12.16.2011

Kursus ?

Assalamualaikum :)
isnin dan selasa hari tuh saya ke key-l (kuala lumpur)
diminta hadir ke kursus. (hurm..apa ye, saya lupa nama kursus tuh)
kursus tentang amk & kurikulum

jam lima pagi kami bertolak dari sekolah,
owh ye, mh suriatie ghazali, ml. halim, dan beberapa mh sek ren.
ml zul yang menghantar dan ml musa ikut serta, kerna ada urusan di key-l.
alhamdulillah, kami selamat sampai, cuma lewat dari sesi pendaftaran. 
sampai -sampai terus masuk dalam dewan. baru ucapan aluan dari ajk kursus. 
owh, mh norbaya ada pun ada, mh azizah. :)
semuanya murabbi dari sekolah-sekolah musleh.

hotel ni betul-betul depan IJN. hotel putra. 

makanan super sedap! (saya bab makan-makan ni takyah tanya, semua pun sodaapp :P)


permandangan dari dalam bilik. dari tingkap bilik boleh nampak bangunan klcc.
lama sangat dah tak datang key-l.

suasana malam





saya takdelah kisah sangat tentang bilik hotel ni. asal selesa, cukup. :)
lagipun saya ada roomate yang awesome!
owh lupe nak bagitau. selepas ucapan aluan, kami dihidangkan dengan tips-tips profesion perguruan dari (-_-). oke, nak rahsia dulu. hehe. 
memang banyak tips-tips yang diberi. nanti saya kongsikan.
selepas tuh, sesi petang, kami diagihkan kepada beberapa kumpulan mengikut mata pelajaran.
memandangkan mh norbaya dah datang untuk jadi wakil addmath, jadi saya masuk group sejarah. oke, best! ehhe. tibe-tibe hyper active. (sila abaikan)

yang menariknya bukan apa, group saya ada enam orang, 
saya, mh mahani (islah sg petani), mh marhamah (al-amin bangi), ustaz syukri (hidayah jb), dan ml. isyarudin( al-amin gombak). dan fasilitator group kami seorang guru dari sek men bukit jalil. Pn Maznah.
dan saya paling muda.
eceh mula-mula macam segan sangat sebabnya masa sesi taaruf, bila tanya, "dah berapa lama ngajar sejarah?"
paling 'koman' pun sebelas tahun! memang terdiam kejap. terus malu nak cakap. ml syukri tuh baru mengajar, dalam tahun ketiga, tapi idea semua mantap-mantap! 
mula-mula kalau pikir segan sebab kita ni dahla ngajor pun tak cukup lagi tahunnya, memang takkan jadi apa lah, tapi yang saya ambil berat adalah perkongsian ilmu, idea, dan perkara yang paling mahal,
pengalaman! tambah duduk satu bilik dengan kak mahani dankak  mar, macam tak percaya masing-masing tuh pen kanan. memang sporting, baik, sangat motivate! saya dok dua hari dengan dua insan nih, belajar macam-macam. alhamdulillah, kerna Allah temukan saya dan jalinkan ukhwah dengan mereka :)

pada hari selasa, selepas sesi perbingan by group, kemudian kami semua yang ada dalam empatbelas kump ni, dibahagikan kepada sek men, dan sek ren untuk sesi pembentangan
macro teaching bagaimana memasukkan unsur AMK aqidah merentas kurikulum didalam P&P

group science

group bahasa arab, mh dari hidayah jb,. masyaAllah, pembentangan dia sangat memukau!
saya yang tak tahu menahu tentang bahasa arab pun terasa teringin nak belajar!
cara dia memang mengajar.. hebatnya.huhu

sekali pandang macam ummi kamila je :)


suasana siang




ni lagi satu pembentangan yang menarik.
mh dari al-amin gombak. wakil group math & addmath.
memang cabaran nak masukkan unsur akidah dalam matematik!
penerangannya best, dengan gayanya. suka saya tengok :)


lagi tips P&P



kami habis dalam pukul lima. tapi disebabkan kesesakan lalulintas key-l, dan hujan, menyebabkan ml zul yang sepatutnya ambil kami, tiba jam 9 malam! berjam jugakla menunggu, sempat saya dgn sue 'makan angin' di kawasan PUSRAWI (hospital swasta) sebelah hotel, dalam hujan-hujan tuh, sempat lagi banjir depan IJN tuh dan tambah sesak lalu lintas.
alhamdulillah la kejap je. sue kata, banjir kilat.hehehe



masing-masing dah bosan.hehe. sampaila ml zul sampai dengan syed (si penunjuk jalan)

macam manalah orang key-l hidup eh? pelik.
pening saya tengok jem tak habis-habis.
alhamdulillah, ipoh masih terbaik.hehee

Reviu Filem: Emak Ingin Naik Haji

Assalamualaikum :)
hari nih saya takde kelas, duduk rumah jadi suri rumah.hehe
layan movie yang didownload :)

penah tengok cerita nih? "Emak Ingin Naik Haji"
sapa yang belom, jom-jom tambah koleksi cerita untuk ditonton.


cerita dari adaptasi sebuah novel, karya Indonesia dari  Aditya Gumay,.
saya kira satu karya yang hebat, membawa konflik yang berat tentang impian 'Emak' untuk naik haji, tapi disampaikan dalam cerita dan realiti kehidupan kita yang sebenar. 

 “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)  

-betapa telah diusahakan pelbagai cara oleh sang anak agar bonda yang satu itu, tercapai mimpinya.
  tak tertahan melihat rindu dari air mata yang mengalir setiap kali bicaranya berkisar tentang rumah Allah itu.
  dan sampai masanya, DIA akan menjemput dengan penuh cinta-Nya.

macam kata Aishah Nur hakim,
 "bukan duit yang bawa kita ke sana..bukan duit!"

 
(kredit dari sini) 
mahu tengok sinopsis, dan download movienya, tekan sini.
:)

12.14.2011

Jamuan Akhir Tahun Form 5

Assalamualaikum :)
saya minta maaf sebab lama dah tak update blog.
kelmarin baru balik dari kl, berkursus. (yang ni saya citer lain, ok?)
sebelum cuti sekolah hari tuh, tingkatan 5 pun ada buat jamuan.
bertempat di hotel Hillcity. hari jummat jam 3 petang. tetamu yang datang guru-guru, ahli lembaga hidayah, & form5 sendiri.

ini saya letakkan gambar sekitar jamuan tersebut.

haha. comey kan? handmade card dari banat form5 :)




 
mh hasmah tengah prepare ucapan
*hasil undiam yang mengecutkan perut! hehe*


MC petang tuh, Afiq & Luqman



wakil tingkatan 5, Hannan


ucapan mh Hasmah



cenderahati untuk muallim & muallimah :) 

flower boys :P

ucapan muallim zul.


ucapan tn. hj


persembahan nasyid dari banin tingkatan 5

 
i luv this pic!

makanan yang best-best!

persembahan Dr. Isna :)






persediaan cabutan bertuah :)


mh sue menang cabutan bertuah



 

dari camera zawin :)
 
 
 
 
Daisypath Happy Birthday tickers