Salam wahai wajah kesayangan jiwa ;)
Mari kita mula dengan aktiviti seminggu yang lalu,
*jenuh bukak balik kotak memori, igt balik ape yg berlaku.heheheh*
isnin hingga rabu adalah waktu rehat sebenarnya, untuk semua budak-budak comey,
sebab minggu sebelum tuh sudah sibuk dengan raptai sukan.
rabu lepas telah diadakan raptai sukan sekali lagi.
ingatkan boleh mengemaskinikan yang mana kurang,
tapi keadaan cuaca yang tidak baik,
hujan turun menggila pagi tuh.
sebenarnya Allah turunkan hujan, bila kita merungut kepanasan.
tidakkah kamu rasa DIA terlampau sempurna?
jadik, ber'raptai' lah kami dalam surau.
tak banyak yang boleh dibuat, segalanya masih belum teratur.
teks ucapan sebagai DJ pun, masih berterabur.huhu
masa tuh rasa sgt takot, lansung tak confident nak buat.
nasib baiklah ade budak-budak comey, yang menjadi jiwa aku.
jadi, kuatkan semangat, dan buat.ehehe.
Esoknya, hari berpuasa sunat Khamis, malamnya bermula aktiviti Qiam
aktiviti bermula dengan pendaftaran pelajar.
ice-breaking terpaksa dicancel, disebabkan kelewatan pendaftaran.
ramai pelajar datang lewat kerana hujan.
Mh Shahamin yang setia menanti di kauter pendaftaran
siap ade buku peraturan atas meja :p
*macam kenal je meja sape.hehe*
wajah-wajah yang tak sabar untuk Qiam ;)
selepas sesi pendaftaran, semua pelajar bergerak ke kantin, untuk berbuka puasa beramai-ramai
selepas itu, solat maghrib, dan bacaan al-mathurat, solat isyak, ceramah maulidur rasul, dan tilawah Al-Quran.
kesian melihat mereka yang keletihan.
kusyuk mendengar pengisian malam itu
pengisian oleh pelajar STAM, saudara Mujahid berkisar Maulidur Rasul
*ade benda yang ingin dikupas mengenai tajuk ini, nnt next entry oke? hehe*
seterusnya penyampaian hadiah pertandingan poster kepada pemenang group mentoring,
sempena Minggu Maulidur Rasul.
* Tahniah pada yang berjaya!*
esoknya, dalam jam empat, semua sudah berkumpul di surau,
solat taubat, solat hajat, solat subuh, dan senamrobik. dan aktiviti gotong royong.senamrobik (tai-chi)
teman mempoyokan diri
saibah & liana
dengan Isna.
Itu saja untuk Qiam kali ini,
terima kasih pada semua ajk-ajk yang bersekang mata bertugas,
pada wajah-wajah yang comel,
bangun pagi untuk sama-sama sujud pada DIA,
dan petangnya kembali membuat latihan sukan.
*haishh..sungguh cemburu dengan kekuatan kamu!*
terima kasih kerana melapangkan diri, dan memberi ruang pada diri untuk kembali tenang.
itu saja,
saya dari Jepun melaporkan. Sekian ;p
pssst: pada sapa-sapa barang yang kena rampas masa spock check, jangan nak sedih-sedih.
alahai...hanset je pun, novel je pun, jeans je pun, perfume je pun
*mentang-mentang pergi je pun!* ;p
Assalamualaikum ;)