10.12.2011

Assalamualaikum :)
pagi yang indah. pasca pmr dah bermula, pagi nih hari pertama.program yang dah dirancang adalah melawat muzium geologi & pembuatan kristal dan silika. segalanya dah disusun dengan baik. moga-moga Allah permudahkan :)

nanti saya update gambar :)

10.05.2011

Quote for today

Aishah:
 
awak,
bila orang tak faham dan tak terima hukum hudud, hukum Allah,.
itu semua salah kita.
salah kita yang tidak menyampai dan menyeru, salah kita yang kurang berdoa. hingga tidak Allah turunkan kefahaman dan hidayah pada mereka.

salah kita, percayalah.
Allah mungkin mengampunkan kejahilan mereka, tapi bagaimana kalau Allah murka dengan kesombongan dan dosa kita tidak menyampaikan yang benar?

doakan saya sampai ke sini

copy dari fesbuk:

Mekah adalah pusat bumi. Sama ada percaya atau tidak jawapannya mudah ditemui semasa kali pertama Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969. Di dalam satu temu bual di stesen TV Al Majid, Arab Saudi, Dr. Abd Al-Baset Al-Sayyed dari pusat Penyelidikan Kebangsaan Mesir mengulas, angkawasan pertama itu telah membuktikan, Mekah adalah pusat bumi.

Katanya ia telah dibuktikan secara saintifik semasa Neil Armstrong di dalam perjalanan ke bulan. Ketika itu dia berjaya mengesan satu radiasi yang dipancarkan dari bumi. Radiasi itu di dalam gelombang pendek. Situasi itu sesuatu yang pelik dan mereka cuba mencari jawapan dan membuat penelitian. Akhirnya mereka berjaya mengesan bahawa radiasi itu dipancarkan dari Mekah atau secara tepatnya dari Kaabah.

"Yang paling mengejutkan radiasi itu bersifat infiniti (tidak berpenghujung). Apabila Armstrong menjejakkan kaki ke bulan, radiasi itu masih boleh dikesan. Radiasi itu mempunyai sifat yang istimewa dan paling penting ia infiniti. Saya percaya inilah yang menhubungkan Kaabah di bumi dengan Kaabah di alam akhirat.

"Bayangkan anda berada di kutub utara dan saya berada di kutub selatan,di tengah-tengah adalah zon keseimbagan magnet atau zon magnetisme sifar dan itulah Mekah. Kalau hendak dibuktikan boleh. bawa kompas ke Kaabah dan anda dapati jarum kompas itu tidak akan bergerak. Ini bermakna Kaabah adalah zon magnetisme sifar. Tarikan untuk ke dua-dua medan adalah sama kuat.

Hal sedemikian katanya, turut memberi kesan pada kesihatan dan umur seseorang. Sebab itulah orang yang tinggal di Mekah lebih sihat dan panjang umur. Tekanan graviti yang tertumpu di kawasan itu memberi kesan pada peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan.

"Ini telah dibuktikan bahawa ia boleh memberi kesan pada hemoglobin untuk membawa darah yang mengandungi oksigen ke seluruh tusi badan. Bermakna bila anda berada di Mekah, keupayaan darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan secara semula jadi jauh lebih baik berbanding tempat lain di dunia ini," jelasnya

Pelbagai bukti saintifik dari kajian para saintis juga telah membuktikan bahawa Kaabah berada di "Centre of the earth". Jika anda berkesempatan ke Mekah Al-Mukaramah cuba bawa kompas ke arah Kaabah dan lihat jarum kompas tersebut tidak akan menunjuk mana-mana arah sama Barat, Timur, Selatan atau ke mana-mana arah kerana Kaabah sememangnya berada di pusat atau ditengah-tengah bumi. Neil Amstrong juga mengesahkan fakta ini.

Maha Kaya Allah, dengan hanya melakukan Tawaf kesihatan kita akan bertambah baik. Tidak hairanlah jika ramai yang mengetahui rahsia ini sentiasa merindui untuk ke Mekah... Bagi yang bukan Islam kaji-kajilah fakta ini dan anda pasti akan mendapat kebenaran-Nya. Marilah kita belajar ilmu dan mengkaji Islam yang amat indah ini..

