2

Salam Sayang Untuk Semua :)
jom-jom! kite sambung cerita yang tergantung! (macam pantun laks ;p) hehe
oke, dalam entry yang sebelum nih, semua peserta yang terlibat, sudah bersiap sedia untuk Kembara Ukhwah. semua bergerak dalam kumpulan dan mencari rumah yang telah dikenalpasti ade makhluk asing. eh-eh silap, ade ibu-ibu tunggal nih. 
so, inilah rumah pertama kami.

nampak tak yang tertonggeng-tonggeng tuh? hah...itulah ibu tunggal.
kamu tgk umah dia, ish-ish daif oke. kais pagi, makan pagi, kais petang, makan malam (eh?) haha.
oke, stop! jangan terpedaya dengan ibu ayam tuh semua.hehe


oke-oke, nih sebenarnya ibu tunggal. 
see.see.semua pun macam terdiam kejap biler mualim tanya pasal family dia.masing-masing pun kekok jer sebenarnya. mungkin tak biase. tamba-tambah saya. 
*biler tgk muke opah nih, teringat arwah opah saya.huhu*


selepas tuh, mh nor hayati pun menyerahkan hamper kepada opah tuh.

oke, skg seisi photography, senyum...

dan kami pun meneruskan perjalanan ke rumah berikutnya,
dua kesayangan saya. 


setelah berjalan jauh beribu batu (oke, tipu :P), maka kami pun sampai lah ke rumah yang kedua.

rumah ketiga

selepas itu kami, kumpulan yg lain, pergi ke lagi tiga buah rumah.
dalam jam sebelas lebih baru kami tiba kembali ke Kem. 
dengan kebenaran Kem Komandar, semua peserta dibenarkan terjun ke sungai.
hoyeay! hehe
*oke, gambar bermandi-manda banyak, tapi takleh upoad, so sape-sape banat nak gambar, sila bg pendrive*

lepas je naik dari mandi, dengan kesejukan air sungai yg macam ais, kami solat dan makan tengahari yg disediakan oleh pihak Kem.
nampak-nampak? punyelah banyak nasi dia. tertido-tido nak habiskan. tapi sedap :)

tergode tak? hehe


lepas sesi makan beradap (?), aktiviti diteruskan dengan Praktikal Solat yang dihandle oleh Mualimmah Misleha bagi sahabati, dan sahabat dikendalikan oleh Mualim Halim.
*maaf, takde gambar, sbb tukang citer tgh makan time tuh.hehhe*

seterusnya lepas Praktikal Solat, semua pelajar dipecahkan mengikut group untuk berdiskusi tentang persembahan Malam Budaya yang diadakan malam tuh. so bincang punye bincang sampailah pukul empat lebih. lepas tuh semua pelajar bersiap untuk khidmat diri dan solat Asar.

usai je solat, semua peserta kembali ke tapak recall untuk aktiviti seterusnya iaitu permainan outdoor.
sahabati:
gune straw untuk bina satu bangunan yg kukuh, bleh diangkat-angkat dan yg plg tinggi.


dan pemenang permainan nih adalah group Isna :)

manakala, sahabat-sahabat kite pula bermain satu games yg menguji minda. mereka diikat di kedua-dua tgn dgn tali, dan disilangkan tali len dengan tali tersebut, dan tali itu diikat pd tgn sahabat yg lagi sorg.
apa yg patut mereka buat adelah, mcm mana nak lepaskan diri dari silang tali tuh. (phm ker saye terang nih?hahaha) kite layan gambar jelah.hehe


bila semua dah diikat dgn tali, fasi jerit 1,2, 3 games pun bermula! tgk sape yg lepas tali dulu.hehe
macam-macam aksi ade.hehe
 ish-ish dasat btl permainan nih. ;p

 
 
 poning Mh Zaiton. kesian kat Aiman. tgk muke tuh tahu dah tension.hehhe


 
 
 
 setelah diugut sape yg plg last akan dicampak ke sungai, barulah Wazir dan Fikry dapat lepaskan diri. cuma tggl budak form1 terkial-kial. heehe
lepas tuh sahabat-sahabat tukar game lain pulak.

yang ini lebih kepada kerja berkumpulan. tgk sape yg dapat masukkan getah plg banyak.



manakala sahabati bertukar pula kepada games pertama sahabat tadi.
 
 
 
 

lewat petang barulah aktiviti tamat dgn jayanya ;p
masing-masing bersurai untuk khidmat diri dan solat Maghrib.

oke, untuk yg len, ape yg jadi malam tuh? sape punye persembahan yg hebat di Malam Budaya, sape yg berlari lintang pukang kena sergah masa night walk? 
kena TUNGGGUUUUUUUUUU ;p M U K H A Y A M! hehe

7.05.2010

Mukhayam bukan Makan Ayam


Salam Kesayangan Jiwa ;)
SalamhariAhad ;p
nak tertaip hari sabtu pulak. poning dah agaknye.hehe
 macam mana weekend kamu?
masih menarik? ;)

oke, entry nih untuk review tentang Mukhayam yang berlaku pada Jumaat lepas dan berakhir pada petang tadi.
masih penat tak budak-budak chomey saya? hehe.
sudah sedia? jom-jom
*macam nak gi mana jer ;p*

khas untuk budak-budak yang form3, 5, 6 dan yang takdapat nak gi,
dibawa khas secara tak lansung, nikmatilah ;p

