3.02.2010

murahnya nyawa


Salam wahai wajah kesayangan jiwa ;)
wajah yang sentiasa buat aku tersenyum selalu.
entry sebelum ini,
telah dikatakan untuk dikongsi pengisian malam Qiam tempoh hari.
ade dua benda yang ingin dikupas di sini.
mari kita mula dengan pengisian Maulidur Rasul oleh saudara Mujahid.
'slide show' dari kotak empat segi itu, sangat simple tulisannya,
tapi ape yang disampaikan terlampau dalam maknanya.
letaklah diri kita di soalan-soalan ini,

What if he comes today?
Will you let him see your friends?
Or hide them when he's around?
Will you invite him to your house?
Show the places you go?
Will he be happy with you?
Will he be proud of you?
Does he see his messages to you?
Are you the reflection of his sunnah?
Do you remind him or his friends? His families?
Can you sincerely say that you miss him? Adore him? Idolise him?
Do you welcome his presence?
Or do you prefer he doesn't come at all?

sejujurnya, mahu menitis air mata memikirkan jawapan bagi soalan-soalan di atas,
entah apa daya membayangkan dunia hari ini.
menjawab persoalan pertama, terkejutkah Baginda melihat umat akhir zaman ini,
rasanya air mata aku saja masih belum cukup.
kadang-kadang meletakkan diri dalam situasi sekarang,
rasanya aku sendiri jadi takut. 
apatah lagi untuk melepaskan budak-budak comel keluar dari kelompak manusia yang aku rasa selamat
sungguh diri nih sendiri tak betah untuk meihat wajah-wajah sebegini,

 

adakah nyawa semurah ini kawan?
mengucap panjang aku.
entah kenapa dulu jiwa kecil ini sangat tak suka anak-anak kecil.
mungkin sebab jiwa aku kasar. 
bukan gadis cengeng. 
jadi aku rimas untuk melayan kerenah anak-anak ini.
tapi bukankah aku kata, Allah Maha Adil,
dihantarnya pada aku, 
tiga anak sekali gus,
mintak aku curahkan segala jiwa dan sayang aku,
pada amanah DIA.


Aisha

Husna

Nah, sekarang, seminit tidak ketemu, hati sudah rindu.
sungguh indah bukan.
hanya dengan peluk manja, segala letih penat hilang.
sungguh ajaib bukan
semua ini kerja DIA.

bersyukur rasanya melihat anak-anak ini membesar depan mata,
tolonglah dikasih amanah Allah yang satu ini,
jangan dibuang segala,
jangan senang disepak terajang muka.
kamu tak kasihkah dengan wajah mereka?


jangan diragut wajah penyeri jiwa,


* senyum kelat *
bila salah seorang teman, 
rakan blogger, seorang isteri yang tak punya anak,
mencanangkan beliau ingin bukak satu blog,
mahu dikumpul amanah ini yang digelar 'anak sakti'
mahu diminta pada ibu-ibu yang tak sanggup mahu menjaga,
lalu akan diberi pada ibu-ibu yang mahu chenta amanah ini sepenuh hati,
beliau dikecam hebat,
kerna diaggap menggalakkan dosa berleluasa,
ya, niat memang tak menghalalkan cara.
tapi, apa kamu sanggup melihat 
syaitan bergempita menepuk tangan,
terlonjat gembira melihat amanah ini dironyok jiwa kecilnya.
dihenyak tanpa dosa apa-apa
ahh, aku belum sanggup.

sejujurnya aku mahu kita tahu,
kita ini bukan sama-sama untung hidupnya,
lahir-lahir dari keluarga yang agamanya letak duduk no satu,
ade keluarganya bahgia, agama dijaga,
ada keluarganya porak peranda, agama dihenyak dihina,
lalu, jangan sebab itu, kita letakkan semua salah pada bahu sang ibu,
dikecam ibunya kerna agama tak ada,
mana imannya kalau anak kecil itu dibiar dihurung semut,
teresak tangis dalam malam pekat,
*sebak*

manusia itu tidak sama, 
kadang sebabnya kamu sengaja menempah bala,
kadang sebabnya musibah datang depan mata,
apa pendapat kamu kalau gadis yang dirogol?
lalu keluar anak yang bukan dari kemahuannya,
adakah hina itu yang kita lempar pada bahu sang ibu?
nah, ada ibu yang kuat jiwanya,
pernah dulu, aku jumpa anak ini,
dijaga oleh ibunya walau anak ini bukan kemahuan sendiri,
dibelai anak ini dengan sepenuh jiwa,
ditahan dari tomahan keji hina, 
itu kalau kamu mampu,
masih boleh berfikir, 
besarnya ujian Allah pada hambaNYA.

tapi bagaimana hati-hati sang ibu,
yang imannya rapuh,
lalu diperkosa sewenang-wenangnya, 
percayalah kamu, letak duduk diri kamu dalam situasi mereka
adakah kita antara kuat imannya?
jadi jangan ditanya, 
kalau terjumpa nanti anak-anak di tepi tangga,
di kaki-kaki lima,
yang perlu dibantu sebenarnya kedua-duanya.
bukan hanya dikecam, dihina.
*senyum*

wahai wajah kesayangan jiwa,
janganlah sekali kau hampiri zina.
nyawa itu bukan murah, dan boleh ditawar-tawar.

kredit gmbr enchek google
Comments
2 Comments

2 comments:

UK said...

assalamualaikum Muallimah..
best la entri ni..
saya suka ^_^

Cekgu Akmar said...

hehhee. mekaceh ummi. mh pn suke bace blog ummi ;)

Daisypath Happy Birthday tickers