assalamualaikum :)
jam pukul 09.37 malam. masih menyemak soalan addmath untuk final exam nanti. masih ade berbaki soalan yang tidak disemak.huhu. mood: malas, kenyang, ngantok.hehe
jumaat lepas, saya janji nak follow ajat (i follow ajat ;p) ke melaka. saja-saja plus dia pun ada kenduri, dan mama ajat ajak, dengan rela hati saya ikut. lama dah tak turun melaka. last masa praktikal kat sana lebih kurang tiga tahun lepas.
so, lepas maghrib, kami bertolak, ayah ajat drive. tak tahula, saya memang ngntok je, sepanjang malam asyik tidor je. pastu, singgah kejap kat r&r tapah, makan nasi ayam. hehe. pastu gerak ke ukm. singgah jumpa en faliq, hantarkan laptop. sementara bagi ruang kat family ajat sembang-sembang, saya beria update status fesbuk. "at ukm with najat rahman" eceh.haha. poyo jer.
nih pun kali kedua saya sampai kt ukm. last dtg sini masa wt survey gn lina. zaman budak u dulu. saya masih ingat masa tuh tengah hangat dgn Pilihan Raya Kampus. MPP siap gadoh-gadoh lagi.huhu.
saya tengok rules ukm takdela seketat uitm sangat. masa kami sampai tuh, dah jam 12.30 tgh mlm! tapi still dibenarkan masuk.ukm tengah minggu konvo skg nih. kalau kat uitm, jam 10mlm, jangan haraplah nak dapat masuk. balik jam 11 malam pun, dah terketar lutut apa nak jawab dgn pak guard. huhu.
saya selamat sampai di melaka jam tiga pagi, sampai-sampai solat, dan terus sambung tidur.hehe.
pagi soknya, ajat bawak gi beli breakfest, balik tuh baru jumpe Wan (nenek ajat) yang sangat comey! murah sangat dengan senyuman. sikit-sikit senyum. saya tak rasa janggal lansung. macam dah kenal lama. pagi tuh lepas sarapan, atok ajat tunjukkan album masa dia bekerja dulu. banyak sangat gambar-gambar dari zaman dulu kemas je tersusun dalam album. rasa memang banyak benda tahu. (memang bandar bersejarah betul! hehe). pastu atok offer tengok album ajat masa kecik.hehee. comey :)
nak dekat tengahari, kami ikut ke rumah kenduri, untuk rewang-rewang. rewangnye kejap je, saya gn ajat lari merayap :p
kembar!
tak banyak benda pun buat, lepas potong-potong bawang, ayah ajat hantar balik rumah wan, dan tolong wan masak kat umah. pengalaman yang best sangat sembang gn wan. (sampai sambal tercampak ke dindingla!) haha.
malam tuh, en afiq bermurah hati, bawak saya gn ajat gi jalan-jalan kat bandar melaka. naik cruise.(betul ke eja?hehe)
banyak benda yang dah berubah sebenarnya. bertambah cantik. nak compare zaman praktikal kat melaka dulu, jauh beza sangat. cruise nih berhampiran dengan taman rempah (bukan alagapas ;p), dekat je dengan uitm bandar melaka. (uitm kat melaka nih, ada banyak).
rumah tradisonal yang terdapat di sepanjang perjalanan naik cruise
eyes of malacca :)
setiap jambatan dihias dengan cantik
bangunan dilukis lukisan yang menarik pelancong
lukisan yang agak menarik perhatian
restoran di tepi-tepi sungai
kincir air
monorail
cruise bergerak dan patah balik. untuk yang tak pernah naik, rasanya berbaloi untuk bayar RM 10! untuk dapat pengalaman. tapi kalau dah berulang kali macam saya nih, saya rasa, baik tak payah. walaupun sungai melaka tuh dah dibersihkan, bau air tetap busuk :( dan bagi yang lansung tak paham nilai estitika sejarah, takpayahla kome naik, kang baru lima minit, rasa nak terjun sungai sebab bosan. hehe)
terima kasih en afiq sebab sudi bawak kami jalan-jalan, walaupun hajat nak naik menara taming sari, takdapat sebab parking yang penuh. dan saya agak kurang senang dengan pemandu melaka nih. dorang 'sopan' sangat. huhu. dan terima kasih dengan 'nasihat' pada ajat tuh. (yer, macam ajar anak ketam) hehe.
ps:
1) tahniah kat asmah atas konvocation anda! :)
2) tahniah pada anak murid saya, najihah yang dah selamat bersalin. (wah, saya dah jadik makcik! haha)
3) tahniah buat atifah yang dah selamat sampai di mesir :)
4) tahniah buat teristimewa buat najjatul makwa yang dah berani bawak keta (kak wa, sila alert benda ni.heheh)