1.20.2012

hari terakhir minggu ketiga

Assalamualaikum :)
jam hampir pukul enam pagi ini. nak kena cepat-cepat update.hehe
ada beberapa perkara yang berlaku dalam seminggu nih.

isnin lepas perjumpaan usrah kali pertama, tahun nih, usrah guru dah tak campur dengan guru sekolah rendah disebabkan waktu sekolah yang dah berbeza.
--saya tak suka sebebnarnya, sebab confirm dah tak berpeluang nak duduk, dan jumpa guru-guru srah.
dan berita tak bestnya, bila semua dah dibahagikan ikut group masing-masing, oke, nama saya takde.
--saya kena masuk group sek ren. (huh?), saya dah bincang dengan orang atas, dorang dah terangkan sebab kenapa kena join sek ren. entahlah, masih tunggu peluang kalau dorang kesian kat saya. dan tukarkan group masuk sek men.huhu

minggu depan saya kena pergi kursus Cinta Sayang Resort di kedah dengan mh suriatie yusuf. wakil matematik.
--kalau tak saya kena gi nadwah guru di key-l minggu nih, tapi saya tolak. 
--saya tak kisah sangat sebab, kalau tak pergi kursus nih, saya kena pergi rehlah kat telok batik, sama je. tetap program sekolah.
--kesian kat mak takde orang nak teman pegi kenduri. tak cakap lagi nih. :(

minggu nih saya pergi wedding kawan baik di kuala terengganu
--sabtu nih akan turun key-l dan tadah telinga kena bebel dengan dua teman cantum bahu
--saya agak mereka sangat terasa dengan saya sebab dah berapa tahun tak jumpa

mh shahida & mh aina dapat j-kaf.
--mh shahida dapat kat kl dan mh aina dapat kat miri, sarawak
--oke, kami semua sedih. dua orang sekali keluar :(
--kak sue, sue dengan nabila lagilah terasa, dah dorang satu rumah kan.
--semalam shahida & aina, buat makan-makan kat bilik guru, petang tuh, geng-geng krs pulak buat jamuan suprise untuk dorang
--hari nih ada lagi jamuan dari pihak ml. dan mh. dan hari ni last day mereka kat sekolah :(

latihan netball saya buat petang khamis
--alhamdulillah, semua oke. saya agak tahun nih pernyertaan paling ramai 30org
--yang boleh main pun termasuk pemain sekolah, dalam 20orang.
--terima kasihlah kat isna & pai yang sudi nak tolong mh nih :)
--sedihnya, saibah tak boleh main. (huh?) oke, saya tengah pikir jalan, macam mana nak kasik dia main
--oke, saya memang tak reti pujuk time orang tengah sedih pun. tambah sakit hati orang adelah. mh minta maaf.huhu

khamis malam jumpa adik kesayangan saya
--saya agak dah tiga minggu tak jumpa ajat. dia sibuk dan saya pun sibuk
--tahun nih tahun exam dia, jadi saya cuba faham, walaupun kadang-kadang saja nak buat tak paham-paham :P
--harap lepas raya cina nih, ada masa nak kuar habiskan kupon buku dia.hehe

saya habis baca pecah
--novel keluaran fixi. ahh, terlalu komplex untuk dicerita tentang kisahnya
--kabarnya novel ni akan masuk panggung. watak alan dalam novel ini, sofi jikan akan amek. :)
--buku wajib beli selepas KELABU

satu isu yang tak tertinggal, isu drop addmath
--dalam seminggu dua nih ade empat orang dah pelajar form5 yang drop addmath. haih
--saya ralat sebenarnya, terasa bersalah sebab tak yakinkan dorang betul-betul masa formfour harituh, haih
--bila semua macam rasa down, sedih pulak saya tengok. :(
---percayalah, akan ada jalan lain, yang rasa tak paham, boleh datang jumpa mh, mh boleh ajar :)
---setiap masalah ada jalan kan, sekarang ni, macam-macam cara boleh belajar, skype, msg mh pun boleh :)
---don't give up ok?

itu je kot update yang saya teringat untuk pagi ini. oke, nak pergi bersiap.
assalamualaikum :)
Comments
1 Comments

1 comments:

suzaimi johari said...

akmar,sedihnya 2org mh dh tak der..huhu

Daisypath Happy Birthday tickers