mesti ada yang nak tahu, apa yang jadi masa lawatan kami kat Melaka hari tuh kan?
macam-macam dugaan sebenarnya. ajk pasca pmr semua dah rancang elok semua perkara. tapi Allah sebaik-baik perancang kan?
pengangkutan peserta diuruskan oleh Mh. Intan. Kami plan sewa bas express, sebab pikir perjalanan jauh kan. ipoh-melaka, lebih kurang empat jam. so, kami ambil ambil ejen bas syarikat orang melayu, dari kuala kangsar.
penginapan pulak, saya dalam seminggu tuh try survey banyak tempat. tapi kebanyakkan full. dan tidak sesuai untuk jumlah kami yang seramai 44orang. lastly, ambil package yang M.Zainal cari. Laksamana Town Lodge, yang terletak di Seksyen 2, Jalan Laksamana. (dekat je dengan bandar hilir)
homestay ni sangat awesome! kami sewa dua biji rumah, dengan kadar harga RM550 semalam untuk sebuah rumah. memang agak mahal. kalau saya gi travel, memang tak-ah duduk rumah macam ni.
oke, nanti kita citer apa yang jadi kat rumah tuh. skg citer dari mula, malam tuh, dalam pukul 10mlm, saya, mh nabila, mh suriati, & mh shahida sampai sekolah, majoriti semua student dah ada. bersama parents. mh norbaya pun ada, m. zainal & m. musa. semua tengah tunggu bas. kami pun telefonla bas tuh, first call, takdapat cakap dengan driver, tapi ejen tuh kata dah gerak. tunggu dulu. dah bosan tunggu, call lagi, driver tuh kata, baru sampai tasek. memang angin rasanya. walaupun malam tuh berangin sepoi-sepoi bahasa.haha.
kami pun tunggulah lagi. naik segan dengan parents yang dari awal tunggu. janji nak gerak jam sepuluh, tapi jam sebelas pun bas takdatang lagi! minta maaf sangat-sangat. kami tak sangka jadi mcm ni. (dahlah peristiwa bas mukhayam dulu masih terngiang-ngiang lagi) huhu.
dalam jam sebelas lebih, tengok bas tuh datang. bas expres..oke,semua excitedla nak naik. masa nak letak beg, driver bas tuh dah tunjuk kerek. oke, fine. redho jela. orang melayu kan. takyah la nak amek hati sangat sebab mesti dia ingat cekgu-cekgu ni student. so, bas bergerakla...
tiba-tiba... (sila sambung karangan ini tak lebih daripada 360 patah perkataan)
haha.
dalam sejam baru bertolak, bas berhenti dekat R&R tapah. driver kata, ada masalah dengan tayar. m. zainal pergi bincang-bincang, last-last kena tukar bas. so, kami ni kena tunggula bas tuh datang. nak dekat sejam baru sampai! memang berasap-asap hati ni. ape punya ejen bas la. dahla tuh, biler bas sampai, kena naik bas sekolah! punyela kami nak elak naik bas sekolah, carila bas express. last-last bas sekolah jugak T_____T baik amek uncle bas maria oh maria tuh.huhu.
punyelah sakit hati, dahla sedap-sedap tido, kena angkut semua beg-beg, pindah bas pagi-pagi buta! redho jela. dan driver baru kami india!
kami sampai tepat jam 6 pagi di R&R ayer keroh. saya syak driver ni bawak laju. masa kat tapah tuh, dalam pukul 1lebih. so, ngam-ngam lah sampai. student semua kena tukar baju sekolah kat sini. kot ada yang nak mandi ke ape. solat & breakfest pun sekali. lepas je solat, kami gi kat gerai yang baru je nak bukak. awal lagi kan, no choice. terpaksalah makan kat situ, walaupun mahal T____T kesian dengan budak-budak.
boleh pulak si hana hilang phone dalam toilet. huhu. kelam-kabut cari. rupanya salah letak. aduhai...sakit jantung dengan budak-budak ni. (padahal lawatan belum mula lagi.heheh)
lepas je settle, kami bergerak ke Taman Mini Malaysia, seperti yang dirancang. perjalanan lebih kurang 15 minit. sampai-sampai je, baru pukul 8. taman mini melaka ni sebelah je dengan muzium lebah. kalau ikutkan buka operasi jam 8.30. awal sangat kami sampai. kami pun dokla kat luar dulu. menunggu dengan sabar. sambil merapu tangkap-tangkap gambar.
