8.22.2012

Buku Wajib Beli : Licik

saya letak buku nih carta keEmpat dalam dua belas buku fixi yang saya ada.
kisahnya lebih kurang macam cerita Kasino dan Dendam. tapi tulisan dua penulis nih, lebih menarik.
cerita yang panjang..tentang taktik penipuan..dari ragut, skim cpt kaya, sampailah curi wang hantaran.
punyelah licik perempuan ni. macam-macam taktik. tak pandai takpe, asalkan mulut manis, dan confident.
sebab tuh kalau tengok dalam hidup ni, orang yang pandai cakap, akan ke depan. lagi manis cakapnya, lagi ramai orang suka. kesian kat orang yang pandai, tapi pendiam. 
sebab tuh kena belajar, pengucapan awam :)
saya tak bosan membaca buku nih. (ohh saya tak pernah bosan baca buku fixi. semua best.) hehe.
oke, selamat membaca :) 
assalamualaikum :)

8.15.2012

Buku Wajib Beli : Invasi

assalamualaikum :)
kalau kamu suka dengan buku Zombijaya, kamu pasti akan suka buku yang ini.
bagi saya, ini lagi best kot.
konsepnya sama. buku nih tentang sains-fiksyen. ahh, saya suka katakan penulisannya ada satira, ada sindiran sebenarnya.
membacanya macam ada hint tentang kedatangan anasir luar.
bayangkan dalam masa sehari, alien berjaya menceroboh malaysia ni!
keadaan jadi kelam kelibut.
saya suka kalau andaikan keadaan itu sama macam kedatangan dajal nanti.
entahlah..tak terbayang dek akal keadaannya.
macam mana keadaan bila dunia ini tiba di penghujungnya nanti.
selamat membaca. penulisannya tidak seteliti penulis lain. ringkas, dan mudah membacanya. :)

owhh..baru-baru nih ada isu tentang buku-buku fixi takleh jual kat popular. atas sebab-sebab tertentu.
saya taktahu keputusan terkini isu ini, tapi hari tuh, memang stok buku fixi dah takde kat popular. saya cari buku nih pun kat mph. 
mereka kata rata-rata buku fixi ayat slanga. ada mencarut. tulisannya, tidak terjaga sangat dari segi gaya bahasa. sebab yang saya tahu, memang konsep fixi tuh sendiri begitu. ayat-ayat buku fixi ayat pasar. ayat yang lansung tak sedap untuk didengar, tapi itulah realiti percakapan masyarakat kita hari ini.

melihat pengeluaran buku fixi yang semakin meluas agaknya, wakil dewan bahasa dan pustaka, bersuara. mungkin ada yang tak puas hati. ada yang risau. saya sendiri sebagai guru risau. 
sebab satunya bahasa yang diguna pakai. kalau remaja beli terutamanya. 
sebab kita adalah apa yang kita baca, kita adalah apa yang kita lihat. 
risau dengan bergiat aktifnya buku-buku ini menyebabkan bahasa kita yang indah, musnah.

tapi, saya suka melihat, kenapa buku ini meningkat pengeluarannya berbanding buku bacaan lain.novel contohnya. satunya, sebab kebanyakkan lambakan buku yang ada, kisah novel cinta. kalau tak cliche sangat pun, tetap kita boleh agak endingnya. sebab tuh saya tak gemar beli novel.

bagi fixi berbeza. positifnya, bila baca buku-buku keluaran nih, ada satu rasa yang unik.
kita akan rasa macam berdebar-debar, excited nak tahu ending, atau menjerit bila ada penulis gunakan teknik twist di akhir cerita.entahlah..bagi saya, perasaan inilah yang membuatkan kita tak sabar, keterujaan meningkat untuk membeli. tambah dengan bahasa yang mudah difahami.

saya suka mungkin, fixi dapat pantau bahasa yang digunapakai.
sebab risau akan mempengaruhi pemikiran pembaca. remaja terutamanya. 
--tapi kan, kalau bahasa pun diubah suai mnegikut bahasa yang sepatutnya, feel tuh macam takde. seyes, kalau letak syarat sangat, msg yang dari hati takot tak sampai terus. risau jadi pending.heheeh
saya paham pro dan kontra nya.

