assalamualaikum :)
meh tengok video-video nih
right place
as i hurry on my way
Clean (short film)
Obsesif-kompulsif-Bozukluk_TR_Altyazılı
Short Film Festival Winner - Obsessive Compulsive Disorder
* * * * *
Kecelaruan Obsessif Kompulsif ( obsessive compulsive disorder /OCD)
Pernahkah anda merasa ragu-ragu atau was-was?
Apakah yang anda lakukan jika anda was-was?
Di bawah diperjelaskan bagaimana OCD merupakan penyakit was-was.
Contoh 1: Anda merasa was-was semasa mengambil air sembahyang . Di dalam hati anda berulangkali berkata-kata" sudah basuh tangan ke belum, rasanya sudah, rasanya belum (obsession)" Lantaran perasaan was-was ini anda akan mengulang prosedur mengambil sembahyang ini sekali lagi (compulsion). Jika anda mengulang prosedur itu banyak kali sehingga mengambil masa yang lama dan melambatkan aktiviti anda. Ini dianggap OCD.
Contoh 2: Anda seorang yang terlalu pembersih. Di kotak kepala anda hanya terfikir kuman berada di merata tempat. Kuman ada di tangan kerana anda telah memegang kerusi di dalam bas yang telah dipegang orang lain. Mungkin orang itu memgang najis dan tidak cuci tangan. Fikiran ini menghantui anda, berulang-ulang sehingga anda menjadi resah dan risau ( obsession) . Kerisauan anda berkurang jika anda mula mencuci tangan ( compulsion). Jika anda kerisauan ini berterusan dan anda mencuci tangan anda berulang kali sehingga mengambil masa yang lama ini dipanggil OCD. Terdapat pesakit yang mencuci tangan 5-6x sehingga tangan ekzema. Ada yang mandi sehingga 2-3 jam sehingga lewat ke kuliah.
Salahkah menjadi pembersih. Bukankah kebersihan dituntut agama?
Memang kebersihan dituntut agama tetapi jangan keterlaluan sehingga anda membazir air, sabun dan merosakkan tangan anda. Jangan diturut penyakit was-was!
Apa itu OCD?
Obsessive compulsive disorder adalah suatu penyakit jiwa yang perlu dirawat.
Obsession adalah :
1) fikiran, bayangan, atau imej yang kerap berulang-ulang menghantui fikiran anda . Ia menganggu anda sehingga membuatkan anda resah gelisah dan bercelaru.
2) anda tahu bahawa fikiran ini datangnya adri anda sendiri, bukannya dari orang lain atau ap jua kuasa lain yang memaksa anda
3) ia bukan sekadar kerisauan kerana anda mempunyai masalah dalam kehidupan
4) anda cuba untuk menghentikan dan mengurangkan fikiran ini tetapi amat sukar.
Compulsion adalah:
1) untuk menghilangkan keresahan dan anxiety akibat obsesi di atas, anda mesti melakukan sesuatu dalam bentuk apa jua sama ada perbuatan atau fikiran lain. Disebabkan obsesi ini datang berulang, maka anda akan berulang kali melakukan perbuatan yang sama.
2) anda mengetahui bahawa perbuatan anda ini keterlaluan.
Apabila obsessi dan kompulsi berlaku anda akan merasa teramat tertekan sehingga fungsi normal anda seperti hubungan dengan orang lain, kerja-kerja seharian dan lain-lain aktiviti terganggu. Inilah OCD.
Tanda OCD yang kerap adalah :
kadar Obsesi:
- Pemikir tentang kebersihan (43%)
- Ketakutan tentang sesuatu mungkin berlaku seperti kebkaran, kematian tersayang dll (24%)
- Terlalu mementingkan sesuatu disusun dengan teliti cth. mengatur kasut, menyusun pinggan dll (17%)
- Memikir tentang keagamaan ( 13%)
- Memikir tentang kelakuan seks, imej seks dan pornografi( 4%)
- Perbuatan mencuci tangan, mandi,gosok gigi,cuci bilik air dll (85%)
- Buka tutup pintu, duduk bangun (51%)
- Menyusun barang ( 17%)
- Menyimpan benda buruk dan usang (11%)
- Kumpulan SSRI: Fluvoxamin (Luvox), Fluoaxetine (Prozac), Sertraline ( Zoloft),
- Kumpulan TCA: Clomipramine
- Kumpulan SNRI: venlafaxine ( effexor)
- telah terbukti keberkesanan Cognitive behavioural therapy (CBT) dan Exposure Response Prevention(ERP) untuk OCD
- tangani masalah sosial seperti masalah dengan keluarga, menangani kemarahan, cara penyelesaian masalah dll.
sumber: google.
* * * * *
ocd adalah penyakit keempat yang membunuh penduduk dunia.
dan ocd adalah antara salah satu penyebab mereka dimasukkan ke hospital tanjung rambutan.
nampak macam leceh. nampak macam stupid
dalam islam ada ajar tentang penyakit was-was nih.
contoh: mereka angkat takbir nak dekat berpuluh kali, ambil air sembahyang sampai basah lenjun baju
punyalah hebat Allah. DIA tahu penyakit ini, dan sebab tuh dalam Islam cakap, penyakit was-was, adalah disebabkan bisikan syaitan. so, kita digalakkan baca surah An-Nas, fahami maknanya.
tapi seriously,
mereka tak minta jadi macam tuh, mereka tak minta pikiran was-was tuh datang, mereka tak ingin pun nampak bodoh ulang benda yang sama setiap masa. mereka taknak. tapi tak semudah itu kita dapat kawal pemikiran kita, bagitau ke otak, yang kita dah buat pun benda awal tuh tadi..serius, bukan mudah.
selalunya yang alami penyakit nih seorang yang perfect. dia nak semua nampak sempurna.
saya tahu, dalam dunia. takde yang sempurna.TAKDE.
sebab sempurna itu sendiri milik Allah.
kita takkan paham apa yang mereka rasa, sampai kita alami apa yang mereka gelar OCD.

