10.31.2011

Pasca PMR : #7 Explorace

assalamualaikum :)
nak update tentang pasca pmr lagi sampai muntah :P
sehari selepas pertandingan memasak, program seterusnya adalah aktiviti explorace bersama mh khairiah.
kedatangan banin kurang memuaskan. saya taktahulah mind set budak-budak ni kaunseling gamaknya.
mesti dorang dok pikir kena dengar ceramah, padahal explorace yang super fun! (kalau saya muda lagi, lama dah saya join!.hehe)

takbanyak gambar pun sebenarnya, sebab program ni sepenuhnya dipantau oleh mh khairiah.
pagi tuh, di parking lot, dorang kena dengar taklimat dulu dari mh khairiah. mereka dibahagikan mengikut tujuh kumpulan. memandangkan ahli kump wazir, hanya dia je yang datang, saiful join kumpulan tuh.





pagi tuh mh khairiah dan mh nabila pergi letakkan klu untuk explorace ni. kawasannya, sekitar taman, surau ehsan, gua kek lok tong, kedai.

antara task yang dorang kena cari adalah,

- kira anak tangga di menara pencawang,
- teka pokok semalu,
- hafal doa masuk kawasan perkuburan
- teka binatang apa yang mengeluarkan bunyi (gua)
-bagi burung merpati makan
-dan teka daun pandan
-rasa ph makanan

kalau tengok secara rambang, explorace ni menarik. sebab mh khairiah menggunakan konsep deria manusia. deria hidung, mata, rasa, telinga.






 
hari ke lapan program pasca, hari jumaat, pelajar pagi tuh diberi taklimat mengenai lawatan yang akan diadakan pada ahad malam sampai malam selasa. so, nak tahu apa yang jadi  di Melaka? tungguuuuuuuu~

10.30.2011

Pasca PMR : #6 Pertandingan Memasak part 2

assalamualaikum :)
owh rajin betul sekarang ni cekguakmar update blog.hehe.
saya stress sebenarnya. tengah tanda kertas exam sejarah. buat saya sakit jiwa. T_______T
so, dari saya koyak-koyakkan kertas budak-budak tuh, (ganasnya :P), baik saya update blog, kan?

oke ini sambungan hari memasak sedunia hari tuh. 
dalam setengah jam lagi sebelum masa tamat. dorang ni kena masak dalam dua jam.



owh budak sek ren nih, memang excited tengok abang-abang ni masak :) dorang teringat penangan hari kantin kot. nasibaik takde yang tanya, boleh beli tak? haha




aktiviti macam ni la nak tengok kreativiti, kerjasama dan paling penting, nak tahu student mana yang takpernah masak! nak amek bahan masakan pun tak reti :P

macam-macam bentuk popia

 
masa ni haziq tengah masak agar-agar. depa tersilap. ade ke patut agar-agar masak paling last. sekali, masa dh tamat pun agar-agar tak keras lagi.

kumpulan aliza, fatehah semua ni kena masak spaggeti, so takdehal sebab depa memang expert





kumpulan wazir kena buat sambal untuk dicicah. saya taktahula resepi apa dan kenapa mangga kena letak dalam ni?



mee tsunami!

oke, soalan paling kelakar, "mh, macam mana selasih ni nak kembang?" *sambil tunjuk selasih yang tengah direndam*







ni la jemput-jemput mertua jaa! hehe

kumpulan ni kena masak epok-epok (karipap). kesian tengok sebab inti terlampau berkuah. tak menjadi epok-epoknya.


fatimah,  mee goreng mamak!


oke, masa tamat, dan tiba masa persembahan.











sekian. juri-juri nya mh suliza, mh shalawati, mh nabila
pemenang akan diberithu pada majlis penutup nanti :)

10.29.2011

Pasca PMR : #6 Pertandingan Memasak

assalamualaikum!
:)
hari selasa pagi-pagi lagi dorang kena kemaskan semua meja yang berselerak. kena angkat semula ke kelas form5. (blender pun tak de orang nak nagku). lepas kemas kelas, ada taklimat sedikit mengenai sppm. dorang kena buat kerja kursus subjek spis.  pastu dalam pukul 9 pagi baru bergerak ke melawat PPOC (pusat pemulihan orang cacat). saya tak join sebab jaga exam. mh nabila dan mh syahida yang iring budak-budak. dorang dapat bakul rotan percuma! jelesh ni sebab takdapat ikut.hehe.

 hari rabu pulak, telah diadakan pertandingan memasak. jangan taktahu. program masak ni, kita serahkan kat mh nabila. dia yang tolong beli barang segala. konsepnya mudah, pelajar pagi tuh kena sediakan tempat untuk memasak termasuklah dapur. lokasi memasak, padang recall lama.

so, ujian pertama, setiap kumpulan, kena hantar seorang wakil kepada mh suriati yusof  dan dibariskan dekat dengan makmal. tujuh orang peserta diberikan kain dan dikehendaki menutup mata. (dalam hati masing-masing berdebar, ahli yang lain, tunggu di meja masak)

aa...cuba teka dorang kena buat ape?



aaa..dorang kena rasa beberapa perisa makanan, untuk membolehkan kumpulan dapat masa bonus mulakan pertandingan! so, wakil ni kena teka dengan betul. kalau salah, dorang kena penalti start masak lewat 10 minit!



punyelah teruk kami kerjakan budak-budak tuh.sampai ade yang termuntah!

ni bahan yang perlu dirasa




eceh. bajet cool. tapi dia paling muntah teruk. haha. segabak saya sumbat sos dalam mulut :P


bahan masakan yang diletakkan ditengah-tengah padang. macam citer kat astro tuh, JAGUH KG eh?


kumpulan haziq dapat extra masa 10minit. lepas tuh setiap kumpulan kena pilih menu masakan apa yang dorang kena masak


reaksi kumpulan haziq


eceh. cool je baca menu. saya agak haziq ni teror masak, kalau tak, macam mana dia boleh teka semua perisa tuh dengan betul. (jangan syawaal, dia boleh hafal semua perisa, dan main hentam je)
tak silap saya, group ni kena masak nasi goreng

ambil barang masakan


lepas 10minit, mh nabila bagi soalan sapa-cepat-jawab-dia-dulu-masak!







 
 
 
 
 
 
 
 
 

 siap ber apron lagi!
 
 

 kumpulan plg kesian, ade 2 ahli jer

 
nak tahu apa yang jadi sebenarnya dengan masakan depa?
nantikan sambungannya  :)
Daisypath Happy Birthday tickers