12.30.2011

Buku Wajib Beli : Kelabu

(kredit gambar dari fesbuk: fixi)

assalamualikum :)
nih nak rekomen buku yang boleh jadi koleksi peribadi
saya dah beli dua buah buku keluaran fixi nih. 
fixi nih kira publisher macam alaf21. 
tapi bestnya buku-buku nih ditulis oleh orang-orang undergroud
owh, saya lagi suka panggil golongan frinjan
yang tulisannya tidak klise dan tak buat pembaca rasa macam baca buku teks :P
saya baru kumpul PECAH & KELABU
sebenarnya excited nak beli KELABU. sebab penulisnya saya kenal di kapasitor.
seorang doktor yang sangat sastera!
dari novel Reunion sampailah SSS (saga seorang songsang)
kalau baca tulisan gadis manis nih, macam tak percaya dia seorang doktor!
(memang dia balance kan otak kanan-kiri.hehe)

.kelabu.
amir-photographer-cinta kontrak-kecelaruan identiti-cinta tiga segi-persahabatan-mencari identiti menjadi amira-

update

Assalamualaikum :)

saya nak wat satu slot kat blog nih. nak letak semua nota-nota tentang perguruan. sebagai catatan peribadi, (bajet blog nih diary :P) dan sebagai nota yang berguna untuk bakal-bakal cekgu :)

insyaAllah, mungkin kalau Allah panjangkan umur saya, 
dua, tiga puluh tahun akan datang,
saya bisa senyum membaca tulisan ini semula,
bersama memori yang saya simpan kemas dalam hati.
(nak tulis nota pun, ayat nak sastera! hehe)

ini koleksi nota yang saya dapat sepanjang jadi pendidik.
tak kira lah, dalam usrah ke, ceramah ke, kursus ker,
samaada dapat nota dari powerpoint sang penceramah,
atau catit apa sang penceramah cakap, atau mungkin saya tertido masa ceramah dan bangun-bangun buat nota sendiri berdasarkan mimpi (oke, dah mengarut)
hasil tulisannya mungkin berterabur,

mungkin hanya catatan kosong, dan ayat tunggang terbalik
(nama pun nota tulis sendiri)
tapi mungkin berguna untuk kalian.
mohon maaf kalau hanya nota yang membuang masa, dan tidak sempurna.
minta diperbetulkan fakta kalau salah pada bacaan kalian.
:)

update hal sekolah:
-sekarang nih depan pejabat tengah ada construction yang entah bila akan siap,
doakan siap sebelum adik-adik saya masuk sekolah rabu nih.

 
 

-agak berserabut sedikit dengan tanah-tanah nih semua. esok ada gotong royong, yang ada kelapangan, jemputla datang tolong. kesian muka-muka tuh je datang tolong. terima kasih sangat!

-insyaAllah banyak sangat perubahan yang akan berlaku....tunggu....2012

-bilik guru pun sudah pasang tile, sudah siap disusun kedudukan baru meja guru-guru, sekarang pun saya tengah mengemas barang peribadi yang masih belom disusun.

- tahun depan akan ada 9 kelas,
--1 mumtaz (tahfiz)
--1 soleh
--1 adzkia
--2 amanah (tahfiz)
--2 siddiq
--3 taqwa
--3 ihsan
--4 mujahadah
--5 mufakkir
*stam akan berada berasingan, dan dikenali sebagai STAH (sekolah tinggi al-hidayah)

nak saya bagitau sapa guru kelas ke? hehe. takyahla. kasik berdebar sikit :P
banyak lagi perubahan sebenarnya, takpelah, kita bagi yang simple dulu, senang sikit nak hadam. hehe :P

doakan yang terbaik untuk diri sendiri, untuk kawan-kawan dan untuk sekolah :)

12.23.2011

saya agak graf sejarah turun, mungkin.
(ini untuk suzaimi).
walaupun pencapaian agak menurun nak dibandingkan dengan tahun sebelum, tapi saya percaya,
setiap anak ada keistimewaannya, ada potensinya.

lepas nih, kalau ada yang pindah disebabkan result yang bagus, atau tidak,
berpikirlah dulu..pikir baik buruk.
kat mana-mana pun sama, yang penting kita.
:)

12.22.2011

tahniah untuk semua

Assalamualaikum :)
saya baru balik dari taiping. huhu.
alahai rasa berdebar pulak nak tengok result budak-budak
pagi tadi kesian nabila asyik kena kacau.hehe.

tahniah pada syawaal, azhar. dan fatimah. (9A) yeay, pasni boleh masuk kisas :) insyaAllah.
tahniah pada syamim (8A), yusuf & saifullah (7A), lagi sapa? itu je yang saya tahu setakat nih.huhu
esok gi sekolah. alhamdulillah. :)
macam yang saya cakap sebelum nih, bagus & tidak, semua tuh ujian.
jangan di compare result yang ada, dengan orang yang kamu rasa dia-tak-layak-pun-dapat-result-bagus-dari-kamu,
kerna kita takpernah tahu, apa yang sedang Allah rancang yang terbaik untuk kita :)
bersangka baik lah, bermuhasabahlah, percaya satu perkara,
Allah sedang rancang jalan yang terbaik :)
tahniah!

