3.14.2010

math bukan hanya kira-mengira, tapi bagaimana kita create formula

Salam Kesayangan Jiwa ;)
maaf entry sebelum ini terlalu beremosi jiwa.hehe
gamaknya aku terlupa, 
bahgia itu juga milik DIA,
jadi, kena sentiasa redha bukan?
Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar.
kalau sapa-sapa berminat untuk join team netball,
turun saja setiap petang, jam empat setengah.
kalau yang ade kelas tambahan,
tolong jangan ponteng, 
lepas saja kelas, kamu boleh turun bila-bila masa.
owh, tapi hanya terbuka pada banat saja ;p
* * *

sekarang selsema datang menyerang
(macam selalu.hehe)
sampai kalau dia tak datang dalam seminggu, 
jadi macam rindu pulak.hahaa.
*sila gelak sopan-sopan.hehe*

takde mende pun nak cerita,
esok kena gi mesyuarat. 
cuti kali ini, tak berjalan-jalan pun. 
sedih sebab semua kawan-kawan dok kat kl.
jadi kalau rindu dorang, kena turun kl. 
huhu.

oke, bukan nak citer sedih sebenarnya,
tadi belek-belek album lama,
terjumpa gambar nih,


gambar zaman pakai baju kurung putih kain biru.
suka!
rindu dengan teman rapat di tingkatan lima,
sungguh naif je muka masa ni,
tak silap masa sambutan hari guru,
sibuk mencari cekgu, nak diberi hadiah,
aku tukang menempek je.hehe
yang pakai baju biru tuh, guru kelas kami,
Sir Joe, dia mengajar BI,
teringat masa cput kena denda angkat meja keliling blok,
hanya sebab markah cput tak lepas 0.5 dari markah lulus.
tak pasal-pasal kena denda. bila terngat, nak tergelak pn ade,
yang bertopeng hantu tuh,
Cekgu Johari, atau lagi mesra panggil Pojok.
name glamer lagi.hehe
Pojok kalau masuk kelas,
hanya bawak satu pen marker je,
satu buku pun dia tak bawak,
sungguh sempoi, masuk mengajar semua benda dalam kepala.
kagum!
lupe pulak, dia mengajar Math dan Add-Math masa tingkatan lima,
jadik dalam seminggu banyak kali akan berjumpa dengan dia,
kadang-kadang sehari boleh jadik dua, tiga kali.
dia pun jemu,hahaa. tapi disebabkan dia sgt best, dua tiga jam belajar math pun tak bosan.hehee,
otak yang sangat gila-gila.
selalu akan panggil aku,
"Akma, awak selalu sangat buat careless mistakes,"
oke, tipu. dia tak panggil akma.
selalu dia akan panggil name glamor aku.
psst, RAHSIA ;p

sebenarnya dia sangat baik,
selalu memujuk aku bila tengok aku tarik muka empat belas,
bila markah ujian add-math takleh lawan markah ujian Boy,
(pesaing no1 dalam kelas ;p)
mesti dia pujuk,
"lain kali, jangan nak cepat siap jer,"
aku suka tarik muke masam.
cara dia tegur memang kasar,
kadang-kadang, dia membebel sebab hanya aku suka buat careless mistake,
padahal dia membebel dalam kelas,
satu kelas tuh dengar aku kena bebel T___T
budak-budak cakap,
aku anak manja dia.hhaha.
pernah dia anjurkan rombongan lawatan gi Penang,
mule-mule aku taknak ikut,
jenuh dia pujuk suruh ikut,
bayangkan dia sanggup simpan tempat duduk utk aku,
semata-mata nak sangat aku gi.
memang sayang sgt kt Pojok.
my feveret cekgu! hehe.
*cume sedih, sbb result SPM aku hampekan dia sbb tak dapat A.huhu*

zaman sekolah adalah zaman indah,
salah satu sebab aku suke mengajar,
sebab sekolah sangat best!
hehehe
selalu aku cakap,
sekolah bukan setakat pergi sekolah, belajar, jadik budak skema,
tapi lebih dari itu,
cube cari sesuatu yang kamu takkan jumpe pada zaman lain,
dan kamu akan rasa seronok itu.

dan lagi satu,
add-math tidak susah,
math bukan hanya kira-mengira,
tapi bagaimana kita create formula.
;)

saya tidak pandai math, mahupun add-math,
tapi saya sangat sukakan math,
gilakan add-math,
math seni yang paling menarik!
hehe

tips nak pandai math:
jangan bagi alasan,
"saya ni lemah kira-kira",
tolonglah jangan bagi alasan macam tuh,
"saya teror bab yang baca-baca jer, kalau kira-kira nih mesti fail,"
kalau alasan nih kamu bagi depan aku,
sumpah, jangan harap aku nak tolong kamu.
biar yang datang, lampi macam mana sekalipun,
tapi dia ade usaha nak belajar,
ade minat nak gilakan add-math,
besar hati aku nak ngajar,
tak perlu bayar ape-ape.
sungguh, sebab aku andaikan math macam seni,
jadi paling tak suke orang pijak-pijak seni,
sebab seni jiwa aku ;)

Comments
0 Comments

0 comments:

Daisypath Happy Birthday tickers