macam excited pulak nak masuk muzium lebah ni bila curi-curi intai dari celah pintu muzium.
sekali tiba-tiba m.zainal kata, "mh, taman mini tutuplah, tengah renovation,"
HUH? aduhh, kecewa sangat. apa la dugaan kami.dari start datang, semua takbest. nasib baikla muallim pergi tengok. kalau tak, buang masa kami tercongok kat situ. lepas kami pun pikirla, mana tempat nak pergi lagi. kire plan B lah. sepatutnya hari pertama ni, pergi mandi di A'famosa Waterworld, tapi tempat tuh bukak pukul 11 pagi. so, nak isi masa terluang pagi tuh, itulah plan nak ke taman mini. tapi tengah renovation je memanjang. takpaham :(
saya pun pergila tanya kat driver bas, "kalau pergi zoo boleh tak?" boleh pulak driver tuh jawab, jauhlah, nanti nak kena patah baliklah. taksama jalan. (dah angin dah). dahla muka kelat, saya tanya lagi walaupun kecewa, "ada tak cadangan tempat menarik kat melaka ni?" -dia boleh buat muka selenge je. buat macam kita ni useless! (melampau pulak perumpamaan) saya pulak cakap, "taman rama-rama ke?".. driver tuh macam taknak pergi, tapi dia takde alasan, sebab sebelum sampai taman mini melaka tadi, dah lalu taman rama-rama, so, memang patah balik pun. dahlah memang dari awal driver tuh bising, sebab kena patah balik ke afamosa waterworld tuh. tapi dia takde pilihan, sebab kami memang tempah tiket hari tuh, dan afamosa memang tutup hari selasa. (kadang saya rasa, macam ni rombongan driver tuh. dia pulak yang over!)
bas pun bergeraklah...ke taman rama-rama. sampai je, masih awal. kami tunggu dalam lima minit, pekerja tuh datang. bukak kaunter. bayaran masuk sebab pelajar, rm3. free 3org cekgu. camera kena bayar kalau bawak masuk. dalam rm3 per camera. (saya rasa, takramai datang tempat ni, kaunter pun ada sarang labah-labah!)
owh, ini taman rama-rama & reptilia. so, macam pergi zoo gaklah.
burung sweet couple :P
burung cinta
dalam ni ade kedai cenderahati
masuk kawasan rama-rama
tengah makan nenas
kala jengking
mula-mula saya ingat kura-kura patung. eh, sekali dia geraklah! haha. jakun.
ulat gonggok
ada yang menyamar?
nampak tak? sian betul. kenderaan berat :P
Hi!
owh, kandang harimau ni busuk sangat.
mh sue kata, ni buaya pemalas, nak gerak pun dah taklarat. sampai kering-kering badan
tengok badan arapaima ni pun dah cuak. besar betul. huhu
oke, lepas ni, semua spesis ular, saya bapa kali tahan muntah bila lalu dan capture gambar ular masa ni. geeeeliiiiiii!
masa upload gambar pun, boleh meremang tengkuk.huhu
so, jangan tengok lama-lama (laju je scroll ke bawah)
ekor dia cinonet jer. tapi badan,perghh...baru lepas makan kot.
eh, dia dengar kite ngumpat ke?
oke, sangat chomey!
tengok tahi dia..huhu
owh kat sini pun ade mini-muzium
balik tuh ada tempat boleh tangkap gambar dengan reptilia, contohnya burung kakak tua, iguana, atau pun dengan binatang yang saya geeelllliiiiii sangat ni,
muka tuh, tengah cover takot je tuh!
dari taman rama-rama, terus bergerak ke Afamosa Waterworld. sori, takda gambar, sebab saya takde camera kalis air.huhu. so, simpan jela dalam loker. nasibaik booking awal. takyah beratur bagai. harga masuk dalam ni, hari biasa, RM35. tapi sebab booking, adelah dalam rm 27 sorang.
best memang best. tapi saya rasa saya dah tua kot untuk benda-benda ni. baru panjat tanggat nak main gelonsor semua, dah mengah satu badan. belum kena angkut pelampung semua. semmmppuuuuttttt! :P