ps: saya terkejut saifullah telefon sambil ucap terima kasih sebab sejarah dia A. saya percaya itu semua atas usaha dia. :) cuma saya cukup terharu!
terima kasih untuk maha besar, yang bagi ke saya, perasan yang tak tergambarkan indahnya :)

pss: adlina nak pindah, oke, saya sedih netball team makin kurang soulmate nih.huhu. isna, hanim dan tasnim nih mh tambah sedih nih.huhu.

12.21.2011

anak murid pmr

menjadi sisa-sisa yang tertinggal,
dalam kotak sejarah.
-------------------
selamat untuk result pmr esok.
saya takde di sekolah esok untuk melihat sorak tangis kamu,
atau memegang bahu
atau paling tidak bersalam ucap tahniah.
tapi jangan risau, Allah kan ada?
maha besar dari tiap-tiap gred dalam sehelai kertas itu.
kalau benda yang simple itu kamu faham, 
kamu akan tetap senyum bahgia.
-----------------
banyakkan sujud malam ini,
solat sunat tasbih akan membantu.
bagus & tidak, tetap dinamakan ujian dari DIA
jadi sabarlah dalam tangis, atau dalam bahagia.
kerna SABAR itu sendiri, sudah cukup indah, kan?

12.18.2011

:)

12.16.2011

Buku Wajib Beli : Di Simpang Jalan

 
(cover buku jer dah buat saya tak tahan nak beli!hehe)

Sinopsis (keluaran PTS, dengan harga cuma RM 13.90!)

Pada dekad empat puluhan, ketika Malaya sedang dalam zaman resahnya, hadir seorang guru agama yang cekal berazam mengembangkan pendidikan rohaniah di desanya. Tanpa disedari, amalannya itu sempat pula mempengaruhi khayalan seorang anak kecil yang sama cita-citanya.

Di Simpang Jalan menjejaki kehidupan darurat mereka berdua di tengah sekelompok kecil orang kampung semasa mengharungi gelora kehidupan pada zaman awal Perang Dunia Kedua.

Ikutilah pengalaman perih, tetapi indah, Ustaz Bokhari – seorang pendidik cekal dan Jamri, seorang anak penuh bercita-cita – yang berupaya membangunkan masyarakat celik di tengah gelora kehidupan bahaya perang.

------------
kalau teringin kumpul bacaan anak-anak, silalah beli buku nih :)
menarik!

yer, memang saya cakap pasal anak.hiks. :)

Kursus ?

Assalamualaikum :)
isnin dan selasa hari tuh saya ke key-l (kuala lumpur)
diminta hadir ke kursus. (hurm..apa ye, saya lupa nama kursus tuh)
kursus tentang amk & kurikulum

jam lima pagi kami bertolak dari sekolah,
owh ye, mh suriatie ghazali, ml. halim, dan beberapa mh sek ren.
ml zul yang menghantar dan ml musa ikut serta, kerna ada urusan di key-l.
alhamdulillah, kami selamat sampai, cuma lewat dari sesi pendaftaran. 
sampai -sampai terus masuk dalam dewan. baru ucapan aluan dari ajk kursus. 
owh, mh norbaya ada pun ada, mh azizah. :)
semuanya murabbi dari sekolah-sekolah musleh.

hotel ni betul-betul depan IJN. hotel putra. 

makanan super sedap! (saya bab makan-makan ni takyah tanya, semua pun sodaapp :P)


permandangan dari dalam bilik. dari tingkap bilik boleh nampak bangunan klcc.
lama sangat dah tak datang key-l.

suasana malam





saya takdelah kisah sangat tentang bilik hotel ni. asal selesa, cukup. :)
lagipun saya ada roomate yang awesome!
owh lupe nak bagitau. selepas ucapan aluan, kami dihidangkan dengan tips-tips profesion perguruan dari (-_-). oke, nak rahsia dulu. hehe. 
memang banyak tips-tips yang diberi. nanti saya kongsikan.
selepas tuh, sesi petang, kami diagihkan kepada beberapa kumpulan mengikut mata pelajaran.
memandangkan mh norbaya dah datang untuk jadi wakil addmath, jadi saya masuk group sejarah. oke, best! ehhe. tibe-tibe hyper active. (sila abaikan)

