10.31.2011

Pasca PMR : #7 Explorace

assalamualaikum :)
nak update tentang pasca pmr lagi sampai muntah :P
sehari selepas pertandingan memasak, program seterusnya adalah aktiviti explorace bersama mh khairiah.
kedatangan banin kurang memuaskan. saya taktahulah mind set budak-budak ni kaunseling gamaknya.
mesti dorang dok pikir kena dengar ceramah, padahal explorace yang super fun! (kalau saya muda lagi, lama dah saya join!.hehe)

takbanyak gambar pun sebenarnya, sebab program ni sepenuhnya dipantau oleh mh khairiah.
pagi tuh, di parking lot, dorang kena dengar taklimat dulu dari mh khairiah. mereka dibahagikan mengikut tujuh kumpulan. memandangkan ahli kump wazir, hanya dia je yang datang, saiful join kumpulan tuh.





pagi tuh mh khairiah dan mh nabila pergi letakkan klu untuk explorace ni. kawasannya, sekitar taman, surau ehsan, gua kek lok tong, kedai.

antara task yang dorang kena cari adalah,

- kira anak tangga di menara pencawang,
- teka pokok semalu,
- hafal doa masuk kawasan perkuburan
- teka binatang apa yang mengeluarkan bunyi (gua)
-bagi burung merpati makan
-dan teka daun pandan
-rasa ph makanan

kalau tengok secara rambang, explorace ni menarik. sebab mh khairiah menggunakan konsep deria manusia. deria hidung, mata, rasa, telinga.






 
hari ke lapan program pasca, hari jumaat, pelajar pagi tuh diberi taklimat mengenai lawatan yang akan diadakan pada ahad malam sampai malam selasa. so, nak tahu apa yang jadi  di Melaka? tungguuuuuuuu~
Comments
0 Comments

0 comments:

Daisypath Happy Birthday tickers