assalamualaikum :)
kalau kamu suka dengan buku Zombijaya, kamu pasti akan suka buku yang ini.
bagi saya, ini lagi best kot.
konsepnya sama. buku nih tentang sains-fiksyen. ahh, saya suka katakan penulisannya ada satira, ada sindiran sebenarnya.
membacanya macam ada hint tentang kedatangan anasir luar.
bayangkan dalam masa sehari, alien berjaya menceroboh malaysia ni!
keadaan jadi kelam kelibut.
saya suka kalau andaikan keadaan itu sama macam kedatangan dajal nanti.
entahlah..tak terbayang dek akal keadaannya.
macam mana keadaan bila dunia ini tiba di penghujungnya nanti.
selamat membaca. penulisannya tidak seteliti penulis lain. ringkas, dan mudah membacanya. :)
owhh..baru-baru nih ada isu tentang buku-buku fixi takleh jual kat popular. atas sebab-sebab tertentu.
saya taktahu keputusan terkini isu ini, tapi hari tuh, memang stok buku fixi dah takde kat popular. saya cari buku nih pun kat mph.
mereka kata rata-rata buku fixi ayat slanga. ada mencarut. tulisannya, tidak terjaga sangat dari segi gaya bahasa. sebab yang saya tahu, memang konsep fixi tuh sendiri begitu. ayat-ayat buku fixi ayat pasar. ayat yang lansung tak sedap untuk didengar, tapi itulah realiti percakapan masyarakat kita hari ini.
melihat pengeluaran buku fixi yang semakin meluas agaknya, wakil dewan bahasa dan pustaka, bersuara. mungkin ada yang tak puas hati. ada yang risau. saya sendiri sebagai guru risau.
sebab satunya bahasa yang diguna pakai. kalau remaja beli terutamanya.
sebab kita adalah apa yang kita baca, kita adalah apa yang kita lihat.
risau dengan bergiat aktifnya buku-buku ini menyebabkan bahasa kita yang indah, musnah.
tapi, saya suka melihat, kenapa buku ini meningkat pengeluarannya berbanding buku bacaan lain.novel contohnya. satunya, sebab kebanyakkan lambakan buku yang ada, kisah novel cinta. kalau tak cliche sangat pun, tetap kita boleh agak endingnya. sebab tuh saya tak gemar beli novel.
bagi fixi berbeza. positifnya, bila baca buku-buku keluaran nih, ada satu rasa yang unik.
kita akan rasa macam berdebar-debar, excited nak tahu ending, atau menjerit bila ada penulis gunakan teknik twist di akhir cerita.entahlah..bagi saya, perasaan inilah yang membuatkan kita tak sabar, keterujaan meningkat untuk membeli. tambah dengan bahasa yang mudah difahami.
saya suka mungkin, fixi dapat pantau bahasa yang digunapakai.
sebab risau akan mempengaruhi pemikiran pembaca. remaja terutamanya.
--tapi kan, kalau bahasa pun diubah suai mnegikut bahasa yang sepatutnya, feel tuh macam takde. seyes, kalau letak syarat sangat, msg yang dari hati takot tak sampai terus. risau jadi pending.heheeh
saya paham pro dan kontra nya.