1.03.2012

selamat untuk esok

Assalamualaikum :)

 selamat masuk sekolah semua!
bersedia untuk perubahan yang macam-macam :)
hati kali dua.

 
selamat menuntut ilmu :) 

tak semua ada peluang mencari ilmu,
apa salah kita nikmati lazatnya mencari ilmu, kan?
ps: buat siti najjatulmakwa, esok dah kena gi sekolah lah. study rajin-rajin dik!
buat aisha, puteri umi yang sudah lima tahun, esok kat sekolah, takmau nangis-nangis sayang :)

kredit picture google

1.01.2012

NotaHatiCekgu: Tarbiyah

 Assalamualaikum :)
mari tambah lagi nota anda :)

Rabu. 29.12.2010
TN. HJ. Mohd Nor (pengarah pendidikan)

diolah oleh saya berdasarkan nota

mari saya mulakan :)

dalam membentuk pelajar yang bagus, disiplin adalah perkara yang sangat penting.
disiplin baik = akademik baik
jadi, nak bentuk disiplin baik, perlu dipupuk dengan tarbiyah yang bagus
yer, memang saya cakap pasal tarbiyah. walaupun nampak macam hal yang mudah.

--surah at-taubah ayat 37-43
berkisah tentang seorang sahabat yang enggan keluar berperang,  
KISAH PERANG TABUK - Perintah untuk berjihad
 "tarbiyah adalah perjalanan yang jerih & pelbagai rintangan"
tarbiyah perlu untuk seorang guru, dan seorang pelajar itu sendiri.
sejujurnya, saya takpernah duduk dalam dunia tarbiyah, sampailah saya masuk dalam keluarga hidayah.
betapa dengan tarbiyah, Allah ajar dan bagi nikmat hidup yang manis. :)

so persoalannya , Mengapa Perlu Tarbiyah?
apakah tidak cukup seorang cekgu itu punya segulung ijazah?
atau paling tidak sudah punya akhlak yang baik?
dan kenapa pelajar juga perlu rasa kehadiran tarbiyah ini?

asbabnya,
-kita perlu mengabdikan diri kepada Allah.
-bersyukur adalah salah satu tanda pengabdian
-secara tawadhu' kita perlu belajar ilmu
-proses belajar ilmu untuk diamalkan ialah Tarbiyah.
dengar mudah kan?

apa tujuan tarbiyah?
of course lah untuk meningkatkan kefahaman Islam yang syumul semata untuk menegakkan syariat demi menegakkan syariat Allah di muka bumi ini.
(LONG-LIFE LEARNING)

setiap cekgu mesti ada sikap "I'm Problem Solver"
bagi bidang perguruan adalah bidang seni yang luas!
bukan setakat jadi guru, motivater, kaunselor, doctor, engineer, pilot, dan macam-macam lagi.
bidang yang terlampau luas untuk diteroka.

cuma cekgu harus peka dengan isu semasa hari ini dan memandang dari pelbagai aspek
positif / negatif. semua bergantung pada mata kita :)

Siapa yang perlu mempelajari Tarbiyah & Mengapa?
-taklif (tanggungjawab)
-Rasulullah sendiri melalui proses tarbiyah yang penuh dengan ujian
-pelajari dan paham Tarbiyah (ikut Manhaj yang ditetapkan)
-SENANG itu juga ujian Allah
-BERJUANG itu manis.

Faedah Tarbiyah?
apelah faedah tabiyah ni ye.
-tarbiyah adalah untuk menunjukkan taat setia serta kepatuhan kita kepada Allah & Rasul.
-tingkatkan ilmu & amal islami demi untuk tegakkan syariat Allah di bumi
-mengikut Sunnah
- dan paling penting, besar PAHALA mendidik anak-anak menjadi insan kamil (insan sempurna)dalam erti kata lain kemenjadian murid.
-meluaskan hubungan ukhwah islamiyah sesama manusia

Wasail Tarbiyah
macam mana tarbiyah ni boleh diwujudkan. ini antara caranya:
-usrah berkumpulan, daurah, rehlah, mukhayam, katibah/mabit (bermalam), riadhah, dan jaulah

jadi sekarang, mari fokuskan apa tanggungjawab cekgu?
Peranan Murabbi?
-untuk meningkatkan manhaj tarbiyah
-ketua harus bertanggungjawab memantau ahli usrah
-bertindak jika ada masalah ahli
-adakan program wasail Tarbiyah kepada ahli
-tingkatkan tahap pencapaian kefahaman Tarbiyah
-berdoa kepada Allah

