mari tambah lagi nota anda :)
Rabu. 29.12.2010
TN. HJ. Mohd Nor (pengarah pendidikan)
diolah oleh saya berdasarkan nota
mari saya mulakan :)
dalam membentuk pelajar yang bagus, disiplin adalah perkara yang sangat penting.
disiplin baik = akademik baik
jadi, nak bentuk disiplin baik, perlu dipupuk dengan tarbiyah yang bagus
yer, memang saya cakap pasal tarbiyah. walaupun nampak macam hal yang mudah.
--surah at-taubah ayat 37-43
berkisah tentang seorang sahabat yang enggan keluar berperang,
KISAH PERANG TABUK - Perintah untuk berjihad
"tarbiyah adalah perjalanan yang jerih & pelbagai rintangan"tarbiyah perlu untuk seorang guru, dan seorang pelajar itu sendiri.
sejujurnya, saya takpernah duduk dalam dunia tarbiyah, sampailah saya masuk dalam keluarga hidayah.
betapa dengan tarbiyah, Allah ajar dan bagi nikmat hidup yang manis. :)
so persoalannya , Mengapa Perlu Tarbiyah?
apakah tidak cukup seorang cekgu itu punya segulung ijazah?
atau paling tidak sudah punya akhlak yang baik?
dan kenapa pelajar juga perlu rasa kehadiran tarbiyah ini?
asbabnya,
-kita perlu mengabdikan diri kepada Allah.
-bersyukur adalah salah satu tanda pengabdian
-secara tawadhu' kita perlu belajar ilmu
-proses belajar ilmu untuk diamalkan ialah Tarbiyah.
dengar mudah kan?
apa tujuan tarbiyah?
of course lah untuk meningkatkan kefahaman Islam yang syumul semata untuk menegakkan syariat demi menegakkan syariat Allah di muka bumi ini.
(LONG-LIFE LEARNING)
setiap cekgu mesti ada sikap "I'm Problem Solver"
bagi bidang perguruan adalah bidang seni yang luas!
bukan setakat jadi guru, motivater, kaunselor, doctor, engineer, pilot, dan macam-macam lagi.
bidang yang terlampau luas untuk diteroka.
cuma cekgu harus peka dengan isu semasa hari ini dan memandang dari pelbagai aspek
positif / negatif. semua bergantung pada mata kita :)
Siapa yang perlu mempelajari Tarbiyah & Mengapa?
-taklif (tanggungjawab)-Rasulullah sendiri melalui proses tarbiyah yang penuh dengan ujian
-pelajari dan paham Tarbiyah (ikut Manhaj yang ditetapkan)
-SENANG itu juga ujian Allah
-BERJUANG itu manis.
Faedah Tarbiyah?
apelah faedah tabiyah ni ye.
-tarbiyah adalah untuk menunjukkan taat setia serta kepatuhan kita kepada Allah & Rasul.
-tingkatkan ilmu & amal islami demi untuk tegakkan syariat Allah di bumi
-mengikut Sunnah
- dan paling penting, besar PAHALA mendidik anak-anak menjadi insan kamil (insan sempurna)dalam erti kata lain kemenjadian murid.
-meluaskan hubungan ukhwah islamiyah sesama manusia
Wasail Tarbiyah
macam mana tarbiyah ni boleh diwujudkan. ini antara caranya:
-usrah berkumpulan, daurah, rehlah, mukhayam, katibah/mabit (bermalam), riadhah, dan jaulah
jadi sekarang, mari fokuskan apa tanggungjawab cekgu?
Peranan Murabbi?
-untuk meningkatkan manhaj tarbiyah
-ketua harus bertanggungjawab memantau ahli usrah
-bertindak jika ada masalah ahli
-adakan program wasail Tarbiyah kepada ahli
-tingkatkan tahap pencapaian kefahaman Tarbiyah
-berdoa kepada Allah
Pengurusan Tarbiyah
-susun kumpulan usrah-susun jadua usrah yang bersesuaian dengan kehadiran ahli
-masih mengamalkan tarbiyahh diluar usrah
dan yang paling utama, Allah takkan jadikan sesuatu benda dengan sia-sia.
kredit gambar from google.
pss:
sudah bertarbiyah belum?
:)