7.10.2012

update

assalamualaikum :)

sedikit update, mungkin.

-bumblebee saya rosak. hardisk saya rosak. bumblebee adalah hardisk saya. dan saya sangat kecewa. sebab banyak sangat memori yang ranap bersamanya. dan saya sangat frust tentang tuh.

-hari nih, ada muallim baru masuk, ml muaz. yang meng-gantikan mh intan yang cuti bersalin. dan saya tak reti nak ajar dia cara tanda kerja kursus geografi.

-mh intan selamat bersalin anak perempuan 37minggu seberat 2.6 di hospital ar ridzuan. dan saya tak sempat jumpa baby dan mh intan lagi.

-tahniah untuk someone yang sudah bertukar cik----> puan. dan saya jeles tengok inai di jari.

-beberapa minggu lepas, banyak sangat kehilangan. arwah opah saya meninggal hari khamis, dua hari sebelum sukan smah. arwah mak mh intan meninggal beberapa hari lepas tuh.

-mh suriatie yusuf hilang suare, demam. dan dia bercakap dengan menulis di atas kertas dan whiteboard semata-mata.

-kawan baik saya bertunang dengan teman sekuliah saya masa di uitm dulu.

-dua tiga hari nih, mood saya tak berapa nak baik. jadi saya kerap marah-marah dengan budak yang tak siap kerja kursus. atau, saya kerap marah-marah dengan budak yang tak siap kerja kursus, jadi mood saya tak berapa nak baik. dan saya rasa, no dua lagi tepat.

-saya pantang orang menipu. sangat pantang. dan mereka tak tahu tentang pantang tuh, sebab tuh mereka terus menipu.

-saya sedar dua, tiga hari ni, saya terlampau banyak menyimpan. banyak perkara. rahsia khususnya. dan buat dada saya sesak.

-jumaat, sabtu ni ada qiam perdana. saya antara ajknya. sabtu tuh, form five ada trip ke gua tempurung. dan saya terlibat. serius, saya suka.

-owh semalam besday adik lelaki saya. dan dia takde kat sini. dan saya rindu. 

oke, itu je kot.
bai. assalamualaikum
Comments
0 Comments

0 comments:

Daisypath Happy Birthday tickers