10.02.2011

JalanJalan: Melaka

assalamualaikum :)
jam pukul 09.37 malam. masih menyemak soalan addmath untuk final exam nanti. masih ade berbaki soalan yang tidak disemak.huhu. mood: malas, kenyang, ngantok.hehe

jumaat lepas, saya janji nak follow ajat (i follow ajat ;p) ke melaka. saja-saja plus dia pun ada kenduri, dan mama ajat ajak, dengan rela hati saya ikut. lama dah tak turun melaka. last masa praktikal kat sana lebih kurang tiga tahun lepas.

so, lepas maghrib, kami bertolak, ayah ajat drive. tak tahula, saya memang ngntok je, sepanjang malam asyik tidor je. pastu, singgah kejap kat r&r tapah, makan nasi ayam. hehe. pastu gerak ke ukm. singgah jumpa en faliq, hantarkan laptop. sementara bagi ruang kat family ajat sembang-sembang, saya beria update status fesbuk. "at ukm with najat rahman" eceh.haha. poyo jer. 

nih pun kali kedua saya sampai kt ukm. last dtg sini masa wt survey gn lina. zaman budak u dulu. saya masih ingat masa tuh tengah hangat dgn Pilihan Raya Kampus. MPP siap gadoh-gadoh lagi.huhu.
saya tengok rules ukm takdela seketat uitm sangat. masa kami sampai tuh, dah jam 12.30 tgh mlm! tapi still dibenarkan masuk.ukm tengah minggu konvo skg nih. kalau kat uitm, jam 10mlm, jangan haraplah nak dapat masuk. balik jam 11 malam pun, dah terketar lutut apa nak jawab dgn pak guard. huhu.

saya selamat sampai di melaka jam tiga pagi, sampai-sampai solat, dan terus sambung tidur.hehe.
pagi soknya, ajat bawak gi beli breakfest, balik tuh baru jumpe Wan (nenek ajat) yang sangat comey! murah sangat dengan senyuman. sikit-sikit senyum. saya tak rasa janggal lansung. macam dah kenal lama. pagi tuh lepas sarapan, atok ajat tunjukkan album masa dia bekerja dulu. banyak sangat gambar-gambar dari zaman dulu kemas je tersusun dalam album. rasa memang banyak benda tahu. (memang bandar bersejarah betul! hehe). pastu atok offer tengok album ajat masa kecik.hehee. comey :)

nak dekat tengahari, kami ikut ke rumah kenduri, untuk rewang-rewang. rewangnye kejap je, saya gn ajat lari merayap :p

 
 kembar!

tak banyak benda pun buat, lepas potong-potong bawang, ayah ajat hantar balik rumah wan, dan tolong wan masak kat umah. pengalaman yang best sangat sembang gn wan. (sampai sambal tercampak ke dindingla!) haha. 

malam tuh, en afiq bermurah hati, bawak saya gn ajat gi jalan-jalan kat bandar melaka. naik cruise.(betul ke eja?hehe)
 
 banyak benda yang dah berubah sebenarnya. bertambah cantik. nak compare zaman praktikal kat melaka dulu, jauh beza sangat. cruise nih berhampiran dengan taman rempah (bukan alagapas ;p), dekat je dengan uitm bandar melaka. (uitm kat melaka nih, ada banyak).

 rumah tradisonal yang terdapat di sepanjang perjalanan naik cruise

 
 eyes of malacca :)

 
 setiap jambatan dihias dengan cantik

 bangunan dilukis lukisan yang menarik pelancong

 lukisan yang agak menarik perhatian

 
 restoran di tepi-tepi sungai

 kincir air

 
 monorail

 

cruise bergerak dan patah balik. untuk yang tak pernah naik, rasanya berbaloi untuk bayar RM 10! untuk dapat pengalaman. tapi kalau dah berulang kali macam saya nih, saya rasa, baik tak payah. walaupun sungai melaka tuh dah dibersihkan, bau air tetap busuk :( dan bagi yang lansung tak paham nilai estitika sejarah, takpayahla kome naik, kang baru lima minit, rasa nak terjun sungai sebab bosan. hehe)

terima kasih en afiq sebab sudi bawak kami jalan-jalan, walaupun hajat nak naik menara taming sari, takdapat sebab parking yang penuh. dan saya agak kurang senang dengan pemandu melaka nih. dorang 'sopan' sangat. huhu. dan terima kasih dengan 'nasihat' pada ajat tuh. (yer, macam ajar anak ketam) hehe.

ps:
1) tahniah kat asmah atas konvocation anda! :)
2) tahniah pada anak murid saya, najihah yang dah selamat bersalin. (wah, saya dah jadik makcik! haha)
3) tahniah buat atifah yang dah selamat sampai di mesir :)
4) tahniah buat teristimewa buat najjatul makwa yang dah berani bawak keta (kak wa, sila alert benda ni.heheh)

cik oren

satu-satunya orang yang tak pernah jemu layan kerenah saya,

Daisypath Happy Birthday tickers