4.28.2011

Tazkirah: 4 tanda orang celaka, 4 tanda orang bahgia.

* * *
Assalamualaikum :)
apa kabar semua? harap semua diberi kesihatan yang baik. sejak dua tiga minggu nih, ramai yang sakit. jadi sama -sama jaga kesihatan, oke? alhamdullillah

saya ingat nak wujudkan satu segmen lah dalam blog ni.
segmen tazkirah dan usrah. saya nak kongsikan bahan-bahan tazkirah setiap pagi isnin, dan hari selasa, nota-nota semasa usrah. harap bolehlah berkongsi ilmu, dan terus menegur antara satu sama lain :)
bukan untuk poyo or nak tunjuk baik, sekadar nota-nota ini disimpan kemas di sini, untuk dibaca oleh kamu, dan saya sendiri. 

moga kita terbuka hati untuk singgah sekejap, luangkan mata untuk baca dulu.
moga-moga tautan mata ilmu ini, akan terus turun ke hati :)
insyaAllah.

Isnin lepas, turn mualim buang bagi tazkirah. nasib sempat datang awal. kalau tak, mesti terlepas tazkirah yang menarik dari mualim buang.

4 tanda orang celaka


#1 - lupa dosa-dosa lalu
diterangkan disini sifat orang celaka, bila dia lupa dosa-dosa lalu. samada TER lupa, atau BUAT-BUAT lupa. tapi yang pastinya, itulah sifat-sifat orang celaka. bilamana kita terlupa tentang apa yang pernah kita buat dulu. dosa-dosa yang sudah menimbun. padahal semua perkara tuh sudah tercatit dengan terangnya. dan terpelihara dalam pantauan Allah. macam mana boleh lupa? Jadi, untuk elakkannya, selalulah beristigfar....ingat kepada Allah..pada sapa lagi kita nak minta belas kasihan, kalau bukan DIA?

#2 - selalu ingat kebaikan-kebaikan yang lampau
yang nih kalau nak cakap dalam bahasa mudahnya, angkat bakul sendiri. dok puji-puji segala kebaikan yang pernah kita buat. contohnya...bila kita sedekah...dok ingat balik bape banyak duit yang dah kita bagi dulu. haiii...yang nih memang melampau.hehe. tapi sebenarnya kan..secara tak sedar, benda nih kadang-kadang akan berlaku. cumanya, mungkin terlintas kejap dalam hati. so, istigfarlah balik. belum tentu amal kita tuh diterima Allah, kan? terdiam saya sekejap. istigfar, dan berpikir.kadang mungkin tak perasan, perasaan tuh terlintas dalam hati.
mualim buang teruskan tazkirah dengan mengungkit satu cerita yang menarik. pernah dengar kisah Imam Ghazali? yang kita tahu dia terkenal dengan hasil-hasil karangannya yang hebat. yang sampai sekarang menjadi rujukan orang Islam. kisahnya begini.. maka bila Imam Ghazali telah meninggal dunia, lalu bermimpilah seorang sufi nih akan Imam Ghazali. dalam mimpinya dia bertemu dengan Imam Ghazali di syurga, lalu ditanyalah sufi kepada Imam Ghazali, "bagaimana kamu masuk syurga? adakah kerana karangan tulisann kamu yang hebat-hebat tuh?", lalu jawablah Imam Ghazali, yang dia masuk syurga adalah atas rahmat Allah, dan bukanlah kerana amalannya yang banyak tuh, tapi hanya kerana satu peristiwa nih. lalu Imam Ghazali pun ceritalah kepada sufi ni...dia kata, pada suatu hari, sedang dia menulis, datang seekor lalat, telah terbang dan hinggap dalam bekas dakwat dia. lalu Imam Ghazali pun tunggulah lalat tersebut minum sampai kenyang. sebab peristiwa itulah dia masuk syurga. masyaAllah. terkesima saya. bukan apa..kita tahu terlampau banyak yang telah dilakukan oleh Imam Ghazali dalam perkembangan Islam. tapi kan..tengoklah...kita sendiri tak tahu, mana satu amalan kita yang diterima Allah, kan?  Rasulullah pun tak pernah sombong kalau nak banding dari kita ni yang takpunya apa-apa.marilah berlumba-lumba ye. eh, bukan mat rempit, tapi dalam litar kebaikan :)

