11.15.2010

sedikit lebih baik

salam kesayangan jiwa ;)

malam yang sunyi. 
seharian yang penat di sekolah.
hari terakhir sekolah untuk sesi duaribusepuloh nih.
surau banjir dengan air mate.
senang cakaplah..
ape yang kite pegang antara kawan,
kenangan.
dan, tolong pegang kemaskemas dalam hati.
 
mesyuarat guru.
takbanyak perubahan yang berlaku dalam subjek yang akan diajar tahun depan.
owh. takbanyak yang berubah macam yang dijangka.
sejarah.
addmath.
antara duadua nih, saya pernah jatuh chinta.
dan duadua pernah jadi subjek yang paling saya taksuka.
saya tulis novel chinta skateboard waktu cekgu ajar sejarah formthree.
saya takpernah bagi lulus addmath, kecuali untuk sijil spm.
tapi..sayang saya masih ada.
duadua nih, saya masih cinta.
psst, budakbudak jangan risau. saya takajar ajaran sesat dalam kelas.
insyaAllah.

dan,
berita gembira. saya tak jadi guru pengawas lagi.
ahh..kalau kamu gembira, saya lagi seribu kali suka.
penat jadi bukan diri sendiri untuk setahun nih.
saya punyelah risau tentang kedut muke setiap kali marah-marah kamu.
owh, terima kasih, ajarkan saya..
sabar..
sabar..
sabar..
saya harap kamu jage akhlak biar sampai sempurna.
 
psstt: chinta skateboard, novel pertama saya. yer, memang tak dijual. dan bukan jugak untuk dipapar macam bangku kayu.

11.06.2010

saya minta maaf, gadis bunge oren.

crdt deviantart.

kamu tahu sapa kamu.

10.30.2010

seru dah sampai?

Lokasi: asrama.
petang yang damai. bgn tido je kelaparan.hehee. mungkin penangan, nasi ayam tadi. (eh, macam tak cukup je makan td.hehee)..nanti ingat nak masak lagi. nak usaha sampai skill jadi pro..

teringat Lina penah tanya dulu, "awak nih bila lah nak belajar memasak. setakat masak air dgn goreng telur je?" saya gatal jawab, nantila...lina kata nanti dah kawen kan susah. saya cakap, aaa...nak kawen baru belajar masak..hehehe.. sejak dua tiga menjak nih, saya rajin pulak ke dapur...hhmmm..curious nih...hehe. seru dah sampai ker?

10.26.2010

. . . . .

. . .

. . .
saya perlukan DIA. dan 
seperti selalunya..DIA takpernah tinggalkan saya.

10.24.2010

Penenang Jiwa: Takut kepada Allah

* * *
NotaHati: ini perkongsian saya dengan kamu. apa yang tertulis dengan label entry Penenang Jiwa, adalah apa yang tertulis di dalam sebuah buku, Penenang Jiwa (Pengubatan & Rawatan) Jilid I, terjemahan kitab Mukashafah Al Qulub karya Imam Al-Ghazali yang diterjemahkan oleh Muhammad Qadirun Nur,  yang sedang saya baca dari beberapa bulan lepas.(buku tebal, terlampau banyak ilmu dan memerlukan penghayatan yang tinggi untuk membaca). jadi, kalau-kalau ada fakta yang salah, minta ditegur yer.


Tersebut dalam sebuah Hadis. Rasulullah SAW bersabda,
Sesungguhnya Allah menciptakan Malaikat. Sayapnya yang sebelah mencapai bumi bahagian timur. Yang sebelah lagi mencapai bumi bahagian barat. Kepalanya di bawah Arasy dan kedua kakinya di dasar bumi ke tujuh. Ia mempunyai bulu sebanyak bilangan makhluk Allah. Ketika seorang lelaki atau perempuan daripada umatku membaca selawat kepadaku, maka Allah memerintahkan Malaikat itu agar menyelam ke dalam lautan dari Nur di bawah Arasy. Malaikat yang menyelam itu kemudian keluar dan mengibas-ngibaskan sayapnya sehingga bulu menitis setitis Nur. Daripada setitis itu, Allah menjadikan Malaikat yang memohonkan keampunan bagi orang tersebut sampai hari Kiamat.

petikan dari babsatu: takut kepada Allah, ms1.
Daisypath Happy Birthday tickers