Salam Kesayangan Jiwa!
siapalah si EHEM yang suruh saya update nih.
perkenalkan diri plis!ehhehe.
ape ke benda nak membebel nih.hmmm....
nah, kasik tgk gmbr dulu.
tengok gmbar nih teringat zaman pakai baju kurung putih, kain biru.
*skg kalau pakai pun,sah-sah tak muat*
badan dah gemoks macam belon.huuhu
eh, abaikan. skg bukan mau citer pasal berat badan.
malam nih nak story sikit pasal bab kapel-kapel nih.
teringat harituh, masa mengajar kat kelas,
aku suruh budak-budak comey buat discusssion dalam kumpulan,
"oke, skg mh nak kamu cari kapel masing-masing,"
riuh rendah kejap kelas tuh.
haih.budak-budak skg, suka salah paham.
jenuh nak expalin.
maksud kapel tuh kan berdua.
tak semestinya untuk laki-perempuan.
boleh je laki-laki,
perempuan-perempuan.
"ooooooooo..."
panjang pulak oooo budak-budak tuh.
tuh pun masih ade yang berpikir,
laki-laki?
perempuan-perempuan?
dah ade yang telan air liur.
hish. jangan nak merepek.
memang aku tak salahkan budak-budak tuh pun.
sekeliling mata dihadap dengan citer-citer dan masalah macam tuh.
jadi biler diorang berpikir jauh, normal.
dahlah, itu aku boleh kupas dalam entry lain.
malas nak komen orang yang ada masalah identiti nih.
kita sambung kisah kapel-kapel nih.
persoalan yang selalunya ditanya,
boleh ke kapel?
rasanya tak payah tanya pun dah tahu jawapan,
boleh je kan, tapi kapel lah gn suami kamu, isteri kamu ke.
yang tak bolehnya kapel dengan kawan-kawan laki kamu,
kawan-kawan perempuan, dengan isteri atau suami orang lain.
itu sah-sah tak boleh. kalau terasa nak makan kasut,
nak tahu sedap atau tak. bolehlah cuba. ;p
soalan seterusnya,
kapel tuh ape?
macam aku cakap tadi, kalau nak tahu makna sebenar, sila bukak kamus dewan,
dalam bi-couple, dalam bm-berpasangan.
atau tanya mana pakar-pakar bidang kekapelan.
*suke suki jer bidang kekapelan.hahaha*
bagi aku, makna kapel cukup senang,
berpasangan, berdua.
skg, kita pergi kepada maksud yang lebih dalam.
makna yang semua orang paham bila perkataan kapel dinyatakan.
khususnya pada budak-budak skg.
kapel yang bermaksud menjalinkan hubungan cinta,
antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim.
itu yang aku nak kongsikan dalam entry ini.
kapel masa sekolah?
zaman skg nih kebanyakkan pelajar lebih maju,
kalau bab sosial nih, pemikiran sudah jauh kehadapan,
banyak faktor sebenarnya yang mendorong mereka,
termasuklah teknologi yang semakin canggih,
dan kehidupan sekeliling yang menjadi tivi besar untuk mereka.
oke, mari fokus sikit bab nih.
angkat tangan sape-sape yang pernah couple masa sekolah?
atau yang sedang ade couple?
atau juga teringin-ingin nak couple?
jawab sendiri-sendiri, takde orang nampak kamu angkat tangan.
jawab dalam hati, jujur pada diri sendiri.
bagi yang sedang kapel,
aku mahu tanya, ape bestnya kapel?
selalunya alasan yang diberi,
boleh study sama-sama.
kamu tanya pada mereka yang pernah kapel,
betul ke hanya study sama-sama?
boleh ke study?
mula-mula tuh mungkin semangat,
"dia banyak ajar saya"
"dia pandai, saya dapat A bila study sama-sama"
lama kelamaan, banyak benda lain yang dibuat dari study bersama
boleh ker kamu pakai alasan ini?
sebenarnya, kalau setakat nak tanya dua tiga kerat soalan,
tak perlu kot sampai nak berkapel,
even utk tanya soalan satu buku pun, tak perlu untuk berkapel.
ingat, skg aku fokus pada pelajar-pelajar sekolah,
yang pemikirannya selalu faham benda yang salah.
bagi aku,
bukan takpayah ade hubungan lansung laki perempuan,
kalau ade soalan tak paham, boleh jer tanya apa-apa,
selagi kamu jaga adab,jaga ape yang kita panggil maruah,
tanyalah seberapa banyak pun soalan.
dalam kelas, contohnya, tak semestinya tak payah bercakap lansung dengan perempuan atau laki
ade perkara kita perlu berdiskusi dengan kaum lawan jenis ini.
selagi kena gaya dan cara yang betul, dipersilakan.
takde sapa nak marah.
aku ingat lagi, ade budak yang suka bagi alasan, contoh,
' ahmad, hari nih sape tak datang?"
