assalamualaikum :)
alhamdulillah, cuti-cuti nih diberi kesempatan nak update beberapa cerita dari sekolah :)
oke, cerita nih agak basi sebenanrya. dalam akhir bulan oktober harituh, semua pendidik dari sekolah-sekolah agama dipanggil untuk perjumpaan bersama timbalan perdana menteri.
YAB TAN SRI DATO' HAJI MUHYIDDIN BIN MOHD. YASSIN
yang juga merangkap, menteri pendidikan.
so, masa nih smah tengah minggu exam. paper addmath yang sepatutnya diambil pada hari tersebut, terpaksa ditunda. huhu. *mungkin nih gak faktor kenapa result addmath budak-budak tuh teruk.huhu*
so, semua pelajar diberi cuti kecuali form5 sebab dorang ada anjal. semua guru diwajibkan pergi.
dalam pukul 8.00 pagi, kami naik bas 'kuda' sampai di Universiti Teknologi Petronas.
selepas sesi pendaftaran, kami diberi satu beg sarapan. :)
abaikan kasut tuh.haha
sebelum mula, telah diberi taklimat sedikit mengenai program hari tersebut. biasalah majlis formal macam ni
pentas yang telah diperiksa dengan teliti sebelum TPM datang. *kot-kotlah ada bom kan.*
dewan UTP nih takdelah besar sangat ruangnya, tapi disebakan susunan kerusi yang bagus, boleh memuatkan beribu jugaklah. stagenya dekat je dengan tempat duduk penonton.
Saya jumpa Mh Liyana & Mh Siti :)
*masa nilah nak jumpa kawan-kawan dari sekolah lain pun*
pagi tuh bermula dengan 'ceramah' dari pdrm. sebenanya fokus kepada perhimpunan bersih.
masa nih dah ramai yang keluar masuk dewan :P
wakil dari jaipk. sebenanya ini usahasama jaipk dan kementerian. kerajaan nak bagi sumbangan duit perkapita kepada sekolah-sekolah agama di seluruh perak ni
TPM sampai
ucapan dari TPM. adalah dalam masa sejam. dia terangkan mengenai duit tersebut
sesi soal-jawab dengan TPM, wakil mh sek ren.
sesi penyerahan cek kepada semua wakil pengetua. yang first tuh, ml. zul
mh sek. ren
pelancaran
fokus kepada jumlah duit tuh
memang banyak duit kerajaan ye.huhu
sesi menyanyi lagu Malaysia
part ni macam sunyi je. MC yang nyanyi semangat. bukan apa, semua pun tak menghafal lirik. kibar je semangat
beberapa perkara penting perjumpaan ini:
- duit ini dibagi mengikut jumlah pelajar sekolah, merangkumi pembangunan, perpustakaan, kursus, pentadbiran
- duit yang smah dapat, insyaAllah dapat bina satu blok bangunan merangkumi bengkel kh, makmal, dan beberapa buah kelas lagi.
- peruntukkan untuk library, insyaAllah dapat melengkapi keperluan yang sepatutnya, cumanya, bila boleh siap tuh, entahlah.hehe
- owh, perjumpaan ini menelan belanja 32ribu ringgit.
-melibatkan 32 buah sekolah agama
- pintu masuk ke dewan utama UTP, susah nak cari. boleh sesat! hehehe
- library UTP awesome!
- satu takbest, toilet UTP buat orang kena pikir lama dulu baru boleh guna.haha. aduhai.. siap banjir lagi.
- sesi makan tengahari agak serabut. bukan apa, kaunter sikit, orang ramai. pihak jaipk pun ada minta maaf dalam kursus baru-baru ni di lumut, mengenai servis makanan di UTP harituh.