5.22.2012

Hari Guru 2009

assalamualaikum :)
jumaat ni akan diadakan sambutan hari guru
so, nak share sambutan hari guru dari tahun 2009

saya ingat lagi masa ni, sambutan gabung dengan sekolah rendah. so gamat dengan budak-budak.ehhee

 

ade acara persembahan dari smah dan srah, tangkap gambar, lepas tuh, baru pecah-pecah 

lepas tuh, kt smah, muallim dengan aktiviti banin, mualimmah dengan banat
antara aktivti yang dibuat.
gambar bawah ni, ape eh, aa...cekgu-cekgu kena minum air..
dalam botol ni budak-budak gi campur air pelik-pelik.
kicap dengan sirap..kopi dengan teh ke..kire camtuhla...teruk sangat rasanya.hehehe

 
 masa ni mh azizah masih ada di smah..rindu!

  
 
 
 dikir barat.

persembahan muallim. masa ni saya tak ingat muallim buat ape, tapi tahun ni mualimah buat coral speaking bm.hahha. tadi tengok balik video coral speaking tuh, gelak sorang-sorang :P

 
memori..
banyak yang dah pindah :(

5.17.2012

hai,

assalamualaikum :)

sedikit update:
1- semalam saya jumpa dengan mh faezah (penulis dua novel, persis bidadari dan lembayung kasih-Mu), sembang punya sembang, dia cakap akan keluar novel ketiga *____* best2! saya tanya, susah tak nak masuk alaf21? dia kata susahla mula-mula. dia terang kat saya proses untuk jual novel. dia cakap, kalau minat, dia boleh tolong.hehhe *______* suka-suka! (ada ke orang nak baca kalau saya keluar novel? hahaha). pastu dia cakap, sekarang dalam proses nak 'drama' kan novel lembayung kasih-Mu. owh, sapa lah dapat jadi watak utama.hehe. mintak tembakkan doa, supaya drama tuh muncul nanti :) cinta -islamik :)

2- cuti sem makin dekat, banyak sangat program yang dah diatur. so, nih saya senaraikan jadual saya sebenarnya.hahha

25/5- sambutan hari guru
26-27/5 - mukhayam tingkatan 4Mujahadah &5Mufakkir
27/5- wedding ome (rakan sek ren)
28-30/5- perkampungan tahfiz 1Mumtaz & 2Amanah
1-5/6- wedding cousin di pahang
2/6- engagement mysara (kawan matrik)
6-7/5 - karnival musleh di johor (nih saya tak ikut)
 23/6- engagement ikin (kawan dari umur 5tahun)
23/6 - hari sukan sekolah

aaa..lepas dari tarikh tuh, mungkin saya free :)

5.15.2012

Buku Wajib Beli : Bisik

gila! 

haha. itu ayat pertama yang keluar dari mulut saya, lepas selesai khatam halaman terakhir buku nih.
berpeluh satu badan, macam baru balik berlari pecut 100meter! (wow!)
walaupun saya tak pernah lari secepat tuh.hahaha

saya habiskan masa empat jam,
ya, agak lambat disebabkan saya dah lewatkan masa tidur yang sepatutnya,
saya agak buku nih, simpan sesuatu.
tangan tergam terus.

sinopsis cerita nih, search saja di web fixi.
saya nak kamu terus saja beli buku ni, dan baca.
melihatkan kucing si mata merah saja, saya dah cuak.haha

yer, lepas baca semalam,saya tak boleh tidor!
 melihatkan cara buku di malaysia sekarang, seronok. 
takdelah cintan-cintun macam filem semendang.

aperpun, selamat membaca :)
assalamualaikum :)

Buku Wajib Beli : Persis Bidadari Syurga

Assalamualaikum :)
nah, buku kedua Ummu Wafa,
cerita yang berbeza sedikit dari buku pertamanya, Lembayung Kasih-MU
kali nih, tentang seorang perempuan yang dipaksa kahwin atas kesiankan dan rasa tanggungjawab pada ayahnya, dia berkahwin meninggalkan pilihan hatinya sendiri.
dahlah lakinya kasar, pembengis dan akhirnya berkahwin pulak lagi satu.

kisah sengsara sang isteri menjalani rumah tangga yang akhirnya bertemu bahgia
menarik. saya kira, buku ni cukup baik itu keluaran alaf21.

dan cukup baik jugak untuk dihadiahkan pada bakal pengantin!

5.14.2012

kadang-kadang kita terlampau tergesa-gesa mencari hikmahnya

(pic google)
sweet kan?

senyumlah hati,
hari ini terlalu parah rasanya,
ledakan kejutan, mengebom segala urat saraf
sesak nafas menahan pedihnya berkecai harapan.

wahai tuhan,
apakah aku terlupa memandang-MU?

bersepai cinta ini,
tusuknya terlampau dalam,
bagai entah bila akan sembuh,
senyumlah wahai hati.

tuhan,
sedang memandangmu.
Daisypath Happy Birthday tickers