pagi 29hb. sehari selepas peristiwa bersih 3.0.
hmm.
saya bukan orang yang layak untuk buat satu entry tentang benda ni.
bagi saya, antara kita-kita, masing-masing ada sebab sama ada mau sokong atau tak.
menonton lambakan gambar perhimpunan itu yang dishare oleh kawan-kawan dimuka buku, membuatkan saya rasa terkilan sangat.
sebagai seorang yang mula cintakan subjek sejarah,
seorang yang kena bercerita tentang sejarah Malaysia yang tak bapa nak betul ni,
saya sendiri terhimpit antara realiti dan patriotik yang patut diserap oleh jiwa anak-anak hari ini.
saya akan cerita apa yang saya tahu,
minta doakan saya, tidak berlaku kecelaruan maklumat seperti vblog mat lutfi
semalam,
banyak benda kena cancel sebab peristiwa ini.
saya memang pentingkan diri.
saya kesian tengok orang yang keje polis dan dihospital.
semua kena standby semata-mata bersih.
perlawanan bola sepak sman, tertunda, sebab semua pengadil tarik diri last minutes sebab pergi bersih.
saya tak tahu cerita selepas itu, dan perasaan budak-budak tuh, sebabdah 2x cancel games.
dan tolong doakan syahid, pelajar spm tahun lepas, yang sekarang berada di wad atas sebab dibelasah dalam peristiwa bersih.
saya terpikir,
apa akan jadi dengan malaysia?
:(