8.24.2012

OCD : obsessive compulsive disorder.

assalamualaikum :)

meh tengok video-video nih 

 
right place
as i hurry on my way
Clean (short film)
Obsesif-kompulsif-Bozukluk_TR_Altyazılı
Short Film Festival Winner - Obsessive Compulsive Disorder 
* * * * * 

Kecelaruan Obsessif Kompulsif ( obsessive compulsive disorder /OCD)

Salamullahi'alaikum... Pernahkah anda merasa ragu-ragu atau was-was? Apakah yang anda lakukan jika anda was-was? Di bawah diperjelaskan bagaimana OCD merupakan penyakit was-was. Contoh 1: Anda merasa was-was semasa mengambil air sembahyang . Di dalam hati anda berulangkali berkata-kata" sudah basuh tangan ke belum, rasanya sudah, rasanya belum (obsession)" Lantaran perasaan was-was ini anda akan mengulang prosedur mengambil sembahyang ini sekali lagi (compulsion). Jika anda mengulang prosedur itu banyak kali sehingga mengambil masa yang lama dan melambatkan aktiviti anda. Ini dianggap OCD. Contoh 2: Anda seorang yang terlalu pembersih. Di kotak kepala anda hanya terfikir kuman berada di merata tempat. Kuman ada di tangan kerana anda telah memegang kerusi di dalam bas yang telah dipegang orang lain. Mungkin orang itu memgang najis dan tidak cuci tangan. Fikiran ini menghantui anda, berulang-ulang sehingga anda menjadi resah dan risau ( obsession) . Kerisauan anda berkurang jika anda mula mencuci tangan ( compulsion). Jika anda kerisauan ini berterusan dan anda mencuci tangan anda berulang kali sehingga mengambil masa yang lama ini dipanggil OCD. Terdapat pesakit yang mencuci tangan 5-6x sehingga tangan ekzema. Ada yang mandi sehingga 2-3 jam sehingga lewat ke kuliah. Salahkah menjadi pembersih. Bukankah kebersihan dituntut agama? Memang kebersihan dituntut agama tetapi jangan keterlaluan sehingga anda membazir air, sabun dan merosakkan tangan anda. Jangan diturut penyakit was-was! Apa itu OCD? Obsessive compulsive disorder adalah suatu penyakit jiwa yang perlu dirawat. Obsession adalah : 1) fikiran, bayangan, atau imej yang kerap berulang-ulang menghantui fikiran anda . Ia menganggu anda sehingga membuatkan anda resah gelisah dan bercelaru. 2) anda tahu bahawa fikiran ini datangnya adri anda sendiri, bukannya dari orang lain atau ap jua kuasa lain yang memaksa anda 3) ia bukan sekadar kerisauan kerana anda mempunyai masalah dalam kehidupan 4) anda cuba untuk menghentikan dan mengurangkan fikiran ini tetapi amat sukar. Compulsion adalah: 1) untuk menghilangkan keresahan dan anxiety akibat obsesi di atas, anda mesti melakukan sesuatu dalam bentuk apa jua sama ada perbuatan atau fikiran lain. Disebabkan obsesi ini datang berulang, maka anda akan berulang kali melakukan perbuatan yang sama. 2) anda mengetahui bahawa perbuatan anda ini keterlaluan. Apabila obsessi dan kompulsi berlaku anda akan merasa teramat tertekan sehingga fungsi normal anda seperti hubungan dengan orang lain, kerja-kerja seharian dan lain-lain aktiviti terganggu. Inilah OCD. Tanda OCD yang kerap adalah : kadar Obsesi:
  • Pemikir tentang kebersihan (43%)
  • Ketakutan tentang sesuatu mungkin berlaku seperti kebkaran, kematian tersayang dll (24%)
  • Terlalu mementingkan sesuatu disusun dengan teliti cth. mengatur kasut, menyusun pinggan dll (17%)
  • Memikir tentang keagamaan ( 13%)
  • Memikir tentang kelakuan seks, imej seks dan pornografi( 4%)
kadar Kompulsi:
  • Perbuatan mencuci tangan, mandi,gosok gigi,cuci bilik air dll (85%)
