5.30.2011

ondaway

coming soon. 
muke semua serius tak hengat :P

5.21.2011

teaser: Mukhayam PomPor & PomPie.

assalamualaikum kesayangan jiwa :)

sapa tak pergi rugi.
jangan kedekut sangat duit,
berkorban untuk dapatkan ilmu.
kalau takseronok sangat pun nanti, 
paling tidak, menambah pengalaman.
idak ler bila cucu cicit nanye nanti, best tak zaman sekolah atok opah,
kamu terpaksa jawab, hanya duduk dengar cekgu ngajar, sampai loceng pukul dua, balik.
eewwwwwww! hahaha


 saya sejak umur 11tahun suka bercamping tanpa henti sampai sekarang.
buruk benor tajuk entry ni.

5.19.2011

terima kasih

:)
rindu pulak nak pergi tengok kembang api.

5.18.2011

sakit

salam kesayangan jiwa :)



saya tak pergi sekolah hari nih. (yeay?)
eh, tak-tak.
minta maaf sangat mualim or mualimah yang kena ganti kelas saya hari ni
dan kelas tusyen yang terpaksa di cancel. (mesti budak-budak pandai menggeletek suka, kan?)
maaf isna, mh takdapat turun seperti yang dijanjikan.
saya kurang mood (eh? boleh pulak.)
ada perkara yang perlu disettlekan.
badan perlu diservis, Allah bagi percuma jasad pada kita,
cuma kadang kita lupa, bukan terkadang, tapi selalu kita lupa
untuk menjaga dengan sebaiknya
seperti mana wajibnya kita memberi roh kita ni makan.
agar makin kuatnya IMAN.

saya tak kisah sakit,
bukan pertama kali ini saya jumpa doktor,
or nak meroyan tiba-tiba telan ubat.
cuma kalau saya sakit,
lagi sakit rasanya bila tengok, orang risaukan saya.
(ada ke orang nak risaukan saya?)
yang pasti Allah tetap ada, kan?

tolong doakan, sakit yang kali ini,
boleh tolak dosa yang sudah menimbun.
paling tidak jangan sampai saya berhutang di padang masyar nanti.
itu lebih baik.

kamu yang sakit,
jangan bersedih. jangan berdoa minta dihilangkan sakit, tapi mintalah diberi kekuatan menahannya.
sakit kan nikmat? sama macam hujan :)

5.17.2011

Selamat hari guru :)

Salam Kesayangan Jiwa :)

selamat hari cekgu +______+
especeli cekgu-cekgi yang pernah ada dalam hidup saya,
walaupun untuk kamu yang ajar saya satu alif.

kalau nak sebut kat sini, memang sampai esok pun takkan habis.
so, untuk cekgucekgu mgs, cekgucekgu sekolah teknik, cekgucekgu matrik, profprof dan drdr di universiti dulu.
semua cekgucekgu kesayangan saya, cekgu yang sayang kat saya, cekgu yang sabar dengan kenakalan saya dulu, yang tahan segala kesalahan-kesalahan saya dulu,
saya doakan terbaik untuk kalian.
sebab saya bersyukur, apa yang saya ada sekarang, lebih pada cukup.
maka, lebih istimewa kasih saya pada yang maha magis, DIA ajar saya,
melalui insan-insan ini.

puisi yang paling saya suka,

Berburu  ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979

eh, hari guru semalamlah! :P
ohh, kek bawah ni, hadiah hari guru untuk saya.
sangat bermakna.
tapi tuan buat kek ni, lagi berharga untuk saya.
eceh!

5.16.2011

selamat hari cekgu :)

salam kesayangan jiwa :)

tunggu......

Takziah & Tahniah

 Salam kesayangan Jiwa :)

maaf, saya terlampau bizi.
sekarang, tengah minggu exam, dan saya tinggal nak tanda kertas sejarah kelas 4 muffakir.
komen? hmmm..
ada yang baik, ada yang teruk, ada yang makin baik, ada juga yang makin teruk.
entahlah.. sejarah tingkatan 3, sangat teruk.
bukan untuk kelas saya saja, subjek-subjek lain pun sama.
saya taktahula kenapa dengan pelajar tingkatan 3, tapi bagi saya, mereka-mereka yang 'pandai' ni, boleh pikir sendiri.
apa yang kita bagi, itu yang kita dapat, right? so, muhasabahlah balik
ada otak, untuk pikir kan? bukan letak kat kepala lutut.

kadang saya rasa saya terlalu tua untuk 'masuk' dengan jenaka mereka.
terlampau banyak sangat ketawa.
tadi jaga exam, sebelah kelas tingkatan tiga
kejap dengar mereka ketawa terbahak-bahak,
lepas tuh, dengar seorang banat menangis tersedu-sedu
macam duduk sebelah wad sakit jiwa!
kesian saya tengok.
jangan hu-ha sangat,
takot nanti meraung tak ingat.

aper pun, tahniah kepada tiga orang yang dapat A' dalam addmath. kome memang hebattt!!!!
addmath taksusah, kalau kita letak sedikit USAHA,
insyaAllah DIA akan nampak :)

5.08.2011

nanti saya cerita




5.06.2011

30.04.2011

 2001
geng-geng mgs yang sangat happening bagi kad besday. yasmin sangat chomey. gadis-gadis 2dahlia yang sangat chomey. card handmade.