#3 - melihat orang yang lebih tinggi dari kita dalam kehidupan dunia
oke, yang ni pulak..sedikit sebanyak antara kita, atau orang-orang keliling kita mungkin pernah berlaku. pantang tengok orang lebih, semua nak ikut. bak kata mualim buang, orang beli tivi baru, dia pun nak. orang beli baju baru, dia pun nak. orang tukar keta baru, dia pun nak. habis, mau tak naya. semua nak berlumba-lumba dalam mengejar dunia. pernah tak dengar?
 Sabda Rasulullah saw "Celakalah orang yang memperbudakkan dirinya kepada wang dan harta. apabila diberi ia puas dan apabila tidak diberi ia gelisah" (Bukhori)
 kan. sepatutnya tengoklah pada orang yang lebih susah hidupnya dari kita, kalau kita pakai keta, tengoklah orang yang pakai moto, kalau kita pakai moto, tengok orang len yang hanya berjalan kaki, kalau kita berjalan kaki, tengok orang yang berjalan hanya satu kaki, kalau kita berjalan satu kaki, tengok orang yang takde kaki. dan dengan itu, kita akan lebih bersyukur :)

#4 - melihat orang yang lebih rendah dari kita dalam agama
aaa...yang nih tersangatla ramai yang melakukannya. kita nih suka sangat compare diri kita, dengan orang lain, yang agamanya lagi teruk dari kita. contohnya, kalau kita disuruh solat, kita pula pertikaikan.."ala...si polan tuh pun tak solat" aaa..kan-kan. see? benda nih mudah je. saya kadang-kadang susah nak faham apa lah ada dalam otak remaja sekarang. remaja mayonis.nak bagi peluang buat baik pun taknak. bukannya taktahu pasal pahala. tapi malas nak buat. takot sangat di'cop' skema. pelik! bukannya jadi baik, kena jadi skema.
entahlah..kalau setiap hari, kita macam tuh, maka makin kuranglah amalan kita. jadi sama-samalah nanti masuk neraka kan? nak sangat kan semua sama-sama.
kalaulah kamu tahu Rasulullah sampai pengsan bila malaikat cakap kita, umatnya dalam neraka yang paling teruk dari neraka syaitan.

4 tanda orang yang berjaya

#1 ingat pada dosa-dosa lama
hendaklah selalu kita duduk, diam sebentar kembali berpikir. takperlu lama lah. cukup lima minit setiap hati. muhasabah diri balik. apakah yang kita pernah buat dulu, adakah hari ini lebih baik dari semalam?

#2 lupa pada amalan kebaikan lampau
yang nih penting..macam yang selalu kita dengar, kalau derma tuh, jangan sampai tangan kiri tau.. aaa...bukan baru derma seringgit, tapi dah riuh sekampung. sebenarnya, petua nak kaya mudah je, banyak memberi. tak kisahla..dari segi harta, atau ilmu. :)

#3 sentiasa melihat orang yang lebih tinggi dari kita dari segi agama
berlumba-lumbalah kita mengejar ilmu syurga. ape dia ilmu syurga ni? apa saja yang islam..ameklah peluang sedangkan masih muda, betapa saya masih terasa ruginya, mase remaja dulu, dihabiskan untuk membaca yang tak memberi saham saya nanti :(

#4 melihat orang yang lebih rendah dari kita dari bahagian dunia
ini, macam yang saya tulis pada ciri org yang celaka.

jadilah golongan orang yang 'SEDIKIT', iaitu golongan orang-orang yang ber'SYUKUR' 

Comments
2 Comments

2 comments:

UK said...

mh , mna lagi 2 tnda org celaka? hee :D
btw , saya suka post ni :)
fi amanillah.

Cekgu Akmar said...

hehe.tgh cari masa.insyaAllah. akan dilengkapkan :)

Daisypath Happy Birthday tickers