  • Buka tutup pintu, duduk bangun (51%)
  • Menyusun barang ( 17%)
  • Menyimpan benda buruk dan usang (11%)
OCD juga boleh menyebabkan kemurungan dan berkait dengan penyakit Tourette's Berapa kerap OCD berlaku? Secara umum OCD boleh berlaku sehingga 2-3% daripada populasi umum dalam setahu. Ia lebih kerap daripada skizofrenia i.e 1%. Dalam kalangan orang dewasa kaum lelaki dan perempuan mempunyai kadar yang sama untuk mendapat OCD. Di kalangan remaja, lelaki & perempuan, ia boleh berlaku seawal 2 tahun tetapi sukar di kesan. Apakah penyebab OCD? Penyebab tepat tidak diketahui tetapi banyak kajian yang telah dilakukan menunjukkan bahawa ia berlaku kerana interaksi biopsikososial. Faktor biologi: 1) Disregulasi serotonin. Kajian telah menunjukkan bahawa metabolit serotonin iaitu asid 5-hidroksiindolasetik meningkat di dalam cecair otak (CSF) pesakit OCD 2) Scan otak (PET Scan) menunjukkan peningkatan aktiviti otak di bahagian lobus frontal ,nukleus kaudat dan singulum di basal ganglia. 3) Kajian genetik menunjukkan risiko mendapat penyakit ini bertambah jika ada keluarga terdekat pernah mengidap penyakit ini. Faktor Psikososial 1) 15-35% pesakit OCD adalah di kalangan mereka yang obsessif iaitu terlalu menjaga kebersihan, terlalu teliti, terlalu menepati masa dan terlalu bercita-cita tinggi. 2) faktor psikodinamik- menurut Sigmud Freud OCD berlaku kerana individu yang mengidap OCD gagal menggunakan defence mechanism berikut: isolation, undoing dan reaction formatiom ( RUJUK DEFENCE MECHANISM) Apakah rawatan untuk OCD? Rawatan adalah berdasarkan prinsip biopsikososial. Ubat-Ubatan; (Dos yang lebih tinggi diperlukan berbanding dos untuk kemurungnan). 1)Ubat antidepressant boleh bertindak sebagai antiOCD. Contohnya:
  • Kumpulan SSRI: Fluvoxamin (Luvox), Fluoaxetine (Prozac), Sertraline ( Zoloft),
  • Kumpulan TCA: Clomipramine
  • Kumpulan SNRI: venlafaxine ( effexor)
2)Ubat antianxety: diberi cuma jika pesakit mengalami keresahan melampau.  Psikoterapi
  • telah terbukti keberkesanan Cognitive behavioural therapy (CBT) dan Exposure Response Prevention(ERP) untuk OCD
  • tangani masalah sosial seperti masalah dengan keluarga, menangani kemarahan, cara penyelesaian masalah dll.
sumber: google.
* * * * *
ocd adalah penyakit keempat yang membunuh penduduk dunia.
dan ocd adalah antara salah satu penyebab mereka dimasukkan ke hospital tanjung rambutan.
nampak macam leceh. nampak macam stupid
dalam islam ada ajar tentang penyakit was-was nih. 
contoh: mereka angkat takbir nak dekat berpuluh kali, ambil air sembahyang sampai basah lenjun baju 
punyalah hebat Allah. DIA tahu penyakit ini, dan sebab tuh dalam Islam cakap, penyakit was-was, adalah disebabkan bisikan syaitan. so, kita digalakkan baca surah An-Nas, fahami maknanya.
tapi seriously,
mereka tak minta jadi macam tuh, mereka tak minta pikiran was-was tuh datang, mereka tak ingin pun nampak bodoh ulang benda yang sama setiap masa. mereka taknak. tapi tak semudah itu kita dapat kawal pemikiran kita, bagitau ke otak, yang kita dah buat pun benda awal tuh tadi..serius, bukan mudah.
selalunya yang alami penyakit nih seorang yang perfect. dia nak semua nampak sempurna.
saya tahu, dalam dunia. takde yang sempurna.TAKDE.
sebab sempurna itu sendiri milik Allah.
kita takkan paham apa yang mereka rasa, sampai kita alami apa yang mereka gelar OCD.

