Assalamualaikum :)
24.12.2010 jumaat
Pengurusan Bilik Darjah
oleh Mohd Khairil Anuar
Slot 1
-kelas mesti kena ceria
-keluar masuk kelas sepatutnya beratur
-pencapaian akademik + sahsiah seimbang
-jadual penentu ujian
---kalau nak buat soalan, kena rekodkan
---rujuk dari soakan lama, jangan main hentam amek dari buku :)
-tentukan target (berapa ramai yang kita target to gets 'A' untuk exam tersebut)
-banyakkan program motivasi
---motivasi + kesedaran = usaha + semangat
---dan cekgu-cekgu kena pikir, macam mana nak usaha? macam mana nak semangat?
---kena selalu buat motivasi sebab semangat ni akan turun naik.
-setiap kali masuk kelas, bagi semangat kat pelajar dalam 5-10 minit
-kesungguhan dan niat itu penting
-rajin bertanya
-jangan putus asa
-satu yang kita sebagai cekgu kena percaya, kalau bukan sekarang mereka berubah, masa-masa depan, insyaAllah
-bagi semangat yang menyentuh HATI pelajar, supaya ada kesedaran
-niat ikhlas kita mengajar, insyaAllah Allah akan tolong ubah hati mereka
-kaedah mengajar terbahagi kepada tiga: tinggi, rendah dan sederhana
---pelajar minat belajar bila BETUL kaedah mengajarnya
-susun atur pelajar ikut peribadi
---rabun/ rendah di depan
-di dalam satu kelas perlu campur: pandai, sederhana, slow
-guru mengajar , jangan DUDUK!
---kena berdiri supaya jelas di mata pelajar
---kalau pelajar taknampak, automatik pelajar hilang tumpuan
-suara kena jelas, cakap jangan laju
-suara kena kuat, cakap sebijik-sebijik
---supaya pelajar tahu setiap arahan kita
-bila mengajar, kena berjalan sekali sekala ke belakang
-setiap cekgu perlu ada ILMU
---macam mana nak dapatkan ilmu? cari buku, pergi usrah
-jangan jadi cekgu yang tidak bertanggungjawab!
-dalam Islam disuruh DIDIK DIRI KITA dulu!
-GAGAL TARBIYAH, ROSAKLAH UMMAH!
-jihad paling besar adalah----> mendidik anak
-perlu ada SENI untuk UBAH MANUSIA
-sistem pendidikan negara kita sebenarnya gagal, sebab tuh perlu berbalik kepada pendidikan yang Islam ajar
-teknik mengajar kena ADVANCED, KREATIF
-kadang galakkan pelajar ajar kawan dia sendiri, sharing is caring, kan?
-cekgu kena jadi PAKAR MOTIVASI
---nak jadi pakar motivasi, kena ada ILMU
-bila mengajar, tarik perhatian pelajar
---samaada janji something untuk diceritakan
---tapi bukan selalu jer bercerita, nanti silibus lak tak habis :P
-bagi motivasi sebelum exam, bukan selepas dapat keputusan!
-dedahkan pelajar dengan cerita yang motivated
---automatik mereka motivate diri sendiri
-ingatkan pelajar motivas dulu-dulu
---ulang motivasi dulu. cth: ingat tak dulu Dr. Syukri cakap apa?
-pengajaran kena ada dua hala-soal jawab
-apa komen pelajar kepada guru?
---tulis kelemahan dan kekuatan
---untuk tahu kita ni cakap laju ke, pakaian kita, penampilan kita
---bila dah tahu, belajar ubah kelemahan
-tukar perspektif guru
-minta pelajar penilaian secara spontan
-jangan tunjuk KELEMAHAN depan pelajar
Slot 2
-pelajar lemah kena diambil perhatian
-cuba ajar bagaimana "belajar sikit, dapat banyak"
-masa paling baik belajar adalah 1 jam/ 40 minit
---kalau lebih dari tuh, takkan paham
---hilang tumpuan
---40minit tuh fokus je, jangan cakap-cakap, lepas tuh rehat
-IQ semua sama, USAHA je yang lain-lain
-wujudkan persekitaran menarik
-nak buat soalan exam, 30soalan setiap aras: tinggi, sederhana, rendah
-sesekali tangkap gambar pelajar
----------------------
oke, nota ni dah lama.
tulisan agak berterabur, tapi paham kan?
untuk pembacaan cekgu & pelajar sendiri
ada perkara saya sendiri tak mampu lagi buat
kalau susah jadi pelajar, tapi lagi susah jadi cekgu
tapi, saya tetap cinta bidang nih :)