8.11.2012

Malam Seribu Bulan

 Assalamualaikum :)
sekarang kita sudah masuk fasa ketiga ramadhan. fasa terakhir. insyaAllah, moga fasa terakhir ini memberi impak yang besar dalam perubahan kita untuk bulan-bulan seterusnya.

nih, nak kongsi satu petikan dari sebuah buku. panjang, tapi menarik untuk dibaca :)

 * * *
Sejarah Malam Seribu Bulan.
 Dirawikan dari Ibnu Abas ra dia berkata, "Dihantar kepada Rasulullah SAW seorang lelaki Bani Israel yang dengan beraninya menghunus pedang di atas kudanya dalam berjihad (berperang) membela agama Allah seribu bulan, Rasulullah SAW amat terpegun akan hal itu dan mengharapkan untuk umatnya. Maka baginda berdoa:

      " Ya Tuhanku, Engkau jadikan umatku lebih pendek umurnya dan lebih sedikit amalnya."

Kemudian Allah SWT memberikan kepada baginda dan umatnya, malam "Lailatul Qadar" yang lebih baik daripada seribu bulan di mana seorang Bani Israel itu menghunus pedangnya membela agama Allah. Inilah keistimewaan umat ini.

Siapakah lelaki itu?
Dikatakan bahawa nama lelaki itu adalah Syam'un, berperang dengan musuh selama seribu bulan, tak pernah kering bulu tengkuk kudanya. (wahh, hebat!)  Sesungguhnya orang-orang kafir gentar bila berhadapan dengannya. Kemudian mereka menyampaikan seorang utusan kepada isterinya dengan membawa jaminan sebuah bejana emas penuh dengan emas pula, yang akan diberikan padanya bila berhasil mengikat suaminya.

Isterinya pun melakukannya. Namun ketika suaminya bangun dan menggerakkan badannya, semua ikatan putus. Si suami bertanya, "Mengapa engkau berbuat demikian?" "Aku hendak mencuba kekuatanmu." Jawab isterinya. Lalu dia menceritakan hal itu kepada orang-orang kafir. Segera mereka memberinya rantai dan dia berbuat seperti dulu. Tetapi si suami boleh juga memutuskannya.

Iblis datang kepada mereka dan menunjukkan agar menyuruh isterinya bertanya kepada suaminya tali apa yang sekira dia tidak boleh memutuskan. "Tali rambut yang tumbuh pada janggutku ini." Jawab si suami ketika ditanya isterinya. Memang, si suami mempunyai janggut lapan helai dan mengikat kedua tangannya dengan empat helai lagi. Kemudia orang-orang kafir membawanya pergi ke rumah tempat penyembelihan yang amat luas dan tingginya empat ratus hasta dengan satu tiang. Dengan beramai-ramai mereka potong kedua telinga dan bibirnya. (MasyaAllah!)

Kemudian lelaki itu memohon kepada Allah SWT agar memberinya kekuatan untuk memutuskan ikatannya serta dapat dengan selamat menggerakkan tiang rumah itu agar dapat merobohi mereka. Allah SWT mengkabulkan doanya. Ia berhasil memutuskan ikatannya, menggerakkan tiang rumah itu hingga merobohi mereka dan mereka mati semuanya. Tapi dia sendiri yang selamat.

Apa Iktibarnya?
Ketika mendengar cerita ini, para sahabat Rasulullah SAW itu bertanya, "Wahai Rasulullah, bolehkah kami menemukan seperti pahalanya?" "Aku tidak mengerti." Jawab Rasulullah SAW. Kemudian Allah memberinya Lailatul Qadar seperti yang telah diceritakan di atas.

Dari Anas ra, dia berkata, "Telah bersabda Rasulullah SAW"
        "Pada malam Lailatul Qadar, Jibril as dengan serombongan Malaikat turun. Mereka membacakan selawat dan salam untuk tiap hamba yang berdiri atau duduk mengingat Allah SWT."

Abu Hurairah berkata, "Pada malam Lailatul Qadar, para Malaikat yang turun ke bumi lebih banyak daripada jumlah batu kerikil. (huh? so, bayangkan banyak sangat!) Pintu langit dibukakan untuk mereka turun sebagaimana telah dijelaskan. Maka tersingkaplah kerajaan ini oleh pancaran cahaya. (Kita kan tahu malaikat dari cahaya, so, memang bersinar-sinar agaknya biler banyak malaikat ada. ahh..bestnya!)