8.23.2012

Sejarah SPM: tajuk penting

TAJUK PENTING SPM 2012

Tingkatan 4 1. Ciri-Ciri Tamadun & Tamadun Hwangho 2. Sistem Pendidikan dalam Tamadun Yunani, Rom, India dan China 3. Kedatangan agama Hindu Buddha ke Asia Tenggara & pengaruh Hindu Buddha dalam aspek pemerintahan dan kesenian 4. Perjanjian Aqabah & Hijrah 5. Kerajaan Abbasiyah 6. Zaman Gelap 7. Kesan-Kesan Dasar Ekonomi British - Sistem Pendidikan Vernakular Tingkatan 5 1. Faktor Pemangkin Nasionalisme 2. Gerakan Islah 3. Warisan Negeri-Negeri Melayu - Kelantan : Sistem Jemaah Menteri & Negeri Sembilan : Prinsip Demokrasi 4. Pergerakan Politik di Sarawak & Sabah 5. Suruhanjaya Reid & Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 6. Pembentukan Malaysia & Suruhanjaya Cobbold 7. Dasar Pendidikan Kebangsaan, Akta Bahasa Kebangsaan 8. Wawasan 2020 9. Perang Dunia Pertama 

sumber: http://sejarahsmkstteresa.blogspot.com/

PENGHIJRAHAN UMAT ISLAM KE MADINAH (622 M)

FAKTOR PEMANGKIN NASIONALISME DI TANAH MELAYU

WAWASAN 2020

BAB 10 DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA

Sejarah SPM: Soalan Ramalan

assalamaualikum :)

harituh masa kursus last day sekolah, cekgu tuh ada bagitau.
nih bab yang PASTI masuk dalam SPM 2012.
nih bukan dorang bomoh ke ramal ke apa, ini semua berdasarkan analisis yang dilakukan oleh cekgu-cekgu berpengalaman. saya belum sampai tahap nih lagi.huhu

so, saya tak suruh ikut..tapi boleh je, nak tumpu lebih sikit topik-topik nih.
dengan syarat kena study semua bab. walaupun saya tak bape reti nak explain sejarah nih, tapi sejarah antara subjek yang best kalau paham.

 lagi sekali diingatkan ini bukan soalan ramalan! jangan terlampau berharap tanpa usaha. saya ada pengalaman tentang nih. confident dengan cakap orang.."ohh..ini soalan confirm keluar. saya yang buat buku nih. memang akan keluar.. " nah..dia bagi semua senarai topik yang keluar. saya yang last minute rasa tak sempat nak study semua, ikut je. just baca topik ramalan. sekali masa dalam dewan exam. 30minit awal selepas dapat kertas, saya dah menyumpah seranah dalam hati. satu dewan bising. saya agak satu dewan bengang dengan penceramah teknik menjawab tuh. satu soalan pun dia cakap, tak keluar. bayangkan..saya taram je paper sejarah. sebab tuh kot, Allah nak saya ajar sejarah. kongsi pengalaman. saya banyak pengalaman masa study sejarah dulu, berbanding addmath.hmm. (oke, dah melalut). hehe.

Topik-topik Ramalan

Bab 5 Tingkatan 4
-tentang sejarah islam
-hijrah, aqabah, bacalah semua dalam bab 5 nih (samada dalam subjektif or objektif)

Bab 10 Tingkatan 4
-Dasar british

Bab 9 Tingkatan 5
-perang dunia pertama & kedua
- komunis
-dasar luar malaysia
-asas pembentukkan
-tahap-tahap..

Bab 6 Tingkatan 5
-gerakan islah
-ciri-ciri birokrasi
-peranan majalah
-kedudukan jepun sebelum & selepas

* study juga tentang sabah & sarawak

moga ini dapat membantu. yang malas nak baca tuh, kena lah selalu buat latihan. tentang esei. baca buku yang latihan ada esei tuh.