Pengurusan Tarbiyah
-susun kumpulan usrah
-susun jadua usrah yang bersesuaian dengan kehadiran ahli
-masih mengamalkan tarbiyahh diluar usrah

dan yang paling utama, Allah takkan jadikan sesuatu benda dengan sia-sia.

kredit gambar from google.

pss:
sudah bertarbiyah belum?
:)

NotaHatiCekgu: Pengurusan Bilik Darjah

Assalamualaikum :)

24.12.2010 jumaat
Pengurusan Bilik Darjah
oleh Mohd Khairil Anuar

Slot 1
-kelas mesti kena ceria
-keluar masuk kelas sepatutnya beratur
-pencapaian akademik + sahsiah seimbang
-jadual penentu ujian
   ---kalau nak buat soalan, kena rekodkan
   ---rujuk dari soakan lama, jangan main hentam amek dari buku :)
-tentukan target (berapa ramai yang kita target to gets 'A' untuk exam tersebut)
-banyakkan program motivasi
   ---motivasi + kesedaran = usaha + semangat
   ---dan cekgu-cekgu kena pikir, macam mana nak usaha? macam mana nak semangat?
   ---kena selalu buat motivasi sebab semangat ni akan turun naik. 
-setiap kali masuk kelas, bagi semangat kat pelajar dalam 5-10 minit
-kesungguhan dan niat itu penting
-rajin bertanya
-jangan putus asa
-satu yang kita sebagai cekgu kena percaya, kalau bukan sekarang mereka berubah, masa-masa depan, insyaAllah
-bagi semangat yang menyentuh HATI pelajar, supaya ada kesedaran
-niat ikhlas kita mengajar, insyaAllah Allah akan tolong ubah hati mereka
-kaedah mengajar terbahagi kepada tiga: tinggi, rendah dan sederhana
   ---pelajar minat belajar bila BETUL kaedah mengajarnya
-susun atur pelajar ikut peribadi
   ---rabun/ rendah di depan
-di dalam satu kelas perlu campur: pandai, sederhana, slow
-guru mengajar , jangan DUDUK!
   ---kena berdiri supaya jelas di mata pelajar
   ---kalau pelajar taknampak, automatik pelajar hilang tumpuan
-suara kena jelas, cakap jangan laju
-suara kena kuat, cakap sebijik-sebijik
   ---supaya pelajar tahu setiap arahan kita
-bila mengajar, kena berjalan sekali sekala ke belakang
-setiap cekgu perlu ada ILMU
   ---macam mana nak dapatkan ilmu? cari buku, pergi usrah
-jangan jadi cekgu yang tidak bertanggungjawab!
-dalam Islam disuruh DIDIK DIRI KITA dulu!
-GAGAL TARBIYAH, ROSAKLAH UMMAH!
-jihad paling besar adalah----> mendidik anak
-perlu ada SENI untuk UBAH MANUSIA
-sistem pendidikan negara kita sebenarnya gagal, sebab tuh perlu berbalik kepada pendidikan yang Islam ajar
-teknik mengajar kena ADVANCED, KREATIF
-kadang galakkan pelajar ajar kawan dia sendiri, sharing is caring, kan?
-cekgu kena jadi PAKAR MOTIVASI
   ---nak jadi pakar motivasi, kena ada ILMU
-bila mengajar, tarik perhatian pelajar
   ---samaada janji something untuk diceritakan
   ---tapi bukan selalu jer bercerita, nanti silibus lak tak habis :P
-bagi motivasi sebelum exam, bukan selepas dapat keputusan!
-dedahkan pelajar dengan cerita yang motivated
   ---automatik mereka motivate diri sendiri
-ingatkan pelajar motivas dulu-dulu
   ---ulang motivasi dulu. cth: ingat tak dulu Dr. Syukri cakap apa?
-pengajaran kena ada dua hala-soal jawab
-apa komen pelajar kepada guru?
   ---tulis kelemahan dan kekuatan
   ---untuk tahu kita ni cakap laju ke, pakaian kita, penampilan kita
   ---bila dah tahu, belajar ubah kelemahan
-tukar perspektif guru
-minta pelajar penilaian secara spontan
-jangan tunjuk KELEMAHAN depan pelajar