yang menariknya bukan apa, group saya ada enam orang, 
saya, mh mahani (islah sg petani), mh marhamah (al-amin bangi), ustaz syukri (hidayah jb), dan ml. isyarudin( al-amin gombak). dan fasilitator group kami seorang guru dari sek men bukit jalil. Pn Maznah.
dan saya paling muda.
eceh mula-mula macam segan sangat sebabnya masa sesi taaruf, bila tanya, "dah berapa lama ngajar sejarah?"
paling 'koman' pun sebelas tahun! memang terdiam kejap. terus malu nak cakap. ml syukri tuh baru mengajar, dalam tahun ketiga, tapi idea semua mantap-mantap! 
mula-mula kalau pikir segan sebab kita ni dahla ngajor pun tak cukup lagi tahunnya, memang takkan jadi apa lah, tapi yang saya ambil berat adalah perkongsian ilmu, idea, dan perkara yang paling mahal,
pengalaman! tambah duduk satu bilik dengan kak mahani dankak  mar, macam tak percaya masing-masing tuh pen kanan. memang sporting, baik, sangat motivate! saya dok dua hari dengan dua insan nih, belajar macam-macam. alhamdulillah, kerna Allah temukan saya dan jalinkan ukhwah dengan mereka :)

pada hari selasa, selepas sesi perbingan by group, kemudian kami semua yang ada dalam empatbelas kump ni, dibahagikan kepada sek men, dan sek ren untuk sesi pembentangan
macro teaching bagaimana memasukkan unsur AMK aqidah merentas kurikulum didalam P&P

group science

group bahasa arab, mh dari hidayah jb,. masyaAllah, pembentangan dia sangat memukau!
saya yang tak tahu menahu tentang bahasa arab pun terasa teringin nak belajar!
cara dia memang mengajar.. hebatnya.huhu

sekali pandang macam ummi kamila je :)


suasana siang




ni lagi satu pembentangan yang menarik.
mh dari al-amin gombak. wakil group math & addmath.
memang cabaran nak masukkan unsur akidah dalam matematik!
penerangannya best, dengan gayanya. suka saya tengok :)


lagi tips P&P



kami habis dalam pukul lima. tapi disebabkan kesesakan lalulintas key-l, dan hujan, menyebabkan ml zul yang sepatutnya ambil kami, tiba jam 9 malam! berjam jugakla menunggu, sempat saya dgn sue 'makan angin' di kawasan PUSRAWI (hospital swasta) sebelah hotel, dalam hujan-hujan tuh, sempat lagi banjir depan IJN tuh dan tambah sesak lalu lintas.
alhamdulillah la kejap je. sue kata, banjir kilat.hehehe



masing-masing dah bosan.hehe. sampaila ml zul sampai dengan syed (si penunjuk jalan)

macam manalah orang key-l hidup eh? pelik.
pening saya tengok jem tak habis-habis.
alhamdulillah, ipoh masih terbaik.hehee

Reviu Filem: Emak Ingin Naik Haji

Assalamualaikum :)
hari nih saya takde kelas, duduk rumah jadi suri rumah.hehe
layan movie yang didownload :)

penah tengok cerita nih? "Emak Ingin Naik Haji"
sapa yang belom, jom-jom tambah koleksi cerita untuk ditonton.


cerita dari adaptasi sebuah novel, karya Indonesia dari  Aditya Gumay,.
saya kira satu karya yang hebat, membawa konflik yang berat tentang impian 'Emak' untuk naik haji, tapi disampaikan dalam cerita dan realiti kehidupan kita yang sebenar. 

 “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)  

-betapa telah diusahakan pelbagai cara oleh sang anak agar bonda yang satu itu, tercapai mimpinya.
  tak tertahan melihat rindu dari air mata yang mengalir setiap kali bicaranya berkisar tentang rumah Allah itu.
  dan sampai masanya, DIA akan menjemput dengan penuh cinta-Nya.

macam kata Aishah Nur hakim,
 "bukan duit yang bawa kita ke sana..bukan duit!"

 
(kredit dari sini
mahu tengok sinopsis, dan download movienya, tekan sini.
:)

12.14.2011

Jamuan Akhir Tahun Form 5

Assalamualaikum :)
saya minta maaf sebab lama dah tak update blog.
kelmarin baru balik dari kl, berkursus. (yang ni saya citer lain, ok?)
sebelum cuti sekolah hari tuh, tingkatan 5 pun ada buat jamuan.
bertempat di hotel Hillcity. hari jummat jam 3 petang. tetamu yang datang guru-guru, ahli lembaga hidayah, & form5 sendiri.

ini saya letakkan gambar sekitar jamuan tersebut.

haha. comey kan? handmade card dari banat form5 :)




 
mh hasmah tengah prepare ucapan
*hasil undiam yang mengecutkan perut! hehe*


MC petang tuh, Afiq & Luqman



wakil tingkatan 5, Hannan


ucapan mh Hasmah



cenderahati untuk muallim & muallimah :) 

flower boys :P

ucapan muallim zul.


ucapan tn. hj


persembahan nasyid dari banin tingkatan 5

 
i luv this pic!

makanan yang best-best!

persembahan Dr. Isna :)






persediaan cabutan bertuah :)


mh sue menang cabutan bertuah



 

dari camera zawin :)
 
 
 
 
Daisypath Happy Birthday tickers