Sejarah SPM

 SEJARAH KERTAS  2  SPM 2012
TEMA 7 (BAB 1 – BAB 3 TINGKATAN EMPAT)
JANGKAAN : 1 SOALAN

BAB 1
Pengertian Tamadun dan Ciri Tamadun Awal
·         Pengertian tamadun menurut pandangan sarjana Barat dan sarjana Islam
·         Tamadun awal yang terbina di lembah sungai
·         Kelebihan lembah sungai sebagai pusat petempatan awal
·         Ciri tamadun awal
·         Peranan petempatan kekal dalam proses pembinaan tamadun
BAB 2
**Peningkatan Tamadun Manusia (Sistem Pemerintahan)
·         Sejarah kemunculan sistem pemerintahan demokrasi di Athens, Yunani
·         Ciri pemerintahan demokrasi di Athens
·         Ciri pemerintahan republik di Rom
·         Ciri pemerintahan beraja dalam tamadun India
·         Pelaksanaan sistem birokrasi awam dalam tamadun China

Peningkatan Tamadun Manusia (Sistem Perundangan)
·         Pembentukan undang-undang Yunani
·         Jenis dan ciri undang-undang Rom
·         Pelaksanaan undang-undang dalam tamadun India
·         Pelaksanaan undang-undang berasaskan falsafah Legalisme & Confucius dalam tamadun China
·         Kepentingan undang-undang dalam sesebuah negara
Peningkatan Tamadun Manusia (Perluasan Kuasa)
·         Perluasan empayar Yunani oleh Alexander The Great
·         Perluasan empayar Rom oleh Augustus Caesar
·         Perluasan empayar Maurya oleh Chandragupta Maurya dan Asoka
·         Perluasan empayar Dinasti China oleh Shih Huang Ti
**Peningkatan Tamadun (Peningkatan Ekonomi)
·         Punca yang menyebabkan negara kota Yunani menumpukan bidang perdagangan
·         Faktor yang mendorong kemajuan perdagangan dalam tamadun India
·         Kemajuan bidang pertanian yang dicapai oleh tamadun China
·         Sebab berlakunya peningkatan dalam bidang ekonomi
**Peningkatan Tamadun (Peningkatan Pendidikan)
·         Falasafah pendidikan Athens dan Sparta dalam tamadun Yunani
·         Falsafah pendidikan Rom yang menekankan ilmu praktikal
·         Pendidikan berteraskan ilmu agama dalam dalam tamadun India
·         Pendidikan awam dalam tamadun China
BAB 3
Kerajaan Agraria dan Maritim
·         Ciri kerajaan agraria
·         Faktor  kejayaan kerajaan Angkor dan Funan dalam bidang pertanian
·         Ciri kerajaan maritim
·         Faktor  kemajuan perdagangan kerajaan Srivijaya dan Kedah Tua
·         Hubungan kerajaan agraria dan maritim yang saling bergantung
**Pengaruh Hindu dan Buddha di Asia Tenggara
·         Cara penyebaran pengaruh Hindu dan Buddha di Asia Tenggara
·         Pengaruh Hindu dan Buddha terhadap sistem pemerintahan
·         Pengaruh Hindu dan Buddha terhadap seni bina candi di Asia Tenggara
·         Pengaruh Hindu dan Buddha terhadap bahasa dan kesusasteraan di Asia Tenggara

