assalamualaikum wahai khalifah Allah :)
alhamdulillah, esok jumaat, dan selesai untuk minggu kedua. masa yang terlampau singkat.
esok saya takde kelas lagi, memandangkan form4 akan mendaftar masuk minggu depan.
beberapa hari yang saya rasa penat. setiap hari balik jam empat, rasa macam flat kejap badan.
perubahan yang ketara dalam jadual harian.
balik sah-sah nak tido. lepas bangun akan ting-tong sebab tido petang.huhu
kalau tak tido, malam sah-sah macam apa je mata. letih sangat sebab mata tak rehat lansung dari pagi sampai malam.
dan saya perasan saya cepat moody.
tambah-tambah dengan adik saya dan anak-anak.
saya terkilan sikit sebab macam lambat je nak sesuaikan diri kali ni.
saya cepat letih dengan tengok rumah selerak, saya cepat marah dengan anak bila dorang banyak soal-jawabnya, saya cepat terasa dengan rajoks manja adik saya.
:(
sejujurnya, saya tak tahulah simpton ni jadi sebab saya balik jam empat,
atau memang sebenarnya mentaliti saya je pikir macam tuh?
apa pun, doakan saya.
agar kuat.
sebab setiap kali saya baring, dan kenangkan tanggungjawab yang tak tertunaikan,
rasa macam useless kejap.
saya terpikir macam manalah Rasullullah boleh buat semua benda dalam satu masa?
puashati, ambiktahu, semua orang disekeliling, sampai satu pun tidak tertinggal.
apa sebenarnya strategi baginda.
masyaAllah. tuhan yang maha besar.
takkan dia uji hamba-nya dengan sesuatu yang tak mampu dipikul, bukan?
doa kalian, buat saya kuat
syukran :)
ikrar perlantikkan pengawas sesi 2012
ketua umum masih menjadi rahsia.
isnin nih baru dibagitau.
semoga dapat jadi pemimpin ummah :)