10.10.2010

Projek 101010: #1-Petua Imam Syafie

  • Empat perkara menguatkan badan
 1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

  • Empat perkara melemahkan badan
 1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

  • Empat perkara menajamkan mata
 1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

  • Empat perkara merosakkan mata
 1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

  • Empat perkara menajamkan fikiran
 1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

  • 4 CARA TIDUR
 1. TIDUR PARA NABI
     Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit danbumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
     Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solatmalam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
    Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyakdimakan.
4. TIDUR SYAITAN
    Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

*dicopy dari fesbuk, selamat mencuba ;)

10.06.2010

dari hati

assalamuaalaikum, salam kesayangan jiwa. lama dh xupdate blog. enchek lappy yang rosak, membuatkan bertambah-tambah malas nak update. sebenarnye nih saje je, nak try update gune tpn baru.hehhee.

9.30.2010

buah hati


9.21.2010

Selamat Hari Raya

Salam kesayangan jiwa ;)
semua masih dalam mood raye?
sudah sempurna puasa enam kamu?
harap-harap semuanya sudah start engin ye. hehe.

persiapan raya kali nih, adalah paling biasa-biasa rasanya
tak banyak yang ditukar, baju raya pun pakai baju kurung yang mana ada,
kuih-muih pun semua main tunjuk jer, satu-satunya kuih yang buat, adalah kuih sampan, itupun sebab bisnes mak. yang untung mcm takuntung.hehe. dalam raya nih pun, masih ade yang nak menempah. haih..*order limited sebelum raya jer, harap maklum ;p*

*nnt saya kongsi resipi kuih sampan nih dengan semua*

* * *
Dua hari sebelum raya saya dah ada di kampung, kampung yang hanya sekangkang kera, bila-bila pun boleh balik.hehe. Mak semangat benar nak beraya tahun nih. yelah, tahun lepas, kami takde kampung sebelah mak.tahun nih dah ade balik. *boleh pulak kejap ade, kejap takde.hehhe*

tambah-tambah tahun nih, Ucu Man sekeluarga pun sama-sama ada, mana tak seronoknya.
akhir ramadhan tuh, saya amek peluang ke Pekan Batu Gajah, mencari keronsang baju-kebarung-pahang saya. singgah ke bazar ramadhan yang rata-rata peniaganya hanya tinggal beberapa orang je. tapi org yang membeli masih ramai macam hari pertama puasa. petang tuh mak dah sibuk masak rendang dan bakar lemanag. punyelah terliur, santan pun nampak sedap.hehe


malam raya
last-last,
baru insaf nak stop main, dan masuk tido.hehe

Pagi raya, sesi bergambar, memohon maaf, pegi beraya secara konvoi. tahun nih kurang meriah, mungkin sebab ramai cousin yang takdpat ada bersama, mungkin sebab badan dan besar gabak dan sayu je hati duit keluar macam air T_______T


dan yang terakhir,
wajah penyejuk jiwa,


9.11.2010

Penenang Jiwa: Kusyuk

* * *
Dirawikan dari Hatim al-Ashom. Dia ditanya tentang solatnya. Maka dia menjawab,
Ketika tiba solat, kusempurnakan wudhukku, aku pergi ke tempat solat, aku diam sejenak kerana hendak mengumpulkan seluruh jiwaku, lalu kudirikan solat. Aku jadikan Kaabah di depan mataku, Sirat dibawah tapak kakiku, Syurga di kananku, Neraka dikiriku, Malaikat Maut di belakangku dan kukira itu solatku yang terakhir, kemudian aku berdiri di antara berharap dan takut, aku takbir dengan  sungguh-sungguh, membaca dengan tartil, rukuk dengan tawadhuk, sujud dengan kusyuk, aku duduk tahiyat awal dan akhir dengan ikhlas dan aku tidak tahu apakah solatku diterima atau tidak. 

* * *
Salam Kesayangan Jiwa ;)
salam hari raya untuk semua
maaf lama sangat tak diupdate, hati saya tawar semenjakduamenjak nih.
mogamoga cuti kali nih boleh recharge semula.
salam rindu untuk semua, maaf zahir batin ;)
Daisypath Happy Birthday tickers