TEMA 8 (BAB 4 – BAB 8 TINGKATAN EMPAT)
JANGKAAN : 2 SOALAN
BAB 4
Penyebaran Islam di Makkah
·         Cara Nabi Muhammad s.a.w menyebarkan Islam di Makkah
·         Rasional Nabi Muhammad s.a.w. menggunakan dakwah secara rahsia
·         Tokoh awal yang memeluk Islam
·         Usaha orang Arab Quraisy menghalang dakwah Nabi Muhammad s.a.w.
·         Langkah Nabi Muhammad s.a.w. menghadapi cabaran
BAB 5
Hijrah
·         Pengertian Hijrah
·         Faktor Nabi mengarahkan umat Islam berhijrah ke Madinah
·         Peristiwa yang membawa kepada Hijrah
·         Kepentingan Hijrah kepada umat Islam
·         Nilai daripada peristiwa Hijrah
**Piagam Madinah
·         Maksud Piagam Madinah
·         Kandungan Piagam Madinah dari segi politik, ekonomi dan sosial
·         Kedudukan orang Yahudi mengikut Piagam Madinah
·         Kepentingan Piagam Madinah dalam pembinaan negara
·         Pelaksanaan Piagam Madinah dalam konteks masyarakat majmuk
**Penyebaran Islam Semasa di Madinah
·         Strategi yang digunakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. untuk menyebarkan Islam
·         Alasan menyangkal dakwaan orientalis Barat yang mengatakan Islam menggunakan peperangan untuk menyebarkan Islam
·         Tujuan peperangan dalam Islam
·         Peraturan yang mesti dipatuhi semasa berperang
·         Keburukan peperangan
·         Langkah mengelakkan peperangan
BAB 7
**Teori Kedatangan Islam ke Asia Tenggara
·         Teori dan bukti Islam datang terus dari Tanah Arab
·         Teori dan bukti Islam dibawa ke Asia Tenggara melalui India
·         Teori dan bukti Islam dibawa ke Asia Tenggara melalui China
·         Faktor yang membantu penyebaran Islam di Asia Tenggara
**Penyebaran Islam di Asia Tenggara
·         Cara yang digunakan oleh pedagang untuk menyebarkan Islam
·         Cara yang digunakan oleh pemerintah untuk menyebarkan Islam
·         Peranan kerajaan Islam dalam menyebarkan Islam
·         Peranan pusat kebudayaan Islam dalam menyebarkan Islam
·         Peranan mubaligh menyebarkan Islam
TEMA 9 (BAB 9 – BAB 10 TINGKATAN EMPAT)
JANGKAAN : 1 SOALAN
BAB 9
**Zaman Gelap di Eropah
·         Maksud Zaman Gelap
·         Keadaan politik di Eropah pada Zaman Gelap
·         Keadaan ekonomi pada Zaman Gelap
·         Keadaan sosial pada Zaman Gelap
·         Perubahan yang berlaku di Eropah pada penghujung Zaman Gelap
Gerakan Reformation
·         Maksud reformation
·         Faktor berlakunya gerakan reformation
·         Perkembangan gerakan reformation di Eropah
·         Kesan gerakan reformation
**Kesan Revolusi Perindustrian di Eropah (Hubungan Pekerja – Majikan)
·         Gerakan Luddite
·         Langkah menghalang gerakan pekerja
·         Bentuk penindasan terhadap golongan pekerja
·         Usaha membela nasib golongan pekerja
BAB 10
**Pembandaran di Tanah Melayu
·         Maksud pembandaran
·         Faktor kemunculan bandar baru
·         Fungsi bandar baru
·         Sebab berlakunya pembandaran tidak seimbang antara kawasan
·         Langkah mewujudkan pembandaran seimbang
Pendidikan vernakular di Tanah Melayu
·         Ciri pendidikan vernakular
·         Perkembangan sekolah Melayu
·         Perkembangan sekolah Cina dan Tamil
·         Perkembangan sekolah Inggeris
·         Sebab pendidikan vernakular tidak berjaya memupuk perpaduan