'banin semua datang, banat saya tak tahu"
begitu jugak sebaliknya.
alasan kamu, hanya kerana menjaga ikhtilat keduanya?
mau tergelak sebenarnya.
alasan yang kelakar.
mmg baik, tapi biarlah kena gayanya.
masa zaman aku belajar dulu,
memang perlu wujud hubungan yang baik dengan lelaki,
kos yang aku amek masa study dulu,
majoriti terdiri dari pelajar lelaki,
perempuan cuma lima orang dalam satu kelas.
selebihnya tiga puluh orang, kesemua lelaki.
memang perlu pertolongan untuk memahami topik-topik yang susah nak paham,
sama juga zaman universiti,
alatan yang nak diangkut untuk buat cerapan, atau buat kerja uar, memang berat,
dah kalau group semua perempuan, memang diharap pertolongan kaum lelaki.
tengok, kaum sejenis itu melengkapi kekurangan kita.
cuma macam aku cakap awal-awal tadi,
mesti kena gaya dan cara yang betul.
oke, itu untuk mana-mana budak comey yang takut berkawan dengan kaum berlawanan jenis ini.
skg kita pergi kepada yang jenis 'taktakut' nih,
yang terlebih advance dengan hubungan lelaki-perempuan,
yang tanpa segan silu,
yang dalam berkawannya lansung tidak menjaga adab dan maruah,
tambah-tambah yang menjalinkan hubungan cinta.
pernah satu kawan aku,
cekgu di sebuah sekolah,
satu hari, dimarahnya sorang anak murid lelaki ini,
kerna tak siap homework,
tiba-tiba bangun sorang murid perempuan, lalu bersuara,
"ala...rileks lah cekgu, takkan itu pun nak marah!"
rupa-rupanya gadis itu, gelfren pada murid lelaki tadi.
nampak?
adab dengan cekgu pun sudah tidak terjaga hanya ingin back-up boyfren kesayangan?
biler dengar citer tuh, terdiam aku.
teringat zaman sekolah dulu,
teringat kawan-kawan yang pernah berkapel sesama sendiri masa di tingkat lima.
kalau boleh sehabis mungkin mahu disorok hubungan cinta mereka,
takut-takut kalau cekgu tahu,sebab kalau sampai nama pasangan kat ustaz, memang parahlah.
rasa-rasanya paling takut dulu,
biler time prep malam,
nama kena panggil pergi ke pejabat warden,
sorang nama laki, sorang nama perempuan,
kalau mcam tuh jer, sah-sah tahu kantoi kapel dengan cekgu,
selalunya pasangan akan disandingkan oleh ustaz depan cekgu-cekgu lain,
siap kena renjis-renjis dengan beras lagi.
memang sah femes lepas tuh.hehe.
dulu budak-budak cukup takut kalau cekgu tahu.
tapi skg nih, remaja tanpa segan silu berkepit ke hulu ke hilir,
berpegang tangan
*agak-agaknya muka budak skg tebal sgt kot ;p*
kalau tak, tak jadilah kes buang bayi kan?
nah,
aku tak nampak lansung kebaikkan berkapel zaman sekolah,
tolonglah pada sapa-sapa yang teringin atau simpan keinginan nak berkapel,
simpanlah dulu, jauh lagi perjalanan kamu,
jangan buang masa yang sepatutnya kamu guna untuk study,
jangan bazirkan duit beli topup yang sepatutnya kamu guna untuk menabung,
ingat adik-adik lelaki ku,
duit poket kamu pun mak ayah yang tanggung,
jangan berangan nak eksyen aweks depan orang,
kalau kamu betul-betul suka,
nah, belajar pandai-pandai,
dan usaha.
untuk adik-adik perempuan ku,
jaga maruah kamu,
jangan hanya baru diayat sikit,
kamu dah cair meleleh,
lelaki selalunya suka test-market,
jangan dia baru hulur tangan, kamu pulak yang beria menepuk-nepuk.
macam mana kalau hati yang suka?
*gelak*
mmanglah, sebab perasaan tuh kita tak boleh tahan,
cinta datang sendiri,
tapi tolonglah ingat dan tahu,
cinta itu boleh dikawal.
contoh, kamu tiba-tiba jatuh hati pada suami orang?
nah, takkah kamu sanggup menghancurkan bahgia orang hanya sebab kamu berpegang,
cinta perlu dimiliki, sebab cinta kamu suci?
ingat perasaan itu boleh dikawal.
banyak yang boleh dibuat untuk kawal perasaan kamu.
tahan hati untuk jatuh cinta.
jangan rendahkan maruah, hanya kerana cinta.
ingat,
perempuan baik, untuk lelaki yang baik.
jangan buat sebab ikutan,
tak cool lah kau kalau takde aweks!
ceh! itu alasan bosan seorang yang tak percaya pada jodoh tuhan.
kalau hati sepi tiada teman,
banyakkan ibadah pada Allah,
itukan lagi menguntungkan,bukan?
aku tak perlu sebut banyak lagi keburukan yang lain,
tengok tivi besar kamu pun sudah cukup.
tepuk dada, tanya iman.
dulu-dulu masa tingkat empat,
ade sorang budak laki,
dia cakap dia minat aku,
habis kecoh satu sekolah dia cakap mahu kenal aku,
ada satu hari,
aku ingat lagi, aku dalam kelas, wakturehat,
dengan kema dan beberapa budak laki di belakang kelas,
tibe-tibe riuh rendah dari jauh dekat dengan kelas,
budak laki cakap, dia nak datang ke kelas jumpa aku,
masa tuh toksah citer degup hati makin laju,
aku tunduk je hadap buku yang ada atas meja.
lansung taknak angkat muka.
aku tak ingat lansung sapa yang letak,
tau-tau ada sepucuk surat atas meja,
riuh-rendah satu kelas bersorak,
aku cebik muka masam tahan malu.
belum apa-apa, kema amek surat tuh.
dia dah senyum-senyum.
budak-budak semua tunggu respon aku,
aku bangun,
tak sempat apa, aku amek, aku koyak, aku buang.
semua terdiam.
;p
*skg kalau aku jumpa dia, macam nak mintak maaf, sekurang-kurangnya aku patut tolak dia dengan baik ;)*
: kredit dua gmbar atas tuh utk feveret photographer saya. yer,model diatas sudah berkahwin yer. comel jer buat weeding photoshoot pakai baju sekolah.