3.17.2010

jangan tahu makan jer

Salam Kesayangan Jiwa ;)

cuba baca nih,

Kopitiam enggan mohon sijil halal

KUALA LUMPUR 15 Mac - Jumlah pemilik kopitiam yang berusaha mendapatkan sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) begitu mengecewakan apabila hanya satu permohonan baru diterima setakat ini.

Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Saimah Mukhtar berkata, permohonan tersebut diterima daripada kopitiam Old Town White Coffee yang mempunyai lebih 100 rangkaian di seluruh negara.
Katanya, sebelum ini hanya dua kopitiam memperoleh sijil halal Jakim iaitu Pak Hailam Kopitiam Sdn. Bhd. dan Jonker Walk Kopitiam Sdn. Bhd.

''Kita sedang memproses permohonan syarikat pemilik kopitiam tersebut (Old Town White Coffee) yang dijangka dapat diketahui keputusannya tidak lama lagi.

''Bagi pengusaha kopitiam yang lain, mereka harus ingat bahawa umat Islam adalah pengguna terbesar di negara ini dan oleh itu, jangan cuba meremehkan kepentingan sijil halal Jakim,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sebahagian besar kopitiam di seluruh negara ini yang masih gagal mendapatkan sijil halal Jakim.

Tempoh sah sijil halal Pak Hailam Kopitiam adalah sehingga 15 Februari 2012 manakala Jonker Walk Kopitiam pula sehingga 15 Februari 2013.

Sementara itu, pendakwah dan penceramah bebas, Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz berkata, umat Islam perlu berhati-hati dengan memilih kopitiam yang mempunyai sijil halal Jakim sahaja untuk menjamu selera.
''Makanan yang halal itu penting kerana ia akan memberikan kesan terhadap amal ibadat dan juga dalam kehidupan seharian kita.

''Jangan sesuka hati menjamu selera di kopitiam jika merasa tidak yakin dengan makanan yang dihidangkan adalah halal,'' tegasnya.

Bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Nakhaie Ahmad berkata, kedua belah pihak iaitu kerajaan dan umat Islam harus menangani isu kopitiam secara serius.

''Kalau kerajaan sahaja menguatkuasakan undang-undang sedangkan segelintir umat Islam masih tidak kisah menjamu selera di kopitiam yang tiada sijil halal, maka matlamat itu tidak akan dicapai sepenuhnya,'' kata beliau.

Sehubungan itu, katanya, kedua-dua pihak perlu tegas dan bekerjasama supaya isu makanan halal termasuk di kopitiam tidak akan berlaku lagi.
* * *
kalau kamu tak makan di situ, baguslah.
jadi tugas kamu sebarkannya.
sebenarnya aku tak bape tahu sangat kt Ipoh nih ade bape banyak kopitiam.
sebabnya memang jarang makan diluar, 
cuma seingat dulu, masa di Shah Alam.
rasenya berlambak kot kopitiam di sana,
tapi semuanya melayu.
Pak Li kopitiam, Mieza Kopitiam.
memang majoriti orang melayu yang berniaga.
memang susah nak tengok orang cina bukak kedai makan,
kecuali kedai-kedai runcit.
shah alam adalah bandar orang melayu! 
sebab tuh, nak jumpa orang cina atau bangsa lain di sana, 
boleh dikira bertuah.hehehe.
*sebab tuh kot, shah alam banyak maslaah sosial remaja paling tinggi.huhu*
padahal shah alam dijaga supaya penduduknya tak terdedah dengan aktiviti tak baik,
contoh, kamu akan lihat, suasana di sana memang tenang dan rasa selamat,
sepatutnya.
tapi yang rasa tak selamat kerna kerenah penduduk di sana.hehe
shah alam takde panggung wayang.
tapi ade beberapa shoping complex seperti giant, tesco,
PKNS yang seperti GM,
Plaza Alam Sentral yang seperti Megoplex,
SACC yang seperti The Store.
keadaan shah alam yang strategik yang membuatkan 'budaya' tak elok senang masuk,
*macam belajar sejarah pulak! heheehe*

okelah, tibe-tibe mengarut citer pasal shah alam ;p
padahal tadi citer pasal kopitiam.hahhaa.
gamaknya dah pening ngajor Ajat td,
tidur tadi pun termimpi-mimpi Vector dan Matrices!
 ;p

psstt: jap lagi mau kuar ke medan gopeng. tibe-tibe teringin makan sate. nak ajak adik-adik berdatinglah!
Comments
0 Comments

0 comments:

Daisypath Happy Birthday tickers