TEMA 10 (BAB 1 – BAB 2 TINGKATAN LIMA)
JANGKAAN : 1 SOALAN
BAB 1
**Birokrasi Barat di Asia Tenggara
·         Ciri sistem pemerintahan tradisional di negara-negara Asia Tenggara
·         Ciri sistem birokrasi di negara-negara Asia Tenggara
·         Pelaksanaan pentadbiran peringkat pusat di IndoChina
·         Pelaksanaan pentadbiran peringkat tempatan di Filipina
·         Kesan pelaksanaan sistem birokrasi
Nasionalisme di Asia Tenggara
·         Faktor kemunculan nasionalisme di Asia Tenggara
·         Ciri nasionalisme tahap pertama dan kedua di Asia Tenggara
·         Perkembangan gerakan nasionalisme di Filipina dan Indonesia
·         Langkah penjajah mennangani gerakan bersifat radikal
·         Kelainan gerakan nasionalisme di Thailand berbanding dengan negara lain
BAB 2
**Akhbar, Majalah dan Novel Melayu Tahun 1930-an
·         Judul akhbar dan majalah berbahasa Melayu tahun 1930-an
·         Isu politik, ekonomi dan sosial yang dibangkitkan dalam akhbar Melayu
·         Persoalan yang menjadi topik dalam Majalah Guru, Pengasuh dan Bulan Melayu
·         Mesej semangat kebangsaan dalam novel Melayu tahun 1930-an
·         Persoalan semasa berkaitan media cetak pada hari ini
**Perjuangan Persatuan-Persatuan Melayu
·         Kejayaan yang dicapai oleh Kesatuan Melayu Singapura (KMS)
·         Matlamat penubuhan Persatuan Sahabat Pena Malaya (PASPAM)
·         Kegiatan bersifat politik Kesatuan Melayu Muda
·         Sebab kurangnya penglibatan masyarakat Sabah dalam persatuan
·         Kepentingan Kongres Melayu 1939 dan 1940
TEMA 11 (BAB 3 – BAB 8 TINGKATAN LIMA)
JANGKAAN : 3 SOALAN
BAB 3
Pembinaan Negara dan Bangsa
·         Faktor pembinaan negara bangsa moden di Eropah
·         Maksud realpolitik
·         Amalan realpolitik dalam pembinaan negara bangsa Jerman dan Itali
·         Kaedah pembinaan negara Islam Madinah
·         Kaedah pembinaan negara dan bangsa Malaysia
BAB 5
**Pakatan Murni
·         Maksud pakatan murni
·         Faktor yang mewujudkan pakatan murni
·         Langkah mewujudkan pakatan murni
·         Peranan Dato’ Onn Jaafar mewujudkan pakatan murni
·         Kejayaan pakatan murni
·         Kepentingan dan nilai daripada pakatan murni
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957
·         Penubuhan dan peranan Suruhanjaya Reid
·         Isu yang diutamakan oleh Suruhanjaya Reid dalam merangka perlembagaan
·         Langkah ke arah menghasilkan perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
·         Isi Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957
·         Kepentingan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957
BAB 6
**Pembentukan Malaysia 1963
·         Faktor  dan cadangan pembentukan Malaysia
·         Reaksi terhadap pembentukan Malaysia
·         Peranan dan penubuhan Suruhanjaya Cobbold
·         Peranan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK)
·         Peranan Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)
·         Penentangan Indonesia dan Filipina terhadap pembentukan Malaysia
BAB 8
**Perpaduan Kebangsaan
·         Kedudukan Bahasa Melayu mengikut Perlembagaan
·         Langkah memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan
·         Matlamat kerajaan mewujudkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan
·         Ciri Kebudayaan Kebangsaan
·         Peranan sukan ke arah memupuk perpaduan
·         Kepentingan perpaduan
Dasar Pelajaran Selepas Kemerdekaan
·         Matlamat dan kandungan Penyata Razak 1956
·         Kandungan Penyata Razak yang dijadikan Ordinan Pelajaran 1957
·         Syor yang terkandung dalam Laporan Rahman Talib 1960
·         Kandungan Akta Pelajaran 1961 yang berasaskan Laporan Rahman Talib
·         Pengenalan sistem persekolahan Aneka Jurusan 1969 mengikut Kajian Aminudin Baki 1965
·         Kandungan Laporan Jawatankuasa Kabinet 1974
·         Hala tuju pendidikan negara berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1988
Wawasan 2020
·         Konsep Wawasan 2020
·         Teras Kemajuan Bersepadu mengikut Wawasan 2020
·         Cabaran dalam mencapai Wawasan 2020
·         Strategi menghadapi cabaran Wawasan 2020
·         Ciri masyarakat Malaysia mengikut Wawasan 2020
·         Tanggungjawab warganegara Malaysia ke arah mencapai Wawasan 2020
TEMA 12 (BAB 9 TINGKATAN LIMA)
JANGKAAN : 1 SOALAN
BAB 9
Blok Dunia dan Perang Dingin
·         Maksud blok dunia
·         Faktor kemunculan blok dunia
·         Sebab berlakunya perang dingin
·         Perbezaan ideologi kapitalis dengan komunis
·         Cara kuasa besar menyebarkan pengaruh
·         Kesan perang dingin terhadap negara Dunia Ketiga
**Dasar Luar Malaysia
·         Faktor yang mempengaruhi penggubalan dasar luar
·         Prinsip dasar luar tahap pertama yang bersifat pro-Barat
·         Prinsip dasar luar tahap kedua yang bebas dan berkecuali
·         Prinsip dasar luar tahap ketiga yang mengutamakan kepentingan ekonomi
·         Faedah mengadakan hubungan luar
Malaysia Dalam Hubungan Serantau (ASEAN)
·         Matlamat penubuhan ASEAN
·         Pengisytiharan ASEAN sebagai Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN)
·         Langkah merealisasikan prinsip ZOPFAN
·         Kerjasama ekonomi dan sosial dalam kalangan negara ASEAN
**Cabaran Masa Depan
·         Kepentingan ICT
·         Faktor kerajaan mewujudkan Koridor Raya Multimedia (MSC)
·         Definisi k-masyarakat dan k-ekonomi
·         Kepentingan k-ekonomi dan k-masyarakat 