Mukhayam 2010 (Form1,2&4)
Kem Murni, Kg Jahang, Gopeng, Perak
2, 3 & 4 Julai 2010

Hari Pertama


bile dh sampai dalam jam lima (lebih) petang , semua peserta diminta beratur untuk taklimat seterusnya.


selepas itu disampaikan ucapan dari Mualim Buang selaku Kem Komandor.

seterusnya, setelah diberi taklimat, semua peserta dilepaskan untuk solat, khidmat diri, dan dilepaskan mengikut kumpulan yang telah ditetapkan ke dalam dorm (chalet). 
yang mana, sahabati mengisi ruang tiga bilik (chalet) , dan sahabat dua bilik (rumah org asli).

sebelah malam, selepas solat Isyak, ade slot pertama bersama Ustaz Shamsul Mad Arif yang didatangkan dari KL, dan menyampaikan tajuk Ceramah: Tarbiyah Dzatiyah.


selepas tamat, semua peserta dibenarkan berehat, setelah kepenatan sehari berjalan kaki untuk datang ke kem. *mau patah kaki berjalan hampir 2km dengan beg smua*

Hari Kedua

Bermula dengan Qiam yang dibuat pada pukul empat pagi.
tepat jam lapan, semua bergerak ke tapak 're-call' untuk seisi riadah.
peserta sahabati, dikendalikan sepenuhnya oleh Fasilitator: Fairus (STAM) & Mh Sham

 Fairus

 nyanyian Lagu Negaraku, Sekolah & Bingkai Kehidupan (dimulakan dengan nasyid Asmaulhusna)


Manakala sahabat dikendalikan oleh Mualim Azimi
*menunjukkan skil-skil dalam KRS*

Aktiviti seterusnya adalah seisi masak-memasak, yang mana sahabati lebih selesa makan makanan segera: roti, biskut,dsb.

tapi berlainan dengan sahabat-sahabat kita nih,
rasa meriah macam kenduri kendara pulalk +____+

fewitt! roti telur tuh.hehehe
sahabat aiman, bukan main lapar, roti separuh masak pun dia telan.hehhe

meggiieeeee?? ish-ish.

gambar-gambar candid:

selepas sarapan, bermulalah program seterusnya iaitu 'Kembara Ukhwah'
(ape benda tuh kan?) takpe-takpe,saya terangkan, jangan kelamkelibut ;p
Kembara Ukhwah adalah salah satu aktiviti yang mana semua pelajar diberi tugasan untuk menyediakan derma ikhlas yg berbentuk beras, gula, garam, kopi atau ape-ape jenis makanan untuk diserahkan kepada penduduk yang kurang kemampuan.
Program nih sgt menarik, dan menggalakan pelajar lebih menghargai golongan ini.
*ade banat siap bawak hamper besar lagi.hehe*
program nih bermula pada pagi sabtu dan melibatkan enam buah rumah, yang kebanyakkannya adalah ibu tunggal (bukan tunggul yer ;p) kami berpecah mengikut kumpulan, untuk menjimatkan masa, memandangkan jarak antara satu rumah dengan yang lain, sgt jauh. jenuh jugaklah budak-budak tuh berjalan.
paling menarik, ade yang berkongsi pengalaman tentang satu rumah nih, yang mengambil upah membuat jeruk mempelam. peserta nih semua berpeluang mengupas sendiri buah, sebagai usaha menolong makcik tersebut.
lebih kurang jam 11 lebih baru kami tiba di Kem semula dan bersiap untuk makan tengahari dan persiapan solat.


antara barang amanah yang setiap group, wajib sediakan.

bergambar sebelum pergi

menci tau org yang ade lesung pipit (ke pipi?) nih.
tau tak senyuman kamu tuh membunuh? :)

yg tengah tuh ayu ar, ngorat leh? haha ;p

semua pun bersemangat untuk pergi.

nak tahu ape yang jadi? rumah sape yang diorg lawat? jom!
eh, silap..akan bersambung
entry nih panjang sgtlah. jadik akan bersambung ke entry seterusnya. :)

7.01.2010

Exam

Salam Kerinduan untuk semua :)

hari nih 01hb julai. hampir sebulan untuk trial exam untuk pelajar pmr dan spm.
study hard & study smart
moga-moga yang terbaik untuk kalian.



opss..kesihatan kena jaga tau.
bile minggu exam, kepala akan mula stress dan pelajar selalunya suka buat benda gila-gila.
berpautlah pada Allah, insyAllah..kamu takkan kecewa ;)

6.09.2010

PengUMUMan


Salam Kesayangan Jiwa!

Salam budak-budak chomey,
perjumpaan untuk semua peserta Karnival Ko-Ku Terengganu
 (netbal, futsal, balapan, tilawah-hafazan, khutbah)
ISNIN nih ade sedikit taklimat pada pukul 9PAGI di SEKOLAH. 
sila datang yer sambil membawa IC dan salinan IC. 
dan hari terakhir utk sapa-sapa yang nak jelaskan duit RM60/sponser beserta SLIP KEBENARAN IBUBAPA. sekian. ;)

psst: saya bakal bertukar subjek yang diajar. bye-bye untuk BM tingkat1 dan satu kelas GEO.
baru ingat nak berchenta dgn BM.huhu.
Daisypath Happy Birthday tickers