 

card nazila

2002
jam dua belas tengah malam, Qema kejut tepi katil saya. ingatkan hantu dalam citer momok. duduk asrama dulu-dulu, dahla saya katil double-deker. pantang betul orang kejut malam-malam. berderau darah. tapi dalam mamai-mamai, Qema nyanyi lagu hepi besday. dengan kak raa, dan kak sop. terkejut sangat. tapi serius, Qema kawan yang sangat rapat. macam kembar. kelakar sangat tiup kek dalam gelap :P , budak-budak dorm12 dan budak kelas iv pkm ii dan kakak kesayangan saya, kak syitah. terima kasih atas semua kek, buat kak raa dan kak sop satu plastik gule-gule :) dan besday card dari ad dan kak sop.


2003
malam 29hb. saya ada prep malam. dalam pukul 10malam, orang lain masih study, saya tido, sementara tunggu waktu supper. masa tuh, memang tengah merajuk dengan cput. dia buat tengeng je dengan saya. takpe-takpe. malas nak layan rajuk hati, (cewah!), baik saya tidur. dalam saya baru nak lena tuh, tibe, nama kena paggil dari pejabat warden. dalam mamai-mamai kelam kabut bangun pergi pejabat warden. dengan tudung senget benget. saya risau. kot-kot terlupe tanda kedatangan pelajar, selaku ketua dorm. habislah kena marah. sampai je depan muka pintu, sir sirajuss tengah gunting rambut pelajar lelaki sebab sorok rambut panjang dalam songkok. saya sempat gelak lagi. cekgu tanya, "awak tak dengar pengumuman ke?" saya senyum je. mana nak dengar, dah tido.hehe. "nah" cekgu bagi surat yang dah dibuka sampulnya. kad sebenarnya. sekali, cekgu sahak kata, "eh, tu bukan surat yang birthday tu ke?" saya angguk je. guru disiplin kot.huhu. sekali boleh dia suruh satu bilik warden yang penuh dengan pelajar laki,nyanyi lagu hepy besday. hahahaha.. merah muke masa tuh.

esoknya, macam biasa, geng frenship akan celebrate besday. selamba je kami gune bilik rawatan. baru nak gelak sekali, warden jerit suruh keluar.hahaha. padan muke. bilik rawatan sebelah bilik warden. kamu bisik pun warden boleh dengar, inikan hu-ha hu-ha.ehehe. takpasal orang dah siap-siap masuk bilik nak tidur, kami berenam kena denda diri kat luar. :P lepas tuh, dah siap pesan awal-awal dengan awin, jangan lawan cakap cekgu, nanti lagi kena bebel lama-lama. ampun cekgu rohani & cekgu alia (yang sekarang dah ade anak yang sangat comey) . sangat sabar layan kerenah kami.hehe. lepas mintak maaf, terus pegi bilik kolah. main simbah air. takde perasaan lansung :P lepas tuh siap lepak kat tangga, sambung sambut besday. siap dengan kakak-kakak senior join main kotak beracun :P

dari cik dayah
saya tak kreatif sebenarnya, tapi sebab dari awal, saya dikelilingi kawan-kawan yang super-duper kreatif!

dari shah.
kawan gelak, nangis, merajuk, gadoh, manje, sakit pening saya.

2011,
terima kasih untuk semua ucapan besday.
isna, kawan-kawan,
bila cakap 'kawan-kawan' automatik kamu tahu sapa kamu
adik-adik & family
cik bunga oren. 
untuk sepanjang yang kita kenal ini.

dan untuk yang menjaga saya, 
selama ni.
terima kasih ya Allah. 
saya sudah punya segala,  lebih dari cukup. :)

umur saya makin berkurang,
harap amal saya makin bertambah.
tolong doakan.
senyap-senyap, itu lebih dari cukup :)

5.05.2011

lebih dari itu, saya ada


kita mungkin boleh bergelak ketawa macam dulu,
tapi rasanya sudah tidak sama.


baju ronyok takapa,
asal pakai selesa,
berkilau takbermakna,
kalau hati tak ada.
            -fynn jamal-

* * *
remaja mayonis: lain kali, otak jangan letak kat kepala lutut.

5.03.2011

remaja mayonis

mayonis,
nampak saja sedap, tapi busuk.
makin simpan lama, makin masam.
lembik.

nak tahu berkat tak berkat ilmu,
bukan diukur dari berapa banyak 'A' yang kamu akan dapat nanti,
tapi macam mana kamu nak survive atas dunia nih.
kita tengoklah nanti?

susah kalau dah dalam hati,
datang sekolah semata nak duduk exam,
padahal ilmu tuh lebih dari itu.

saya belum lagi buta,
taktahu bezakan bengap dengan biadap.

assalamualaikum.
Daisypath Happy Birthday tickers