sumber: http://www.pendidikanmalaysia.com/2012/08/nota-sejarah-spm-2012.html#more

yang saya colour kan tuh, antara bab yang penting.

Aisah

nurul suhaiza aisah
umur empat tahun
dia baru belajar puasa tahun nih
sangat banyak cakap, diam hanya semasa tidur
tidur suka makan gigi.
kuat menyakat ijat, adik kembar tahun dia
kuat makan, kuat membebel, pandai memujuk
paling suka mengumpat saya depan-depan.ceh!

harituh saya marah dia dengan husna berebut nak duduk seat belakang dalam keta
pastu dia cakap dengan along dia
cah: garang..
husna: sapa?
cah: ayonglah..
(oke, panggilan saya kat umah)
fine cah..selambe je, padahal saya ada kat seat depan. ceh.

harituh masa dalam umah, saya marah dia selerak umah. pastu kebetulan ada cerita upin ipin lepas kena marah.
cah: along..kita macam upin ipin kan. asik kena marah je
along: haah
cah: umi macam kak ros.
(oke, panggilan saya untuk dorang)
fine, ada ke samakan saya dengan kak ros? oke, fine ecah. fine. 

kadang-kadang saya suka citer bedtime story kat dia. 
kadang citer tuh saya reka-reka je, sebab spontan, kadang semata nak soh dia duduk diam-diam.
selalunya banyak citer hantu. kasik dia takot skit.hahaha
 tapi semalam kan, dia dah start komplen.hahha
lepas solat semalam, dia dah tunggu atas katil
saya: oke, kita sambung citer yang dalam keta harituh
cah: umi citerlah citer lain. nanti citer yang harituh, ngantoklah..cah bosan. (hahahaha. hampeh)
saya: kenapa pulak?
husna: nak dengar-nak dengar
saya: takleh.. ayong citer kena bisik-bisik (konon bisik kat telinga bagi efek lagi seram.hahaha)
husna: (dah muka masam)
cah: nanti..umi cakap pelan-pelan, cah ngantoklah. nanti cah nak makan. (hahahaha.tetiba nak makann? memang lawak. nampak sangat dia takot kan.hahaa)
 saya: yela.. umi citer lain..
last-last saya suruh husna amek buku citer rakyat, suruh dorang baring kat sebelah.. dah mula citer.
(pada suatu hari..........dengan gaya-gaya.) 
haahhahaahaahaahahahha
Daisypath Happy Birthday tickers