10.10.2010

Projek 101010: #2 Exam Tips


Salam Kesayangan Jiwa ;)



crdt: iluvislam.com

sebenarnya nak ulas berdasarkan entry di bawah.
tentang menajamkan mata tuh, saya amalkan sejak dari sekolah dulu. Alhamdulillah, atas kuasa Allah, sampai sekarang masih terang nikmat mata yang Allah bagi. walaupun tiga tahun di uitm dulu, setiap masa menghadap komputer. dan majoriti kawan-kawan terpaksa pakai speck :)

dan lagi satu petua, bangunlah awal sebelum subuh, mandi, dan hiruplah udara segar..oksigen yang pagi-pagi tuh boleh cergaskan otak dan awet muda. dan ade org ckp, yg mandi sebelum subuh, bleh kuruskan badan.hehe. itu tak tahulah betul ke tak.

petua untuk pelajar nak amek exam, saya kongsikan amalan yang saya buat masa belajar dulu. tido jangan lama, cukup 4jam. bangun 4 pagi untuk mandi dan study, kerna masa tuh otak tengah segar. elakkan makan asam sepanjang kamu bergelar student nih, bukan ape, efeknye sangatlah cepat. cari perkara-perkara yang boleh hilangkan stress, sbb biler datangnya minggu exam, mulalah ketar lutut, berpikir yang bukan-bukan, cara  yang terbaik adalah, bagaimana kita nak handle stress tuh. macam saya dulu, saya buat benda yang saya minat, contoh kad..ade kawan saya minat bersukan, tiap-tiap petang akan beriadah, bukan untuk buang masa, tapi sebenarnya terapi untuk hilangkan stress. tak perlu lama, dalam 30 minit pun dah ok. ingat, salah handle stress menyebabkan perkara-perkara seperti histeria boleh berlaku. jadi, usaha sehabis baik, handle sebijak mungkin.

tips untuk yang last minutes study,
bace nota-nota ringkas, pastu try buat latihan. kalau esok nak exam, tapi hari nih baru nak bace buku, memang susah nak berjaya. sebabnya, sehari sebelum exam bermula, kita sepatutnya dah rileks. memang kire hari bercuti. dan kalau nak study pun, untuk sekali imbas je. tido awal. tapi ape pun, rezeki masing-masing.

tips elak 'blank'?
blank nih terjadi biler kita tak dapat berfikir lansung. lepas je bace soalan, kita lansung tak boleh pikir apa jawapannya. dan masa tuh, hati akan menggelabah la kan. bace soalan lain pun, sama jugak. seolah-olah otak kita kosong. padahal, soalan punyela senang. tapi disebabkan blank, kita jadi macam org buntu. dan benda nih boleh terjadi kat sesiapa je. samaada yang study last minutes, atau yang jenis terlampau stress. so, ape yang patut kamu buat? takkan nak menangis dalam dewam exam? pertamanya, tarik nafas...tenang..bacelah segala macam ayat penenang hati. selalunya, saya amalkan surah yang nih, 

  1. Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (Wahai Muhammad serta mengisinya Dengan iman dan hidayah petunjuk) ?
2. Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) -
3. Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan Dalam melaksanakannya)?
4. Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
5. Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
6. (sekali lagi ditegaskan): Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
7. Kemudian apabila Engkau telah selesai (daripada sesuatu amal Soleh), maka bersungguh-sungguhlah Engkau berusaha (mengerjakan amal soleh Yang lain),
8. Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah Engkau memohon (Apa Yang Engkau gemar dan ingini).

dan kalau tak berjaya jugak, tidur lah lima minit, untuk kita kembalikan balik ingatan. *jangan yang tidur sampai habis masa sudah.hehehe* biasekan tidur lima minit setiap kali study, supaya otak ade mase untuk rileks. jangan belajar 24jam. ingat kita bukan robot. jagalah kesihatan, makanlah sedikit, banyakkan sujud.

dan paling penting, berbaliklah kepada Allah. jangan tinggal Al-Quran, solatlah tepat waktunya..banyakkan mengingati Allah, hanya dengan itu hati-hati kita akan tenang.
kalau kamu tahu nikmat ketenangan, semua amalan ketenangan kamu akan cuba ;)

Bitaufiq wan najah!
Comments
0 Comments

0 comments:

Daisypath Happy Birthday tickers