Salam Manis Wahai Kesayangan Jiwa +_____+
alhamdulillah, sudah lama tidak menulis,
jadi kekok kejap. bur-blur je apa yang nak ditulis.
maaf, untuk beberapa hari nih aku menjauh dari blog ini.
ade orang rindu ker? ;p
aku sedikit sibuk dengan hal-hal sekolah,
nak menulis tentang perjalanan Qiam tempoh hari pun, masih terbantut.
insyaAllah, biler ada masa nanti, aku ulas ;)
*rasa bersyukur sgt sebab Allah sibukkan aku dengan hal-hal kebaikan, dan tiada peluang untuk aku berbuat kejahatan, hatta untuk berfikir utk terniat pun tidak sempat. Alhamdulillah. inilah yang aku mahu dari dulu*
peluang untuk kamu rasa bahgia dan tenang ;)
hari tuh, ada sorang budak comey tanya,
"mh, sape 'wajah kesayangan jiwa' tuh?"
aku senyum. teringat baris ayat di setiap permulaan entry di blog ini,
Salam Wajah Kesayangan Jiwa
jawapan nya mudah,
KAMU lah kesayangan aku.
wajah-wajah penyejuk jiwa
yang hanya tersenyum sudah bikin aku bahgia ;)
Tak percaya?
*gelak*
ntahlah..susah mau terangkan,
cuma yang aku mahu kamu tahu,
bila dunia ini kadang-kadang kamu rasa macam mati,
tanpa ada sapa-sapa yang mengerti,
terlalu menhenyak jiwa kecil kamu,
dan orang-orang luar sana yang suka makan kamu lumat-lumat,
dan cuma yang ada,
tempat kamu bergantung harap,
cuma DIA,
hanya DIA.
hanya Allah yang satu. Maha Magis!
aku selalu ingatkan diri,
kamu adalah wajah-wajah kesayangan yang diberi oleh Allah,
diminta olehNYA untuk aku menjaga,
dan inilah hadiah yang aku rasa..
tak mampu aku beli kalau aku ikut segala kehendak nafsu,
tak mampu aku dapat kalau aku hanya mementingkan diri sendiri,
ini cuma belas ihsan Allah,
diberi aku hadiah dengan percuma.
lalu kalau yg ini pun aku buang dengan sia-sia,
lansug tak reti menjaga,
apalagi layak aku hidup sebagai hamba?
maka,
jangan ditanya kenapa aku lebih kan kamu,
wahai wajah-wajah penyejuk jiwa,
yang setiap detik buat aku bahgia,
kalau mampu aku bagi,
segala daya ini untuk menjaga kamu,
adalah hanya kerana DIA.
kerana DIA.