Slot 2
-pelajar lemah kena diambil perhatian
-cuba ajar bagaimana "belajar sikit, dapat banyak"
-masa paling baik belajar adalah 1 jam/ 40 minit
   ---kalau lebih dari tuh, takkan paham
   ---hilang tumpuan
   ---40minit tuh fokus je, jangan cakap-cakap, lepas tuh rehat
-IQ semua sama, USAHA je yang lain-lain
-wujudkan persekitaran menarik
-nak buat soalan exam, 30soalan setiap aras: tinggi, sederhana, rendah
-sesekali tangkap gambar pelajar


----------------------
oke, nota ni dah lama.
tulisan agak berterabur, tapi paham kan?
untuk pembacaan cekgu & pelajar sendiri
ada perkara saya sendiri tak mampu lagi buat
kalau susah jadi pelajar, tapi lagi susah jadi cekgu
tapi, saya tetap cinta bidang nih :)

12.30.2011

Buku Wajib Beli : Kelabu

(kredit gambar dari fesbuk: fixi)

assalamualikum :)
nih nak rekomen buku yang boleh jadi koleksi peribadi
saya dah beli dua buah buku keluaran fixi nih. 
fixi nih kira publisher macam alaf21. 
tapi bestnya buku-buku nih ditulis oleh orang-orang undergroud
owh, saya lagi suka panggil golongan frinjan. 
yang tulisannya tidak klise dan tak buat pembaca rasa macam baca buku teks :P
saya baru kumpul PECAH & KELABU
sebenarnya excited nak beli KELABU. sebab penulisnya saya kenal di kapasitor.
seorang doktor yang sangat sastera!
dari novel Reunion sampailah SSS (saga seorang songsang)
kalau baca tulisan gadis manis nih, macam tak percaya dia seorang doktor!
(memang dia balance kan otak kanan-kiri.hehe)

.kelabu.
amir-photographer-cinta kontrak-kecelaruan identiti-cinta tiga segi-persahabatan-mencari identiti menjadi amira-

update

Assalamualaikum :)

saya nak wat satu slot kat blog nih. nak letak semua nota-nota tentang perguruan. sebagai catatan peribadi, (bajet blog nih diary :P) dan sebagai nota yang berguna untuk bakal-bakal cekgu :)

insyaAllah, mungkin kalau Allah panjangkan umur saya, 
dua, tiga puluh tahun akan datang,
saya bisa senyum membaca tulisan ini semula,
bersama memori yang saya simpan kemas dalam hati.
(nak tulis nota pun, ayat nak sastera! hehe)

ini koleksi nota yang saya dapat sepanjang jadi pendidik.
tak kira lah, dalam usrah ke, ceramah ke, kursus ker,
samaada dapat nota dari powerpoint sang penceramah,
atau catit apa sang penceramah cakap, atau mungkin saya tertido masa ceramah dan bangun-bangun buat nota sendiri berdasarkan mimpi (oke, dah mengarut)
hasil tulisannya mungkin berterabur,

mungkin hanya catatan kosong, dan ayat tunggang terbalik
(nama pun nota tulis sendiri)
tapi mungkin berguna untuk kalian.
mohon maaf kalau hanya nota yang membuang masa, dan tidak sempurna.
minta diperbetulkan fakta kalau salah pada bacaan kalian.
:)

update hal sekolah:
-sekarang nih depan pejabat tengah ada construction yang entah bila akan siap,
doakan siap sebelum adik-adik saya masuk sekolah rabu nih.

 
 

-agak berserabut sedikit dengan tanah-tanah nih semua. esok ada gotong royong, yang ada kelapangan, jemputla datang tolong. kesian muka-muka tuh je datang tolong. terima kasih sangat!

-insyaAllah banyak sangat perubahan yang akan berlaku....tunggu....2012

-bilik guru pun sudah pasang tile, sudah siap disusun kedudukan baru meja guru-guru, sekarang pun saya tengah mengemas barang peribadi yang masih belom disusun.

- tahun depan akan ada 9 kelas,
--1 mumtaz (tahfiz)
--1 soleh
--1 adzkia
--2 amanah (tahfiz)
--2 siddiq
--3 taqwa
--3 ihsan
--4 mujahadah
--5 mufakkir
*stam akan berada berasingan, dan dikenali sebagai STAH (sekolah tinggi al-hidayah)

nak saya bagitau sapa guru kelas ke? hehe. takyahla. kasik berdebar sikit :P
banyak lagi perubahan sebenarnya, takpelah, kita bagi yang simple dulu, senang sikit nak hadam. hehe :P

doakan yang terbaik untuk diri sendiri, untuk kawan-kawan dan untuk sekolah :)
Daisypath Happy Birthday tickers