Adapun manusia dalam hal itu bertingkat-tingkat. Ada yang untuk setengah mereka, kerajaan langit dan bumi ini dibukakann tabirnya sehingga dapat melihat para Malaikat dalam rupa aslinya. Ada yang berdiri, duduk, rukuk, sujud, berzikir, bertasbih, bertahlil. Ada juga yang sesetengah mereka, dibukakan tabir Syurga. Oleh kerananya boleh melihat mahligai-mahligai, taman, bidadari, sungai, pepohonan dan buah-buahnya. Bahkan juga melihat tempat para nabi, para wali dan syuhada.Kemudian juga melihat Neraka dengan segala isinya serta tingkatan tempat orang-orang kafir. Malahan ada pula setengah mereka yang dibukan tabir antara dia dan Allah SWT. Sehingga dia tanya melihat kepada Allah SWT saja. (tak heranlah kalau hanya orang yang betul-betul paham makna Lailatul Qadar je, akan berebut-rebut mencarinya!)
(tak heranlah kalau hanya orang yang betul-betul paham makna Lailatul Qadar, akan berebut-rebut mencarinya!)

Dari Umar ra, Rasulullah SAW bersabda:
      "Barangsiapa yang hidupkan malam dua puluh tujuh bulan Ramadhan sampai Subuh, dia lebih kusukai daripada beribadah tiap malam Ramadhan keseluruhannya." Fatimah lalu berkata, "Wahai ayahku, apa yang mesti dilakukan oleh lelaki dan perempuan yang tidak mampu beribadah malam?" Baginda menjawab, "Hendaklah mereka jangan terus tidur, kemudian mereka duduk sesaat saja pada malam itu untuk memanjatkan doa kepada Allah SWT. Itu lebih kusukai daripada ibadahnya umatku seluruhnya pada bulan Ramadhan."

Dari Aisyah ra, dia berkata, "Telah bersabda Rasulullah SAW:
         "Barangsiapa yang menghimpunkan malam Lailatul Qadar, melakukan solat dua rakaat dan memohon ampun kepada Allah di situ, tentu Allah SWT mengampuninya, dia menyelam dalam rahmat Allah serta Jibril mengusap akan dia dengan sayapnya. Siapa yang diusap Jibril dengan sayapnya pasti dia akan masuk Syurga."

petikan buku penenang jiwa imam al-ghazali terjemahan kitab mukashafah al qulub bab 103 keutamaan lailatul qadar, mukasurat 412-413.

* * *
oke,ada perkataan yang dalam kurungan tuh,saya tambah. macam teruja sangat bila baca.hehehe.
semoga kita berusaha mencari malam seribu bulan ini.
teringat dalam ucapan penutup raihan (5M) masa ceramah ustazah dari jaipk harituh, lebih kurang macam ni
"Allah baru campakkan 1% dari 100% kasih sayangNYA kat kita nih."
bayangkanlah..kita rasa, kita dah cukup sayang kuluarga kita, kawan-kawan, kucing, pokok-pokok. kita rasa dah bahgia sangat bila dapat macam-macam.bila tengok orang tuh kaya, kita dah rasa "bertuahnya dia". bila tengok orang lain pandai, "hebatnya dia". punyalah kita rasa, Allah dah cukup hebat boleh bagi macam-macam dengan segala nikmat yang ada kat dunia ni.
tapi bayangkanlah..apa yang Allah bagi kat kita hanya 1%? ya Allah, hanya sikit sangat, tapi kita dah rasa punyalah hebat Allah ni. rasa cinta sangat dengan Islam, kan?
so, jom cari lagi 99% tuh sama-sama. 
doakan semua yang ada di sekeliling kita akan berjumpa di syurga Allah nanti.
supaya boleh sama-sama gelak bertepuk tampar kat syurga Allah nanti.hehee
 insyaAllah. amenn. :)

8.08.2012

:)

8.06.2012

Buku Wajib Beli : One More Day/ Untuk Sehari Lagi

assalamualaikum :)

pagi ni nak kongsi satu buku, karya mitch albom.
nih first time saya baca tulisan beliau. itu pun sebab penah terbace komen salah seorang kawan kat feacebook. so, hari tuh masa gi tesco, terjumpa buku nih dan terbeli..hehehehhe

 
mulanya beli sebab cover buku ni.cantik sangat.haha
sebenarnya buku ni ditranslate dari buku bi yang asal.
 
banyak ayat yang menarik dalam buku ni.
tentang kisah bagaimana sudut pandang seorang anak terhadap ibunya.
dan akhirnya kita tahu bagaimana perasaan ibu kepada kita.
ahh, banyak ayat best. wajib baca, oke.hehee

Daisypath Happy Birthday tickers