8.22.2011

Quote for today

Aishah Nur Hakim
"jika kamu tidak berdoa, bukan Allah tidak tahu hasrat hatimu. tetapi berdoa menjadikan kamu duduk di tempat sepatutnya: seorang hamba"
 
mungkin, hanya mungkin...nikmat yang kita kecap. segala yang kita dapat pada ramadan kali ini...
adalah dari doa kita, atau doa hamba lain di ramadan tahun lepas...atau sepuluh tahun yang lepas.
 

8.21.2011

iftar budak debat

assalamualaikum :)
*mula-mula ingat tadi nak update kat blog gambargrapher, sekali menyampah pulak tengok theme blog tuh.huhu*
macam mana puasa kalian? sudah masuk sepuluh malam terakhir, masa untuk memecut :)

malam jumaat hari tuh, isna sms ajak teman team debat sekolah berbuka puasa. actually, mh suliza yang sepatutnya ada, tapi dia ada hal kot, jadi saya dengan muka tak-malu nyer, setuju follow budak-budak nih.

macam-macam cerita jadi malam tuh antara dorang, dalam pukul 8 isna, amal & falah dah ade depan rumah.
cakap gn isna, "isna, ni kereta mh, tapi saya takot nak bawak" hahaa. kesian betul kan, beli keta, tapi orang len yang dok bawak hari-hari.hmm.

dalam keta, tanya dorang, korang nak makan mana ni, semua tak tahu lagi. sian dorang nak pegi nashmer tutup pulak. last-last decide gi SUP AIN UTARA, area greentown mall.


saya order nih,
soto

 milo tabur : D

 
nampak budak laki belakang tuh?
masa nak bayar tuh, dia tanya saya, "semua ni dari mana?" 
saya balas, "dari gunung rapat je"
*mesti dia ingat kami datang dari luar ipoh, sebab pakai baju masing-masing kemain lawa, dahla bising kemain kat meja makan, excited terlebih :P*


last, solat di masjid jalan diary. 
jumpa buah hati kat sana :)
rindula ajat gn mama :)

terima kasih isna & siblings yang hantar dan amek saya, dan sudi jemput saya ke iftar budak debat :)

8.19.2011

kadang-kadang, bahasa dari orang yang biasa-biasa paling terkesan dalam hati.

Beberapa quote best hari nih,


Ami Mustafa
I
Officemate gua tengah bercakap perkara buruk tentang rumah tangga orang lain.

Perempuan Ofis : Kau dengar tu Ami. Jangan kawenlah kalau perangai macam tu.
Gua : Aku taknak dengar ngumpat-ngumpat ni.
Perempuan Ofis : Ini bukan mengumpat. Ini hitam putih kehidupan.
Gua : Kalau aku, aku takkan kawen dengan perempuan macam kau.

Sekarang ofis gua dah diam.
Salah satu kebodohan yang gua tak boleh terima dan tak mungkin akan gua maafkan walaupun di Hari Raya ialah bila ayam habis di KFC.

Lu dah nampak orang ramai beratur, kenapa tak inform kat customer yang ayam dah habis? Kenapa nak bagitau kat kaunter? Lu ingat gua askar ke suka berbaris-baris ni?

Lagi satu, jangan letak pondan dekat kaunter.
Fynn Jamal


Kalau kita boleh bukan main beriya dengan english pronunciation sampai kedengaran persis lidah orang putih, kenapalah disaja2 kita sebutkan ramadon...? Betapa ruginya kita yang melupakan pahala mudah dengan hanya mere utterance of arabic language-- kalaamullah. Haih...
Masa saya kecik, saya buat cross gesture (yg cuit dahi kemudian kedua bahu dan cium jari yg mencuit) bila saya takut, sbb jiran sebelah rumah merangkap cikgu inggeris saya Mrs Pareira buat sedemikian bila dia takut. Abah nampak dan abah kata itu cara agama orang. Jgn buat. Dia ajar istighfar kalau takut dan baca a'uzubillah. Saya ikut. :) Jgn ajar anak benci. Ajar dia faham. Makbapak, ajar anak solat dan bacaan siap makna dlm bahasa melayu; insyaAllah takkan tercuit anak itu nak ke lain.

8.18.2011

hmm....yummy!

 selamat berbuka semua :)


8.16.2011

ohh, ni bukan saya buat

:) assalamualaikum :)
salam ramadhan. sudah hari yang ke enambelas.
alhamdulillah.

saya suka makan benda-benda manis,
sebab tuh saya manis kot. 
haha. 
taklah, sebab saya ada orang-orang manis sekeliling saya, sebab tulah..
hari-hari rasa macam gula tumpah atas saya :P
selamat berterawih semua!
selamat berjumpa kekasih.


8.14.2011

Biskut Raya


8.06.2011

hari ni kejenya asyik rindu orang je

really miss someone who gave me this :P

Najwa

assalamualaikum :)
najwa, ingat tak kuih nih?
najwa, bagi alamat, mh post kan sampai ke jordon :)
rindu jadi makmum awak :)

8.03.2011

Selamat berbuka :)

rindu!

Assalamualaikum,
selamat berpuasa semua :)
sudah ramadhan yang ketiga. alhamdulillah semuanya lancar setakat hari ni.
hari nih bermulannya percubaan pmr. saya tahu dugaan besar bila bulan puasa. saya pernah merasa amek spm masa bulan puasa. tapi banyak kelebihannya, bagi mereka-mereka yang mencari :)
insyaAllah gunalah kelebihan yang ada dengan sebaiknya.

tadi masa jaga form4 untuk ujian bulanan, ada yang minta saya doakan..
bagi saya, itu tidaklah hanya ucapan untuk melarikan diri dari perasaan gentar, gusar, risau.
kalau cuma itu yang kamu nak, dah lama saya maafkan.
saya cuma balas,
"jangan putus asa, teruskan usaha"
sebabnya, sampai bila-bila pun, usaha kita takkan berhenti dalam menuntut ilmu.
saya harap kamu sebarkan dakwah ke merata dunia,
tolonglah remaja-remaja yang ketandusan dan kecetekan ilmu tentang islam.
itu je yang saya doakan untuk kamu.

untuk kak aishah,
awak kakak yang paling manis,
yang selalu buat kami ketawa melihat gelagat akak.
bila akak pergi semalam, kami rasa ralat sangat,
tapi bak kata akak, "apa nak takot, rezeki Allah ni luas.."
terima kasih kak, untuk kisah armagadon akak hari tuh.
tentang tafsir al-fatehah yang kita kongsi bersama.

dulu, saya risau,
bila saya tinggalkan segala perkara di dunia ke-bodohan saya,
saya takot, saya akan hilang semua.
tapi bagaimana Dia takpernah biar saya bersendirian,
Dia hantarkan saya rasa kechentaan ilmu, Dia bagi saya rasa kemanisan ukhwah
yang rasanya takkan mampu saya beli dengan nyawa saya sendiri.

selamat berpuasa semua,
doakan kebahagiaan ini akan kekal,
doakan hati saya akan sentiasa tetap dalam jalan ini,
insyaAllah.

gambar atas masa iftar tahun lepas,
saya rindu budak asrama tahun lepas,
saya rindu gadis jordon, najwa, ihsan
kak jie, ehehe.semua memori berbuka puasa bersama,
saya rindu :)
Daisypath Happy Birthday tickers